15

6K 340 41
                                    

"Awak...."meleret suara Anne memanggil empunya badan. Perlahan-lahan kakinya melangkah mendekati dengan mata melilau sekeliling dapur.

Fakhrul kalih pandang seraya tersenyum kecil dengan kehadiran Anne. Tangannya menggunting paket kecil berisi perencah mee segera dan terus dituang ke dalam periuk yang berisi air panas.

"Awak buat apa?" Tangannya naik merangkul belakang badan lelaki itu sebelum wajahnya dibawa ke hadapan. Anak matanya naik mencari wajah idaman hati. Senyum diukir.

Fakhrul diam dan membiarkan sahaja sepasang tangan itu bergayut pada pinggangnya. Sudu di ambil dan dikacau rata larutan di dalam.

"Maggi. Nak sekali?" Fakhrul tunduk memandang wajah dibelakang. Mata yang sengaja dikebilkan. Mulut yang sengaja memuncung. Nak kena gigit agaknya.

"Nak share dengan awak je lah" Anne leraikan rangkulan lalu berjalan menuju ke peti sejuk. Badannya menunduk mencapai susu segar Farm Fresh. Dibawa gelas yang berisi susu ke mulut dan meneguk perlahan dengan mata yang memandang sisi Fakhrul.

Ternaik kening lelaki itu. Perutnya sudah lah lapar sejak daripada tadi. Terjaga pada pukul 1 pagi dan perutnya meminta untuk diisi. Dia menoleh pada isteri yang sudah tidur pulas dengan rambut yang menutupi muka. Lantas tangan menyelak gebar dan kaki diturunkan menyentuh lantai. Melangkah menuju kedapur.

Tangan lelaki itu dipanjangkan mencapai sebungkus lagi Maggi lalu dicampurkan sekali kedalam periuk. Api dikecilkan. Mee segera dikacau perlahan.

Fakhrul kerling Anne yang masih berdiri tidak jauh darinya. Dengan rambut yang tidak kemas. Baju tshirt kelabu dan kain batik yang diikat kemas. Lagi-lagi dengan mata Anne yang masih kuyu. Hatinya dijentik sesuatu. Iaitu godaan daripada si isteri.

"Kenapa bangun? Tak lena?" soal Fakhrul mematikan api dapur. Kakinya melangkah mencapai mangkuk dan menuang keseluruhan Manggi kedalam bekas.

Anne memejamkan matanya seketika. Menghidu bauan Maggi yang masih berasap. Tiba-tiba dirasakan perutnya berkeroncong. Sudah lah tadi mereka masuk tidur awal. Penat seluruh tubuh badan mengemas rumah baru Fakhrul. Baru dia tahu yang lelaki itu sudah punyai rumah sendiri. Walaupun ada yang menolong, tetapi penat tuan rumah lagi terasa.

Sekejap sahaja dia duduk di rumah ibu bapa lelaki itu. Cumanya duduk disitu, dia rasa dia perlu praktiskan diri untuk memasak bagi menambat hati ibu mertuanya. Bukannya tak pandai langsung cuma hanya yang ringkas sahaja dia tahu.

"Terjaga. Pastu awak tak ada dekat sebelah. Itu yang cari keluar" balas Anne melangkah kearah meja. Punggungnya dilabuhkan lantas menarik mangkuk yang berisi Manggi.

"Awak... sudu dengan garfu please" pinta Anne menghulur tangannya pada Fakhrul. Lantas tangannya menghulurkan apa yang dipinta isteri. Namun tapak tangan lelaki itu yang disambut seketika sebelum jari-jemari halus itu melorot mengambil sudu serta garfu. Kedua-duanya hanya ukir sengih kecil.

Fakhrul mengambil tempat disebelah gadis Anne. Kepalanya ditongkat dengan tangan kanan sambil matanya tidak lepas memandang Anne yang selamba menyuap mee kedalam mulut. Nafas dilepas perlahan. Yang tukang buat tak dapat makan lagi ni.

Anne yang perasan akan wajahnya direnung berhenti seketika daripada menyuap. Wajahnya ditoleh menghadap Fakhrul. Riak lelaki itu tenang sahaja.

"Apa tengok-tengok?" soal Anne apabila dirasakan wajahnya panas hanya dengan renungan tidak lepas Fakhrul. Mulut dibawa dekat dengan sudu. Menghirup kuah mee berperisa kari itu.

"Saya lapar" ujar Fakhrul pada Anne dengan suara perlahan. Sengaja buat suara sedih minta simpati. Tadi baru sahaja dia kata nak kongsi tetapi kini mee dihadapan seolah miliknya seorang.

Rintik Rintik RinduWhere stories live. Discover now