08

4.6K 357 75
                                    

"Anne please." Fakhrul menarik tangan Anne. Terhenti langkah gadis itu lalu berpaling kearahnya. Sudah beberapa kali dia menghubungi Anne sehingga ke hari ini. Namun tidak bersambung. WhatsApp pun tidak dibalas.

Habis semua medium komunikasi Anne tutup. Dan hari ini dia terpaksa menerjah di tempat kerja Anne. Sudah beberapa hari dia kesini. Dan hari ini dia terpaksa datang awal dengan mengambil cuti separuh hari.

"Awak nak apa lagi?" Anne tarik tangannya kembali. Sedaya upaya dia mahu mengelak daripada berjumpa dengan Fakhrul. Sudah banyak kali dia berjaga-jaga jika lelaki ini datang kesini. Dan hari ini bentengnya diceroboh.

Dia keluar tanpa memerhati sekeliling. Sangkanya Fakhrul tidak menunggunya lagi. Anne pandang wajah dihadapan, namun sekejap sahaja matanya singgah sebelum dia melarikan mata ke tempat lain. Tak sanggup dia memandang wajah itu lama-lama.

Fakhrul melepas perlahan jemari halus itu. Matanya menyorot pada wajah Anne yang menunduk berpaling padanya.

"Anne, kenapa awak lari dari saya?" Perlahan suara Fakhrul bertanya. Anne masih diam. Dia tiada jawapan untuk soalan itu.

"Tolong Anne, ikut saya sekejap. Kita bincang" ujar Fakhrul apabila Anne tiada tanda-tanda mahu menjawab.

"Kita dah tak ada apa-apa Fakhrul" Beritahu Anne. Dia cuba untuk tegas agar dapat menyembunyikan perasaannya yang rapuh ketika ini. Dia tidak boleh berdepan dengan lelaki ini. Jiwanya sangat lemah.

"Siapa kata? Awak tetap dengan saya. Saya tak akan lepaskan awak" balas Fakhrul mencari wajah Anne. Jiwa dia juga sakit. Sudah lama menyulam kasih tetapi dipaksa berpasangan dengan gadis lain. Gadis yang belum tentu mahu menyerahkan sepenuh hatinya kepada dia. Tidak seperti Anne. Dia kenal jiwa gadis ini.

"Siapa kata? Saya kata! Awak dah ada orang lain. Buat apa cari saya. Baik awak pergi dengan dia. Tak payah datang sini. Nanti orang kata saya yang jadi perampas." tidak dihiraukan orang yang lalu lalang petang itu. Makin ramai yang keluar dan kedudukan mereka tidak lah jauh daripada pandangan orang lain.

Halkum Fakhrul bergerak menelan liur. Lantang saja suara itu pada telinganya.

"No Anne. Tiada istilah perampas dekat sini. Awak tak rampas saya daripada sesiapa. Saya bukan kepunyaan orang lain. Saya awak punya" balas Fakhrul. Keruh wajahnya mahu memujuk Anne.

Anne kebilkan matanya. Hatinya sedikit gembira apabila Fakhrul menyatakan bahawa hanya dia yang memiliki lelaki itu. Namun dia tidak mahu mempercayai sepenuhnya.

"Tapi sekarang awak bakal jadi milik orang lain. Itu point dia" sambung Anne. Fakhrul sudah bercekak pinggang. Ternyata Anne tidak faham. Atau buat-buat tidak faham. Fakhrul memandang sekeliling. Dia rasakan yang 'perbincangan' mereka bakal berlanjutan.

"Ikut saya. Kita bincang tempat lain" Fakhrul tarik tangan Anne. Tersentak Anne apabila tangannya ditarik kuat. Dia cuba melepaskan genggaman tangannya. Namun tidak berjaya. Kakinya juga tidak mampu terpasak kukuh pada jalan tar itu.

"Sakit lah Fakhrul"

"Please Anne. Sekejap sahaja" Fakhrul berhenti sekejap menoleh pada Anne disebelah. Genggaman tangannya dilepaskan. Ternyata Anne sakit dengan perbuatannya. Anne gosok perlahan pergelangan tangannya.

Anne pandang wajah kekasih hati yang keruh. Merayu padanya. Perlukah dia ikut?

__________

"Ibu yang suruh saya kahwin dengan dia" Fakhrul hela nafas perlahan. Pandangannya kosong memandang kehadapan.

Anne membisu. Pedih hatinya bila mengetahui kebenaran. Sudah-sudah lah untuk diamenagis. Kering air matanya.

"Dia terima awak?" merujuk kepada Nelly. Dia tidak pernah berjumpa dengan Nelly. Lebih baik tak payah. Mungkin waktu kahwin Fakhrul nanti.

"Dia terima" teragak-agak Fakhrul menjawab. Itu yang dia dengar deripada mulut ibunya. Namun sehingga kini dia masih belu sempat berjumpa dengan Nelly kerana tumpuannya lebih kepada Anne.

Dia perlu berbincang dari hati ke hati dengan Nelly. Adakah gadis itu suka akan dirinya atau hanya mengikut telunjuk keluarga.

"Itu maksudnya kita tak ada jodoh" bergetar suara Anne. Dia memandang Fakhrul yang termenung di sebelah. Man mungkin dia mereka dapat hidup tanpa restu keluarga. Biarlah dia pergi untuk kebaikan semua orang.

Fakhrul lantas berpaling. Terkejut dengan kata-kata Anne.

"Jodoh saya dengan awak. Bukan dengan dia" bangkang Fakhrul. Dia kuak rambutnya kebelakang. Jadi tak senang duduk.

"Awak yakin jodoh saya dengan awak? Saya takut kalau awak hanya persinggahan bagi saya" balas Anne sambil membetulkan punggung menghadap Fakhrul disebelahnya. Wajahnya keruh. Anne menarik nafas. Cuba menenangkan hati. Sedangkan dia sendiri tidak mahu menerima jika tiada jodoh antara mereka.

"Saya sayangkan awak Anne" luah Fakhrul sepenuh hati. Dipandang wajah mulus itu. Terasa susah untuk dia menebak hati perempuan.

"Tapi dulu tak kan" Anne balas. Pedih hatinya bila mengenangkan dirinya yang mahukan Fakhrul.

"Perasaan tu datang bila saya dengan awak. Sungguh. Saya tak tipu" tegas Fakhrul. Dia tidak mahu tahu yang dulu. Dia hanya mahu yang sekarang.

"Tolong Anne, kita rasa perasaan yang sama. Jangan tipu diri awak"

Anne memandang tepat pada mata hitam Fakhrul. Cuba mencari keikhlasan dalam kata-kata itu. Dalam masa yang sama, dia mahu merakam wajah itu kedalam kotak memori andai kata mereka tidak bersama lagi.

"Kahwin dengan saya Anne. Saya bawa awak jumpa ibu ayah. Biar saya jumpa ibu ayah awak sekali" bersungguh -sungguh Fakhrul berkata. Dia akan berusaha dapatkan gadis itu.

Berderau darah Anne apabila mendengar perkataan itu. Fakhrul melamarnya? Tapi kenapa tiba-tiba? Redup pandangan lelaki itu dan dia bagaikan terpesona seketika membalas pandangan kasih itu.

"Tolong percaya saya" Fakhrul capai kedua belah tangan Anne. Menyalurkan rasa yakin dalam diri gadis itu. Dipandang wajah cantik dihadapan. Mahu saja dia belai manja kulit itu. Mahu disalurkan segala kasih sayang dalam perlakuannya.

Bagai direnjat elektrik, Anne tersedar lantas menarik semula tangannya. Perlahan dia menggeleng kepala.

"Saya tak boleh. Ibu awak mesti tak suka saya" Anne pandang pada langit yang tiba-tiba mendung. Angin masih lagi bertiup sepoi-sepoi bahasa.

"Awak ikut saja pilihan ibu awak. Pasti awak bahagia" sakit hatinya bila mengucapkan hal itu. Ada apa dengan bahagia? Rasa anka ketawa dengan diri sendiri. Sepatutnya dia yang berbahagia dengan Fakhrul.

Fakhrul kelu. Semudah itu Anne menolaknya? Fakhrul lihat gadis itu yang sudah pun berura-ura mahu bangun dan melangkah pergi. Lantas Fakhrul juga ikut berdiri.

"Lupakan saya. Saya..."

"Saya akan cuba lupakan awak juga" suaranya merintih. Sampai sini saja hubungan mereka. Tidak perlu lagi diteruskan.

"Anne, apa awak cakap ni?" marah Fakhrul. Dia tahu jiwa wanita itu rapuh tapi tolonglah jangan selemah ini.

"Kita dah tak ada apa-apa"

"Anne!" berombak dada Fakhrul. Semua perasaan bercampur aduk.

"Ibu ayah awak lagi penting. Bukan saya" terpejam mata Anne apabila bunyi guruh kedengaran. Tidak perasan yang langit sudah bertukar menjadi lebih gelap. Awan juga hanya menunggu masa untuk melepaskan bebanan ke bumi. Angin juga sudah bertukar kencang.

"Kita putus"

Serentak itu rintik-rintik hujan turun membasahi bumi. Bagaikan megetahui gelisahan dua jiwa yang dilanda badai.

Mata mereka bersabung pandang sambil membiarkan hujan membasahi diri. Anne pusing tubuhnya. Matanya kabur dengan air mata.










Kalaulah Anne kata dia dah ada orang lain😉

Rintik Rintik RinduWhere stories live. Discover now