Teaser

7.1K 273 156
                                    

"Apa ex-husband Kar nak?" Tanya Mizan masih tidak berganjak. Duduk bersandar, tangan bersilang badan. Sekadar anak mata mengerling ke arah Karina sebelum pandangan jatuh pada gambar-gambar kecil yang terlekat di softboard di hadapan meja. Senyum pada memori sewaktu mereka kecil dahulu. Riang sahaja. Tidak rumit seperti mereka di alam dewasa.

"Kalau nak tahu pasal dia pun kita cakap di bawah." Karina separa merayu. Saiful dan Mizan sama sahaja. Hanya menaikkan darah sahaja. Dia belum cukup tua untuk tergolong dalam kumpulan pesakit darah tinggi.

"Cakap di sini pun apa masalahnya. Di bawah ada Sumi. Sumi dan Mirna perangainya sama, telinga lintah. Mulut macam burung gagak." Mizan mencebik. 
Burung gagak sekali berbunyi setaman boleh dengar. Bila Sumi mula menggagak, dari hujung dapur hingga ke ruang tamu boleh dengar jelas ceritanya. Tak tahulah yag mana sesuai dengan Sumi, samada kumpulan membawang atau marhaban.

"Tak takut pula jika dia menggagak tentang kita di atas ni. Lebih-lebih lagi kalau dia tahu abang dalam bilik Kar." Balas Karina sambil menyengih. Menyuruh lelaki ini keluar dari biliknya bukan satu pekerjaan yang mudah. Lebih-lebih lagi berlagak seperti bilik itu kepunyaannya. 

"Bukan berdua-duaan dalam bilik pun. Tak nampak ke Kar berdiri di luar, lagipun Batrisya dan menatang tu jadi saksi." Mizan mengerling ke arah Mr. Bear yang tertonggeng sambil menjuih bibir.

"Dahlah abang... turunlah... Opah dah nak balik. Nanti apa kata dia, abang masuk bilik Kar." Nada Karina turun kepada tahap merayu. Maunya tak cuak lelaki itu bersenang lenang dalam bilik tidur. 

Bilik tidur. Tempat paling privasi bagi seorang perempuan. Mujur kemas. Jika bersepah dengan segala pakaian yang bertaburan di sana sini seperti zaman remajanya dulu, bikin malu. Jatuh saham.

"Kar turun dulu. Abang nak solat Asar. Nak solat sama tak? Too bad, tak boleh melepasi garis pintu." ejek Mizan, soalan yang dijawab sendiri serta merta. Dia bangun berdiri sambil menggeliatkan badan. Meregangkan otot tangan yang mengeras ketika duduk berpeluk tubuh. 

"Hey! Hey! Solat kat bawahlah. Yang nak solat dalam bilik Kar ni buat apa?" Karina menghambur rasa jelek. Macam tak ada tempat lain nak solat dalam rumah ni. Di tingkat bawah sudah disediakan bilik sembahyang khas untuk tetamu. Semuanya lengkap ada di situ. Jika perlukan kain pelekat pun sudah tersedia di situ.

Seperti cakap dengan dinding, Mizan sudah menyelinap masuk dalam bilik air.

"Aaaa banggg...!" Belum sempat Karina menghalang, pintu bilik air sudah ditutup rapat.

"Wow!" Sesaat kemudian, jeritan teruja Mizan kedengaran dari dalam bilik air buat Karina kejung. Apa pula kali ini, Karina mengetap rahang.

"Aum! Seksi! Yumss... Sedang-sedang elok aje saiz mangkuk sotong Kar ni, ya" Bulat mata Karina apabila mendengar butir bicara Mizan yang diselit tawa nakal. Ada khazanah yang ditinggalkan di dalam bilik itu.

"Oh my... oh my... Ini karipap pusing ke, karipap gulung, Kar? Gulung kut..." Seperti tahu Karina masih di luar, Mizan menambah lagi.

Karina mengecilkan mata, mengerah kepala supaya membayangkan apa yang ada dalam bilik air sehinggakan suara Mizan bertukar menjadi miang.

Mata dipejam rapat, kaki sudah terloncat-loncat sambil jari digumpal kemas. Darah berderau menyerbu muka. Rasa hangat, warna kulit muka bertukar menjadi merah menyala. Sikit masa akan keluar asap dari corong telinganya pula.

Bra dan seluar dalam yang dipakai pagi tadi.

Karina mengetuk kepala di dinding. Membayang keadaan seluar dalam yang bergulung. Pagi tadi laju sahaja dia melucutkannya. Gara-gara mahu cepat bersiap apabila Sumi memberitahu Mizan sedang menunggunya di bawah.

"Bongok!" Karina marah pada dirinya sendiri pula. Bilik air dan bilik tidur adalah tempat paling privasi seorang perempuan dalam dunia ini. Senang-senang Mizan menodainya.

😍😍😍😍😍😍😍😍🥟🥟🥟🥟🥟😍😍😍😍😍😍


Single : RM26 (buku) + RM8 (postage) = RM 34

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Single : RM26 (buku) + RM8 (postage) = RM 34.00

00

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 13, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RAJUK KARINAWhere stories live. Discover now