04

4.6K 335 79
                                    

Fakhrul mengangkat wajah tika namanya diseru. Kelihatan Nelly yang muncul dihadapan mata. Tersenyum manis padanya. Bibir lelaki itu perlahan-lahan koyak senyum. Kedatangan Nelly dan keluarganya petang tadi membuatkan Fakhrul terpaksa menahan diri daripada keluar rumah. Itupun setelah dibebel oleh Puan Faridah. Kata-kata umi terngiang-ngiang.

"Nanti family Aunty Nisa datang. Nelly pun ada sekali. Rul nak pergi mana?" Fakhrul mengeluh. Penat telinga mendengar kata-kata yang sama. Kalau itu putih, putih lah jawabnya. Susah untuk mereka adik beradik bangkang termasuklah abah, Encil Yusuff. Mujur saja abah banyak berdiam diri.

"Biarlah diorang datang. Bukan kena mengena dengan Rul pun." Balas Fakhrul malas. Kunci kereta yang sudah berada didalam poket seluar dipegang. Dia pandang wajah umi yang berada dihadapannya.

"Rul, umi dah ajak diorang dari minggu lepas lagi. Ingat diorang nak datang sini nak jumpa Rul sekali." Beritahu Puan Faridah.

"Nanti apa pula diorang kata kalau Rul tak ada." Sambung Puan Faridah lagi.

Fakhrul memandang wajah ibu yang seperti menyembunyikan sesuatu. Ayat itu kedengaran pelik. Namun, terang lagi bersuluh lagi dia tahu akan agenda umi. Pasti abah juga tahu.

"Riya kan ada. Kan itu kawan dia. Boleh lah diorang berbual." Ujar Fakhrul. Adiknya Fitriyah itu memang dulu berkawan dengan Nelly tetapi dia tidak pasti jika sehingga sekarang mereka masih berhubung. Itu dia tidak ambil tahu.

"Diorang datang nak jumpa Rul sekali. Memanglah Riya ada. Tapi Rul layan lah sekali Nelly tu." Ujar Puan Faridah. Baru dia nak temukan anaknya dengan Nelly. Tetapi liat sungguh nak dengar kata. Seakannya tidak faham dan mahu mengelak dengan kunjungan keluarga itu.

"Diorang tetamu Rul. Tak baik buat macam tu."

"Lagipun Rul dah lama tak jumpa Nelly kan." Fakhrul mengeluh lagi. Ayat itu diulang lagi. Siapa yang nak jumpa Nelly. Atau umi yang beria mahu dia bertemu Nelly?

"Umi, diorang dah sampai." Kedengaran suara Fitriyah melaung kuat dari pintu utama. Pantas Puan Faridah bangun. Umi sudah siap dengan baju yang sudah ditukar. Tudung juga sudah siap disarung, tidak sabar berjumpa dengan tetamu.

"Duduk lah." Pelawa Fakhrul melihat Nelly yang masih tercegat di hadapan pintu. Bicara umi hilang. Kepalanya disua kehadapan menunjuk pada bangku batu yang kosong.

Teragak-agak Nelly mahu melangkah. Wajahnya tertunduk malu bilamana Fakhrul memandangnya sekejap.

"Lama tak jumpa." Ujar Fakhrul bersahaja. Nelly hanya tersenyum. Mungkin masih lagi kekok untuk berbual dengannya.

"Tahu pun. Lama juga tak jumpa abang." Singkat Nelly menjawab. Dari tadi sebenarnya matanya sudah melirik pada wajah Fakhrul. Saat dia berpelukan dengan Fitriyah lagi.

Fakhrul ada rupa. Dia tidak nafikan. Sebab itu matanya ingar untuk tidak menunduk daripada tercari wajah Fakhrul. Makin menarik jika hendak dibandingkan dengan diri Fakhrul suatu masa dahulu.

"Dah habis belajar? Sekarang kerja lah kan?" Fakhrul memandang wajah anak tetamunya. Tak salah kan dia mahu memuji kecantikan makhluk yang berjantina perempuan ini.
Wajah itu tidak secerah Anne, tetapi masih manis dipandang. Hidungnya mancung terletak.

"Belum lagi. Masih duduk dekat rumah." Berdebar hati kecilnya. Bukan dia tidak pernah berhadapan dengan lelaki, tapi lelaki dihadapnnya ini mampu buatkan dia berdebar. Atau mungkin dia yang perasan sendiri.

Mereka diam. Tidak tahu mahu berbual tentang apa. Sebenarnya banyak yang boleh mereka bualkan tetapi dia sendiri yang tidak mahu. Atau senag kata, dia malas untuk bertanya perihal hidup Nelly.

Rintik Rintik RinduWhere stories live. Discover now