10

7.8K 531 252
                                    



Karina mencebikkan bibirnya. Menidakkan tuduhan Mizan biarpun terang lagi bersuluh, dia terkantoi.

"Cari apa?" tanya Mizan sambil memeluk tubuh. Tangan terlajak gatal hendak menggosok lengan Karina.

"Kar nak ke bilik Mirna lah. Nak pinjam VCD dia." Alasan yang sama diberikan pada Halijah tadi. Memang Mirna ada banyak koleksi VCD drama Korea. Tapi itu dulu. Ketika dia mabuk dengan drama Boys Over Flower.

"Bilik Mirna pintu sebelah sana, Kar. Takkan boleh lajak sampai ke bilik abang. Dah lupa yang mana satu pintu bilik Mirna?" Mizan senyum lebar. Suka dapat mengenakan Karina kembali. Terseksa jiwa raga apabila mengenakan silent treatment. Mahu menguji Karina tapi diri sendiri tidak dapat menahan.

"Lagipun mana ada orang tengok VCD lagi. Kecuali VCD porno aje. Itu pun tak perlu VCD, melambak boleh download dari youtube." Tebak Mizan bersahaja.

"Eeeiii, abang ni tak senonoh! Macam dah biasa je?" Karina mengetap bibir. Merah mukan. Alasan yang paling bodoh dalam dunia. Sengaja menjerat diri kembali.

"Belum nikah, apa lagi cara nak lunaskan tunggakan air," jawapan Mizan bersahaja buat mata Karina terbuntang luas.

"Abang!! Sewellah." Karina terjerit kecil. Berdongkol geram melihat gaya Mizan yang relaks dan ketawa sahaja sedangkan dia sudah malu-malu alah.

"Dahlah, malas nak layan abang. Kar nak turun sebelum Papa Su naik atas tengok kita berduaan dalam bilik, tak pasal dia fikir yang bukan-bukan." Karina cuba untuk bangun berdiri, terasa sengal-sengal satu badan tapi cuba untuk bertahan.

Balik rumah harus minta Kak Sumi lumur minyak angin kalau tak, boleh demam esok ni. Sakit-sakit badan.

"Eloklah, dapat nikah free." Laju Mizan balas, Karina ketap bibir.

"Boleh ke? Nak abang dukung?" Tawaran menarik oleh Mizan tetapi cepat-cepat Karina menggeleng.

"Tak payah. Kar okey..." Terhenjut-henjut Karina cuba berjalan keluar dari bilik. Jika ikutkan langkah manusia yang sihat beberapa langkah sahaja. Tapi dalam keadaan kaki yag tempang ibarat seratus meter.

"Karina..." Sapa Mizan lembut, menghentikan langkah Karina. Mereka saling berpandangan. Lama pandangan itu bertaut.

"Abang tak pernah hilangkan penanda buku Kar. Lovemark is my favourite. Sebab Kar sudah meninggalkan tanda di hati abang. Bentuk froggy comel, sama kalau Kar muncungkan mulut tu. But I hate triangle. Sebab itu yang terakhir Kar buat untuk abang." Mizan berdiri tegak, melangkah setapak demi setapak ke arah Karina. Makin lemah lutut Karina apabila lelaki itu tegak berdiri di hadapan. Selangkah lagi badan mereka akan bersatu.



RAJUK KARINAWhere stories live. Discover now