16

6K 365 43
                                    

"No. Saya hantar awak balik rumah ibu" pangkas Fakhrul. Kakinya disilangkan keatas meja kecil diruang tamu.Tangan dibawa berpeluk tubuh sambil badan disandar senang pada sofa. Fokus matanya sudah beralih pada rancangan sukan dihadapan.

"Alah, saya stay sini je lah. Lagi pun bukannya lama awak pergi" Anne pegang lengan lelaki itu. Cuba untuk memujuk. Fakhrul pandang sekejap Anne yang daripada tadi membantah kata-katanya. Nafas dilepas perlahan.

"No. Awak tak boleh duduk sini sorang-sorang sayang. Saya risau" ujar lelaki itu. Dia tidak akan membenarkan gadis itu tinggal seorang diri dirumah ini semasa ketiadaannya nanti. Dia terpaksa outstation selama beberapa hari dan perlu meninggalkan isterinya sendirian.

Anne tarik muka. Bukan dia tak boleh tinggal sorang-sorang. Dia dah besar. Tahu jaga diri. Apalah nak risau sangat.

"Alah, pandailah saya nanti awak...kat sini pun ramai jiran apa. Tak ada apa-apa lah" Anne cuba lah memujuk lagi dengan badan dirapatkan pada badan Fakhrul. Bergesel seketika.

"No alah, alah. I'm your husband. Jadi tolong dengar cakap saya" dia bersuara tegas. Fakhrul jarakkan tubuhnya lalu menghadap Anne yang sudah berubah riak.

"Kenapa tak nak duduk rumah ibu?" soal lelaki itu.

"Saya belum biasa. Lagipun awak tak ada" lirih suara Anne. Bukan dia tak nak duduk rumah mak mertua, tetapi dia masih belum biasa. Masih teringat yang dia ditolak mentah-mentah awal dulu. Terima kasih juga buat Nelly sebab ikut rasa hati sendiri. Dia pun belum boleh tebak hati orang tua itu.

"Ibu tak ada layan awak buruk kan?"

"Tak ada. Tapi..." Anne pandang wajah Fakhrul yang menanti jawapan daripadanya. Terkebil-kebil mata Anne mahu memberikan jawapan yang sesuai.

"Awak, ok tak baju saya ni" Anne tunjuk pakaian ynag tersarung ditubuh. Blous longgar bercorak bunga kecil dengan seluar denim hitam. Apabila Fakhrul khabarkan mahu membawa dirinya makan dirumah lelaki itu, jiwanya ada sedikit resah. Walaupun sebelum ini sudah bertemu empat mata dengan ibu Fakhrul, Anne yakin dia masih kekok.

"Ok je lah Anne" entah berapa kali dikerling gadis itu yang resah membetulkan pakaian sendiri. Risau sangat.

"Sopan dah tu" sambung Fakhrul lagi tanpa memandang Anne disebelah. Kali ini dia membawa Anne untuk makan malam bersama keluarganya. Berjumpa lagi dengan ibu dan ayah.

Anne tenangkan dirinya. Rambut dirapikan apabila Fakhrul sudah membelok masuk ke persimpangan kawasan perumahannya. Dia sudah nampak bumbung rumah orang tua Fakhrul. Perlahan kereta masuk kedalam laman rumah.

"Turun. Dah sampai" Fakhrul sudah membuka pintu kereta.

Anne turun mengikut langkah lelaki itu. Pintu rumah sudah terbuka daripada tadi. Pasti Fakhrul memaklumkan awal tentang keberadaan mereka.

"Duduklah dulu. Ibu dekat dapur rasanya" dia menyuruh agar gadis itu duduk dahulu.

"Tak payah lah. Saya ikut awak" ujar Anne memandang Fakhrul yang masih tercegat. Lelaki itu hanya diam.

Anne ikut langkah kaki Fakhrul kedapur. Belum sempat melangkah masuk, tubuh Puan Faridah sudah muncul dengan membawa ayam masak merah ke ruangan depan.

"Eh, dah sampai. Sekejap. Ibu nak hidangkan makanan ni" ujar wanita itu apabila terpandangkan wajah anak teruna dan seorang gadis disisi. Senyum segaris dilempar.

Anne pantas kehadapan dan menghulurkan tangannya untuk bersalam. Kepala ditunduk mencium tangan wanita itu. Terasa lembut sahaja tangan tua itu.

Rintik Rintik RinduWhere stories live. Discover now