Random Teaser...

3.3K 37 4
                                    

"Perlu ke kahwin lagi untuk rasa bahagia?"
Karina melontarkan persoalan yang membuat hati Mizan dipalu gelisah. Membayangkan penolakan yang akan dibuat Karina.

"Kar bahagia sekarang?"

"Dapat kembali bersama keluarga semula, abang, Opah, Mirna, Pak Su, Mak Su, Kak Sumi dan yang penting Batrisya sentiasa dengan Kar. Cukup membahagiakan Kar... Tak perlulah tamak sangat." Karina mengukir senyum. Tenang.

Lain pula rasa di dada Mizan. Bom jangka yang dipasang hanya menanti Karina letupkan. Bukan itu yang dia harapkan daripada Karina.

"Hidup dengan orang yang Kar cinta. Don't you want that?" tanya Mizan menagih segunung harapan.

"Kar pernah diberi peluang untuk hidup dengan orang yang Kar cinta tapi apa yang Kar dapat? Kami bercerai. I don't think I deserve a second chance." Balas Karina, kedengaran seperti tenang-tenang sedangkan hati sudah galau.

"Mungkin itu bukan cinta Kar. Cinta sejati Kar
pada orang lain."

"Doesn't matter anymore. Kar tak perlukan
cinta dari sesiapa, abang." Karina telah meletakkan titik noktah untuk diri sendiri. Mengulangi episod berumahtangga, dia tak sanggup lagi. Memadai hidup sendirian
tapi dikelilingi oleh orang yang dia sayang.

"Kar tak nak beri peluang pada diri Kar. Kenapa tutup pintu hati tu?" Mizan tidak mengalah. Malap hati dengan penolakan Karina begitu.

"Abang sayang Kar." Tidak mahu berselindung
lagi, Mizan menanti reaksi Karina.

"Kar kan adik abang, mestilah abang sayang
Kar." Pantas Karina membalas. Bagai tiada rasa dari luahan Mizan tadi. Terlambat untuk Mizan berkongsi rasa itu dengannya.

"A... a... Adik...?" Bagai batu menghempap
kasar di kepala Mizan. Terpana seketika.
Ya, begitulah yang dibalas pada Karina dulu.

"Kar sayang abang."Sebaris ayat yang sering Karina luahkan dahulu.

Penuh dengan harapan Mizan membalas semula.

"Kar kan adik abang, mestilah Kar sayang
abang."

Sayangnya balasan yang diberi dulu mematahkan rasa Karina. Kini giliran Karina pula yang mematahkan rasanya.

Mizan meraut muka, menghilangkan wajah
hampa Karina yang bertandang di minda. Dia kini berseorangan di balkoni bersama kotak cincin di tangan. Kepala mendongak ke langit yang kelam, sekelam hatinya. Tiada cahaya bulan yang boleh memujuk hati.

Kerdipan bintang menyembunyikan sinar di sebalik kepulan awan kelabu. Bukan Saiful yang meninggalkan garis luka pada Karina tapi dialah puncanya.

Maafkan abang, Karina...

🤗🤗🤗🤗🤗🤗🤗🤗

🤗🤗🤗🤗🤗🤗🤗🤗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
RAJUK KARINAWhere stories live. Discover now