20

10.8K 458 132
                                    

Anne menepuk perlahan punggung anaknya yang baru sahaja terlena setelah kenyang menyusu. Tadi bukan main mengamuk bila lambat kasi susu. Lagipun dadanya sudah basah dengan susu yang memancut keluar. Penuh terasa dadanya saat itu.

Dia lorek senyum dengan mata yang setia memerhatikan raut wajah comel itu. Dia sudah jadi ibu. Jadi mommy buat puteri kecil ini.. Tidak terucap perasaan yang dirasai sekarang. Yang dia boleh katakan hatinya sungguh rasa tenang dan gembira.

Saat melahirkan anaknya, terasa keliling dia berpusing. Dia sudah tidak boleh berfikir dan tidak tentu arah akibat menanggung kesakitan yang sangat kuat. Hanya mampu berdoa agar dia dapat melahirkan anaknya dengan selamat.

"Abang, sakit" Anne peluk tubuh Fakhrul . Dicengkam kuat bahu sasa itu dengan kedua belah tangannya. Terasa mahu patah segala tulang belulang. Terasa mahu terputus segala urat sendi.

Anne telan liur. Cuba menenangkan diri. Dia sembam wajahnya pada bahu lelaki itu dengan tangan dibawa melingkar pada belakang lelaki itu. Mulutnya terbuka mencari nafas dengan mata yang terpejam.

"Sabar sayang. Sekejap lagi nurse dengan doctor sampai" pujuk Fakhrul. Terasa sakit bahunya apabila dicengkam kuat. Namun dibiarkan sahaja. Peluh diwajah Anne dilap dengan tapak tangan. Bibir isterinya kelihatan pucat sedikit.

"Sabar, sabar. Sakit tahu tak!" giginya diketap. Arghh, rasa sakit itu datang lagi. Kerap dan semakin kerap. Terasa dahinya di cium lembut

"You can do it sayang. Istighfar. Ingat Allah" pesan lelaki itu. Dia sudah kelelahan seperti nyawa dihujung tanduk. Tapi dia tahu semua ini akan berakhir apabila melihat wajah bayinya nanti.

Dia senyum nipis. Ya memang semua rasa sakitnya hilang apabila melihat wajah merah anaknya. Dia hanya mampu lorek senyum lemah.

Anne rebahkan badannya mengiring bersebelahan dengan tubuh kecil itu. Comel dengan baju berwarna merah jambu. Dia betulkan sedikit kedudukan tangan dan bantal agar tidur anaknya lebih selesa.

Tidurlah sayang. Tapi nanti tengah malam awak bangun mesti awak kejut mommy juga.

Anne betulkan bantal di kepalanya. Mahu tidur seketika. Nampaknya waktu tidurnya perlu mengikut jam tidur si kecil ini. Dan bila-bila masa sahaja penghuni disebelah boleh terjaga.

Rintik Rintik RinduWhere stories live. Discover now