10

5K 353 65
                                    

"Maafkan saya" Nelly tunduk mengambil telefon bimbit yang terjatuh. Leka dia memandang telefon bimbit ditangan sehingga terlanggar seseorang. Nasib tak tercabut bateri. Entah kenapa hari ini fikirannya melayang. Seperti mengejar waktu yang terasa cepat berlalu.

"It's okey. Saya pun tak perasan awak" wanita dihadapannya tunduk mengambil telefon bimbitnya yang juga yang terjatuh. Dibelek-belek benda alat berwarna hitam itu.Membersihkan serba sedikit kotoran yang melekap dan kesan calar yang mungkin ada.

Nelly senyum segaris melihat wanita cantik dihadapan. Santai pakaiannya dengan rambut diikat bun. Tetapi wajah itu sebaliknya. Senyuman itu nampak keruh. Tidak sepadan dengan raut wajah yang dimiliki.

"Eh takpe. Sama-sama tak nampak" balas Nelly lalu memasukkan kembali telefon bimbitnya kedalam beg. Matanya melilau pada sekeliling kawasan. Dia telan liur. Rasa macam nak marah diri sendiri apabila berlaku perlanggaran kecil disini. Terbantut niatnya.

Wanita itu hanya mengangguk kecil tanda faham. Senyum lagi.

"Ok lah, saya pergi dulu" pamitnya dan cepat sahaja wanita itu mahu berlalu pergi. Nelly kalih pandang pada belakang badan wanita itu. Dia melepas nafas perlahan. Telefon bimbitnya ditarik keluar semula. Digenggam kemas.

Nelly pusing tubuhnya namun kilauan cahaya dikaki membuatkan dia berhenti. Seperti gelang tangan. Dia lantas menunduk dan mengambil gelang itu. Dibelek seketika.

Anne

Dibaca nama yang terukir. Berkerut dahinya. Anne?Rasanya dia pernah dengar. Tapi dia tidak ingat dimana. Ditelek lagi nama itu. Dia yakin dia pernah dengar.

Nelly pusing badannya sambil kepala dipanjangkan mencari kelibat tadi. Mungkin kepunyaan wanita itu. Tetapi hampa, tiada tanda-tanda wanita itu mahu muncul kembali. Jarinya bermain dengan gelang itu, tidak tahu mahu berbuat apa dengan barang kepunyaan orang lain. Kalau tiada nama, boleh lah dia simpan. Walaupun simple, masih dapat menarik mata perempuannya. Masih nampak cantik.

Nelly bergerak perlahan meninggalkan kawasan itu. Saat kakinya mahu melangkah menuruni anak tangga kecil, bahunya terasa dicuit.

Segera Nelly pusing tubuh memandang wajah di hadapan.

"Ada nampak gelang saya tak?" terus dirinya diterjah denga soalan itu. Muka yang sedia lemah itu bertukar resah. Wajahnya penuh berharap.

"Ini ke Miss?" Nelly tunjuk gelang ditangannya. Dia tersenyum melihat wajah itu yang berubah gembira. Nelly pegang pada ukiran nama dan baru terperasan ada ukiran lain dibelakang gelang itu. Namun segera dihulur pada empunya badan.

"Hah..ini. Awak jumpa dekat mana? Penat saya cari merata. Ingat jatuh dekat tempat lain" Tidak berkelip mata itu membelek gelang. Lebih melihat pada cangkuknya.

"Patutlah, cangkuk tak ketat" perlahan suara itu berkata. Wajahnya kembali resah sebelum ukir senyum kecil.

"Miss Anne?" teragak-agak dia mahu bertanya. Dia mahu kepastian yang gelang itu adalah milik wanita tersebut.

"Iya. Saya" terkebil-kebil mata Anne memandang wanita dihadapan. Gelang dimasukkan kedalam beg semula. Nantilah dia pakai. Dia tidak boleh hilang yang ini. Nanti jatuh lagi buatkan hatinya gelisah.

Resah hatinya bila perasan yang gelang yang dipakai pada hari ini tiada ditangan. Dari tempat dia berdiri, Anne berpatah balik untuk mencari semula gelang itu sehinggalah dia nampak tubuh wanita yang berlanggar dengannya mahu melangkah pergi.

"Saya Nelly" ujar Nelly memperkenalkan dirinya. Dia sudah tahu nama wanita itu, jadi tidak salah dia memperkanalkan dirinya. Anne ukir senyum.

"Thanks Nelly" balas Anne kembali lantas berlalu pergi. Kaki Nelly lagi sekali terpasak memandang tubuh itu sebelum meneruskan langkah. Wajahnya diangkat memandang kehadapan. Terkebil-kebil matanya cuba untuk melenyapkan sesuatu yang muncul dibenak fikiran.

Saat kakinya mahu melangkah, terhenti kakinya tatkala memandang susuk tubuh yang tidak jauh dari situ. Nafas dilepas perlahan.

________

Nelly pandang wajah tenang Fakhrul. Lelaki itu tiba-tiba mahu berjumpa dengannya hari ini. Katanya mahu membincangkan sesuatu. Sudahlah mesejnya tidak dibalas. Ketika itu dia mahu berbincang dengan lelaki itu soal perkahwinan mereka. Sudahnya baru sekarang lelaki itu datang bertemu dengannya.

"Abang tak nak masuk dalam?" soal Nelly. Entah kali keberapa dia ulang soalan yang sama. Tetap juga Fakhrul mahu duduk diluar. Mahu mengambil angin. Kebetulan ornag tuanya tiada dirumah. Namun adiknya dan kakaknya ada di dalam.

Fakhrul menggeleng. Dia tidak mahu masuk kedalam. Rasa sesak. Biarlah dia duduk diluar. Biar dadanya rasa lapang tika membuka topik yang perlu dibincangkan.

"Abang nak cakap apa?"

Fakhrul hela nafas berat lalu memandang wajah gadis itu dihadapan.

"Abang tak boleh terima Nelly. Abang dah ada orang lain" ujar Fakhrul jelas. Perlahan nafas berat dilepaskan. Dia tidak mahu teru-terusan berfikir. Dia perlu mengambil tindakan. Dia akan perlahan-lahan cungkil hati gadis dihadapan. Mahu mengetahui tindakan Nelly menerimanya.

"Abang tak akan terima Nelly" lantaklah apa nak jadi. Dia malas nak ambil tahu hal orang lain. Yang penting hatinya sekarang.

Nelly kelihatan terkejut namun dia mampu mengekalkan riak tenang. Patutlah lelaki itu tidak membalas mesej dia dahulu ketika dirinya mahu membincangkan hal perkahwinan mereka.

"Tapi kenapa baru cakap sekarang? Nelly dah cakap dengan mama" dia sudah beritahu yang dia boleh menerima Fakhrul sebagai teman hidupnya. Itupun hampir rentung dia fikir. Hampir gila.

"Sebab tu abang beritahu. Abang tahu belum terlambat lagi. Nelly jangan terima kalau ibu abang tanya lagi. Tolak abang" ujar Fakhrul apabila mengingatkan tentang hal peminangan yang akan dilakukan. Dia dipaksa. Biarlah dia beritahu dahulu agar gadis itu tahu yang hatinya sudah dimiliki orang.

"Abang serba salah. Nak ikut kata ibu atau pilihan sendiri" Fakhrul pelik apabila melihat wajah Nelly yang masih tenang. Tiada sedikit pun riak marah.

"Tapi ibu tak nak orang lain jadi menantu dia. Tolong abang Nelly. Nelly tak akan bahagia kalau terima abang. Abang tak boleh nak terima Nelly. Sorry" sambung Fakhrul tepat memandang wajah Nelly. Biar saja dia berterus terang agar tiada siapa yang sakit hati dikemudian hari. Dia perlu ambil risiko.

Gadis itu tersentak. Tidak sangka dengan kata-kata Fakhrul. Nelly ketap bibir.

"Tapi Nelly boleh terima abang. Nelly boleh hidup dengan abang. Kenapa abang tolak Nelly macam ni?"
Dia juga jadi marah.

Fakhrul tersentak dengan kata-kata gadis itu yang tiba-tiba. Disangka gadis itu faham akan maksudnya dan dia tarik diri.

"Nelly faham tak abang dah ada orang lain!"

Nelly pandang wajah Fakhrul yang resah. Mendengar suara tinggi Fakhrul buatkan dia terkejut. Nampak yang lelaki itu cuba mempertahankan hubungannya dengan wanita itu. Apa kau buat ni Nelly?

Pasti hati wanita yang dikasihi terluka jika mengetahui kekasih hati berkahwin dengan orang lain. Nelly pandang kosong wajah Fakhrul.

"Siapa dia abang?" terdetik hatinya mahu mengetahui siapakah nama yang bertakhta dihati lelaki itu.

"Itu Nelly tak perlu tahu. Yang penting sekarang Nelly tarik diri!" berombak dada Fakhrul. Dia merasakan yang Nelly mahu berbuat sesuatu dengan gadis pujaannya. Itu boleh terjadi.

"Nelly cuma tanya siapa nama dia" perlahan suara Nelly. Dia tahu lelaki ini sedang menahan marah. Tapi dia tahu tahap sabar Fakhrul. Lelaki itu sudah bersandar pada belakang kerusi. Menenangkan gelora hati.

"Anne" lagi sekali nama itu disebut. Nelly kerut dahi. Siapa Anne? Fikirannya melayang pada wanita yang dijumpai beberapa hari lepas. Yang dia tidak sengaja berlanggar. Tak mungkin bumi sekecil ini untuk mereka bertemu.

Tidak. Itu mungkin orang lain.










Cuba teka lagi berapa bab?
😊

#cikbungamenyesal

Rintik Rintik RinduWhere stories live. Discover now