Bab 9

8.8K 556 262
                                    


Bunyi telefon berlagu sejak dia di bilik air lagi. Sengaja membiarkan sahaja. Tahu dari siapa. Tak lain tak bukan dari bekas suami. Hanya Saiful yang tekad begitu. Selagi tak dijawab, telefon itu akan terus berbunyi.

Jika benar mahu menuntut anak tak perlu sibuk memaklumkan dia tentang hal itu, terus hantar perintah mahkamah. Tak guna nak tawar menawar dengannya, sebab kali ini dia tidak menjual. Dia akan membeli hak Saiful supaya lelaki itu sedar, dia tidak lagi ATM unlimited.

Setelah mengaminkan doa pendek, Karina bangun mencapai telefon bengang, bunyi itu mengganggu solatnya. Tidak kusyuk.

Melihat senarai pemanggil, sebelum telefon dimatikan. Bukan Saiful tapi nombor yang tidak dikenali. Yang tidak disimpan dalam contact list nya.

"Hello..." Akhirnya dia mengalah. Ingin tahu siapa yang beria benar ingin bercakap dengannya.

"Hello... hello... Balai bomba?" Kedengaran suara dikecilkan di corong telinga.

"Hah?" Karina berkerut tiba-tiba rasa menyesal kerana menjawab panggilan itu. Budak tak cukup umur baru kenal telefon yang secara rambang menekan nombor.

"Saya nak bagitau, saya ni dah terbakar menunggu tuan rumah angkat telefon dan tak reti-reti keluar dari rumah." Suara kecil tadi bertukar nada garau terus menghambur ayat penyata marah.

"Hah?" Karina masih blur. Tak tahu hujung pangkal. Siapa yang terbakar? Siapa yang tak keluar? Dan suara itu...

"Hah? Hah? Dah keluar cepat. Abang kat luar ni. Abang nak ajak date. Cepat!" Taktik yang tak menjadi, nak buat kelakar tapi dia terkena balik. Berpuluh kali panggilan tak dijawab menyebabkan dia hilang sabar.

"Hah?" Lagi Karina tidak tahu hendak memberikan respon yang sepatutnya.

"Kar nak keluar sendiri atau abang pecah masuk rumah. Simbah air, baru nak sedar. Tengah tidur ke apa tu? Hah! Hah!" Bebel Mizan meledakkan rasa marah. Sejak tadi menghubungi Karina, itu sahaja bicaranya. Samada telefon rosak, atau kerongkong yang tersumbat.

Dengan Karina, Mizan jadi kurang sabar, lebih-lebih lagi Opah memulangkan semula kotak baldu yang ditinggalkan semalam untuk Karina.

Karina menggaru kepala. Baru menyedari si pemanggil itu adalah Mizan.

Tiada salam, tiada mukaddimah terus sahaja mencicit bercakap buat dia hilang punca seketika. Mulut lelaki itu berdecit seperti anak burung sedang berebut cacing. Tak sempat otak hendak memproses data yang masuk dari telinga. Bebelan Mizan mengalahkan Opah.

"Abang Mizan?" Terpacul dari mulut Karina. Sumpah dia tidak tahu nombor itu milik Mizan. Lelaki itu tidak pernah menghubunginya, tak ada keperluan untuk menelefon kerana dia boleh terus terjah datang ke rumah. Yang pasti nombor telefon ini bukan nombor lama Mizan. Nombor itu tidak perlu disimpan di dalam contact list nya. Susunan digit nombor itu terpahat dalam memori ingatannya.

"Ya! Ya! abang ni. Bangunlah! Abang nak ajak gi date... kat balai bomba. Nak siram Kar dengan air biar sedar. Abang dah lama terpacak kat luar rumah ni... dah terbakar." Lagi Mizan menghamburkan bebelan seperti melepaskan peluru tabur yang tak sempat Karina mengelak.

'Nak ajak date tapi cakap macam nak gaduh. Dan balai bomba? Pick up line tak kena langsung. Tolonglah Dr. Mizan. Tak romantik sungguh lelaki ini.' Guman Karina dalam hati. Sebal.

"Malas nak keluar. Sekejap lagi nak balik rumah. Penat!" bentak Karina. Mana nak cair jika ajakan seperti nak bergusti. Ugut nak ke balai bomba, siram air. Apa di rumah sebelah dah kehabisan air ke sampai perlu ke balai bomba? Kenapa tak ke Syabas sahaja, lagi banyak kolam air. Pilih sahaja yang mana nak humbankan dia dalam air. Karina mengetap rahang.

RAJUK KARINAWhere stories live. Discover now