01

11.3K 334 39
                                    

Perlahan-lahan matanya dicelikkan. Cuba untuk menyesuaikan dengan cahaya yang menerobos masuk disebalik langsir. Anne masih lagi bermalas-malasan di atas tilam. Dia golekkan sekejap badan sebelum menggeliat penuh.

"Huh" Terlepas keluhan daripada bibir Anne dengan badan yang masih meniarap. Anne capai telefon bimbit yang diletakkan disebelah bantal. Kepala hanya diangkat sedikit.

9.12 am

Anne menyembabkan semula mukanya pada bantal. Tahu dah, dia malas nak bangun. Anne larikan jarinya pada peti pesanan WhatsApp. Tersenyum dia membaca mesej yang berada diatas sekali.

+Morning dear

Matanya beralih pada masa yang dihantar. Sudah satu jam lepas.

Anne angkat tubuhnya lalu duduk bersila diatas tilam. Klip rambut dicapai lalu menyanggul rambutnya ala kadar. Pantas jarinya menaip sesuatu, membalas semula mesej itu.

-Morning awak...

-Saya baru bangun ni

Anne merenung pesanan yang dihantar. Menanti jika mesejnya berbalas dengan cepat. Tapi hampa. Mesejnya langsung tidak dibaca. Mesti lelaki itu sedang sibuk dengan tugasnya. Tapi hari ni kan hari minggu. Anne cuba berfikir rasionalanya lelaki itu bekerja di hari minggu.

Bunyi telefon bimbit menyentakkan lamunannya. Terus dijawab pantas

"Helo awak." Perlahan suara Anne menjawab. Direbahkan kembali tubuh diatas tilam.

"Hai Anne." Balas Fakhrul senada seperti Anne. Suara serak-serak basah Anne kedengaran di halwa telinganya. Betullah. Gadis itu baru bangun. Dia baru sahaja selesai menjamu sarapan yang dibelinya tadi ditepi jalan hujung taman. Dah beli awal sebenarnya cuma dia sahaja yang lambat makan. Kebetulan mamanya malas mahu menyediakan makanan.

"Baru bangun?" Saja Fakhrul bertanya walaupun sudah dikhabarkan padanya tadi.

"Hmmm."

"Awak kerja ke?"

"Tak lah. Dekat rumah."

"Bila balik? Tak call pun." Rajuk Anne. Dia sebolehnya tidak mahu menganggu Fakhrul. Ditahan diri daripada menghubungi dan menghantar mesej. Tetapi Fakhrul ada juga menghubunginya.

Fakhrul ketawa kecil. Tahu dah dengan perangai Anne sejak mereka menjalin hubungan. Suka sangat merengek.

"Semalam baru sampai rumah. Tak nak lah kacau awak." Ujar Fakhrul. Tuala yang masih basah diletakkan di hanger dan disangkut pada belakang pintu. Dia baru sahaja selesai mandi.

"Ohh." Jarinya memintal hujung gebar.

"Keluar nak?" Fakhrul bersuara lagi. Dia rindu sebenarnya dengan Anne. Namun disudut hatinya masih ada perasaan ragu-ragu dengan hubungan mereka. Bukan ke dia yang menyambut huluran cinta Anne? Fakhrul hela nafas. Cuba mengusir anasir-anasir jahat yang bersarang di hati.

"Awak nak ajak saya pergi mana? Awal lagi. Kedai pun tak buka." Pintas Anne. Dia bangun dan menyelak gebar. Kakinya menuju kehadapan meja solek. Membelek-belek wajah sendiri dihadapan cermin besar itu.Sudah lah semalam dia tidur lambat disebabkan tengok movie dekat laptop. Mentang-mentanglah tak kerja esok hari, boleh lah dia berjaga malam. Tapi satu hal pula bila Fakhrul mengajaknya keluar. Eyebag dia nak sembunyikan macam mana.

"Jumpa parents saya." Selamba Fakhrul bertutur. Rambut yang basah dikirai dengan tuala kecil sebelum diletakkan dibelakang kerusi.

Membuntang mata Anne. Jumpa orang tua Fakhrul? Dia rasakan hubungannya dengan Fakhrul baru sahaja lagi. Masih awal.

"Segan lah saya, awak. Takut." Perlahan suara Anne menjawab. Kakinya menarik kerusi meja solek dan duduk disitu. Klip rambut ditarik bila benda itu sudah senget. Baik dia ikat sahaja rambut.

Dia ada dengar kak June berkata bahawa uminya sudah mula merisik-risik anak kawannya. Dia tak tahu siapa. Mungkin dia kenal dan mungkin juga tidak. Disebabkan itulah dia mahu membawa Anne berjumpa dengan orang tuanya secepat mungkin. Dan dia paling takut jika uminya tidak berkenan dengan Anne.

"Kenapa pula. Diorang bukan nak makan awak pun."

Anne ketap bibir. Tangan menggaru kepala yang tidak gatal. Dia sayang Fakhrul, dia nak Fakhrul tapi dia masih tidak berani walaupun sudah ada sikap lepas lakunya.

"Hari ni ke?" Soal Anne. Dia sudah berkira-kira mahu menerima tawaran Fakhrul membawanya berjumpa dengan orang tua Fakhrul.

"Tapi tiba-tiba saya teringat baby Zaif. Kita tengok diorang dulu nak?"

"Kita?" Anne bawa telunjuk pada dadanya sendiri. Tindakan refleks bila mendengar kata-kata Fakhrul.

"Yelah. Min kan baru bersalin. Ingat nak ajak pergi haritu tu tapi baby diorang kecil lagi." Beritahu Fakhrul. Wajah bayi perempuan Zaif menjelma di fikiran. Berapa hari selepas Jasmine bersalin, dia ada bertanya dan mahu melihat rupa anak temannya itu. Comel. Senang hati melihat kegembiraan mereka berdua.

"Nanti diorang tahu lah kita...erm..kita couple." Teragak-agak Anne mahu mengungkap perkataan itu. Dia memang tidak memberitahu Jasmine tentang halnya dengan Fakhrul. Kalau dulu semua boleh dia cerita. Dan memandangkan Jasmine sudah berkahwin, jadi masa itu agak terhad.

Fakhrul ketawa kecil. Lucu pula dengan Anne. Maaflah Anne, rahsia awak macam tak boleh simpan lagi.

"Zaif tahu lah."

"Eh, awak...Awak beritahu dia? Terkejut Anne. Mesti Fakhrul cerita pasal kes dia dahulu. Mana dia nak letak muka.

"Dia macam dah tahu. Tu yang dia tanya nak pastikan." Tergelak Zaif bila dia menceritakan hal itu.

"Seriuslah kau dengan dia?" Zaif bertanya tanda tidak percaya. Cepat betul kawan dia ni sambar Anne. Tak dapat Jasmine, Anne pun jadi lah.

"Kau tak payah nak gelaklah."

"Tapi seriuslah. Kau jangan main-main. Anak orang tu."

"Habistu, kau ingat dia anak patung?" sela Fakhrul. Dipandang wajah Zaif yang masih tersengih.

"Kira kau memang suka dia lah?"

"Kitorang masih dalam proses kenal-kenal lah." Balas Fakhrul. Mereka masih baru, walaupun Anne sudah bersungguh mencintainya sepenuh hati.

"Kalau macam tu baik kau kahwin terus. Masa tu bolehlah kenal-kenal. Lebih dari kenal pun boleh." Ujar Zaif dengan pamer muka keji. Fakhrul pandang sekilas temannya. Dia sangat faham maksud itu.

"Harap berkekalan lah Rul. Kalau yang ini aku support." Zaif menumbuk perlahan bahu Fakhrul. Mulalah dia nak ingatkan hal dahulu.

"Tapi saya tak tahu lah kalau dia dah beritahu Min." Bicara Zaif hilang. Dia memang tidak berhubung langsung dengan Jasmine. Cuma tahu sedikit sebanyak melalui Zaif.

"Awak...diorang tu laki bini. Kalau Zaif tahu, mestilah Min tahu." Keluh Anne. Kalau dia jumpa Min, mesti kawannya itu bertanya. Tak boleh dia bayangkan wajah Jasmine nanti.

"Tak apa lah. Nanti nak kahwin diorang tahu juga." Menyeringai Anne bila mendengar kata-kata Fakhrul. Selamba je cakap soal kahwin. Nak, datang rumah lah. Anne tersengih sendiri.

"Saya memang nak datang rumah dia. Saya datang sendiri je lah." Sebelum ini dia ada bertanya khabar Jasmine dan bayinya. Dia juga berkira-kira mahu datang melawat tapi tidak punyai waktu yang sesuai. Tak terfikir mahu datang bersama Fakhrul.

"Boleh lah. Please...Ni last. Last.Bagi saya beritahu dahulu." Rayu Anne. Tak jadi dia nak masuk kebilik air.

"Ok lah. Up to you." Fakhrul mengalah. Biarlah Anne buat apa yang dia suka dahulu. Lambat cepat, orang lain akan tahu juga.











Fakhrul X Anne
©2018

Rintik Rintik RinduWhere stories live. Discover now