6

4.5K 349 55
                                    

Lama Fakhrul berdiri dihadapan pintu bilik Anne. Sepatutnya pagi ini mereka akan keluar daripada situ. Tetapi, sudah beberapa kali dia mengetuk pintu itu namun tiada bayang-bayang Anne mahu membukanya.

Fakhrul mundar mandir. Resah hatinya memikirkan keadaan Anne. Dia juga sudah banyak kali menghubungi Anne namun tidak diangkat. WhatsApp juga tidak dibalas.

Mahu saja dia berjumpa dengan pihak chalet untuk mendapatkan master key. Tetapi dia takut jika itu akan mengeruhkan lagi keadaan. Dia juga tidak mampu untuk tidur dengan lena bila mengenangkan hal yang berlaku semalam. Sepanjang malam terkenangkan Anne yang dibawanya kesini.

One night disaster!

"Awak nak kahwin dengan siapa?" soal Anne geram pada Fakhrul yang berada di hadapan. Suaranya bergetar dengan dada yang berombak kencang. Dia cuba mengawal suara agar tidak menjerit disitu.Tangannya mengenggam genggam kuat telefon bimbit lelaki itu. Kalau ikutkan amarahnya, mahu sahaja dia lempar telefon itu pada muka Fakhrul.

Terpempang seketika Fakhrul dengan soalan yang terpacul daripada mulut Anne. Dia baru saja kembali semula lalu dia terus diserang dengan soalan sensitif itu. Lebih-lebih lagi datangnya daripada Anne. Wajah Anne sudah bertukar keruh.

"Kenapa tanya macam tu?" Mata Fakhrul beralih pada telefon bimbit yang berada dalam genggaman gadis itu. Hati Fakhrul panasaran. Bagaimana boleh telefon itu berada disitu?

"Awak nak kahwin dengan siapa Fakhrul?" lagi sekali Anne ulang soalannya. Tetapi kali ini suaranya sudah mengendur. Dia tidak mampu menahan perasaannya. Mata Anne memandang wajah kelu Fakhrul. Tangannya dirasakan sudah lembik, bila-bila saja telefon itu boleh terlepas.

Fakhrul segera mengambil telefon bimbit yang hampir-hampir terlepas daripada genggaman Anne. Dia belek telefon bimbitnya sebelum matanya membuntang membaca mesej yang terpapar pada skrin. Fakhrul angkat wajah memandang semula Anne. Resah timbul pada wajah.

+Hal kahwin kita lah. Abang lupa ke?

"Anne..." Fakhrul menyeru nama itu. Kelihatan rahang diketap kuat sambil matanya terpejam seketika. Cuba mengawal marah yang tiba-tiba hadir dengan munculnya pesanan itu pada waktu begini. Matanya meliar pada sekeliling.

Cuba melihat jika ada yang memerhatikan tingkah mereka yang tidak seperti biasa. Tetapi dia tahu ada yang melihat mereka dalam keadaan begini. Namun dia tidak peduli.

"Anne biar saya jelaskan dahulu" pinta Fakhrul. Memang dia perlu berbincang soal perkahwinan yang diatur ibunya dengan Nelly. Tapi bukannya mahu buta-buta menerima usul itu walau dia kenal siapa Nelly itu.

"Kira betullah awak nak kahwin dengan dia?" perlahan suara Anne. Tak payah jelaskan apa-apa jika betul lelaki itu sudah ada orang lain. Untung saja dia tergerak hati untuk melihat pesanan WhatsApp itu. Dan paling beruntung apabila Fakhrul tidak mengenakan sebarang lock pada telefon bimbitnya.

"Habis saya ni siapa Fakhrul? Boneka awak? Yang awak bawa kehulu kehilir. Macam tu?" Anne bertanya kuat.Namun hatinya merintih sayu.

"Saya sayang awak Fakhrul. Saya cintakan awak. Saya sanggup ikut awak pergi mana. Tapi apa awak buat. Awak nak kahwin dengan orang lain" air matanya sudah bergenang. Bila-bila masa boleh jatuh. Panjang lebar dia berkata-kata. Meluahkan perasaan yang terpendam.

"Bukan dengan saya..." sambung Anne lagi. Dia sudah membayangkan jika dia menjadi milik lelaki itu. Bahagia yang dia rasa.

"Anne, saya dengan Nelly tak ada apa-apa" Fakhrul cuba memujuk. Matanya tepat memandang apa mata gadis itu yang berkaca.

"Tipu. Habis tu kenapa awak nak kahwin dengan dia?" suara Anne naik seoktaf. Masakan tiada apa-apa dengan Nelly sehingga sanggup membincangkan hal kahwin. Dia tidak sedangkal itu.

Rintik Rintik RinduWhere stories live. Discover now