07

4.6K 347 91
                                    

Anne menggigit bibir. Bahunya bergegar menahan tangis. Dia sudah tidak pedulikan dengan bantal yang basah lencun. Anne cuba berhenti namun entah kenapa air matanya tetap mengalir. Mungkin dengan keadaan dia yang masih kurang sihat ,menyebabkan dia tidak mampu mengawal emosi yang berganda.

Sesungguhnya, daripada tadi dia cuba menahan air mata saat Fakhrul menurunkannya di hadapan rumah. Lebih-lebih lagi bila lelaki itu tanpa sebarang kata membiarkan dia berlalu pergi.

Kenapa tak tahan saya Fakhrul?

Awak kata nak jumpa ibu ayah.

Keningnya berkerut dengan bibir diketap. Mukanya disembam pada bantal dengan harapan air matanya akan berhenti mengalir. Matanya terasa pedih sekarang. Rasa bengkak. Anne menarik nafas perlahan dengan membantu dirinya untuk bertenang.

Untung saja mama tidak bertanya yang pelik-pelik melihat dirinya yang begitu longlai. Cukup hanya dia memberitahu bahawa dia perlu berehat. Anne tarik nafas dan hembus perlahan. Nampaknya dia tidak boleh keluar daripada bilik. Keluarganya pasti bertanya perihal wajah yang sembap.

Anne pusingkan badan. Berbaring menelentang. Matanya dipejam seketika. Lagi sekali wajah Fakhrul menyapa mindanya. Pertama kali melihat Fakhrul yang menghampiri keretanya, buat hatinya tertanya-tanya lalu dengan tidak sedar dia mencari wajah itu yang terlindung oleh payung.

Terpana dia seketika. Hatinya bagaikan dicuri saat itu. Tetapi dia cuba berlagak biasa apabila melihat layanan lelaki itu pada kawan baiknya sendiri, Jasmine. Lagi sekali dia kelu apabila lelaki itu melemparkan senyuman padanya saat pintu kereta ditutup.

Anne genggam kuat cadar. Geram dengan diri sendiri. Nafas dihela perlahan lalu matanya dibuka kembali. Cepat saja dia usir bayangan itu. Sebolehnya bila dia membuka mata kembali, dia mahu berada pada hari yang lepas. Dimana dia masih boleh bergembira dengan semua hal. Bukan pada hari ini dan seterusnya.

Awak jahat Fakhrul!

Jahat!

Saya benci awak!

Anne gigit bibirnya. Dia tidak sanggup membenci lelaki itu. Sesungguhnya dia masih cinta. Anne celikkan matanya perlahan. Terasa genangan air mata yang jatuh. Pantas dia seka dengan hujung jari.

Ah! asyik menangis je.

Anne perlahan bangun dan menuju ke bilik air. Namun langkahnya terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi nyaring minta diangkat. Matanya hanya memandang nama yang tertera sebelum dia meneruskan langkah.

Anne pejamkan mata tatkala telefon bimbit itu masih berbunyi. Pantas pili air dibuka dan wajahnya dibasahkan serta merta. Bajunya dibiarkan basah.

Kenapa tak nak angkat Anne?

Bukan kau tunggu dia tadi?

Hati Anne menjerit. Dia pandang biasan wajah sendiri pada cermin. Ternyata dia sudah mula rindu.

__________

Fakhrul letak semula telefon bimbitnya diatas meja. Beberapa kali panggilannya tidak bersambung. Resah hatinya memikirkan soal gadis itu. Sudahlah kurang sihat. Kakinya dilunjurkan kebawah. Berusaha membetulkan urat-urat badan yang bersimpuh. Terasa lelah melayan penat fizikal dan emosi.

Sungguh Anne marah dengan dirinya. Fakhrul ramas rambut. Dia geram dengan diri sendiri yang tersepit begini. Kepala mendongak memandang kipas silling yang berputar laju. Namun tidak mampu melegakan hatinya yang walang.

Berat hatinya membiarkan gadis itu berlalu pergi. Ingin saja dia tahan. Tetapi dia gusar jika gadis itu menempelaknya. Makin dirinya dibenci. Lantas dia hanya berdiam diri dan membiarkan gadis itu pergi.

Rintik Rintik RinduWhere stories live. Discover now