18

6.4K 327 61
                                    

Bulu tangkis di pukul kuat. Masing-masing sedang fokus membalas pukulan lawan. Sekejap kuat dan kadang-kadang perlahan.

Bergema dewan dengan pukulan masing-masing. Juga datang daripada pengunjung lain yang turut sama menggunakan tempat yang sama. Malam ini, court badminton penuh dengan orang. Jadi suasana lebih meriah.

Tshirt yang dipakai sudah lencun dibasahi peluh. Entah pusingan keberapa mereka bermain. Nafas juga sudah deras menderu keluar.

Fakhrul angkat tangannya tinggi. Membalas pukulan pihak lawan kuat.

Pap!

Tepat jatuh dalam gelanggang lawan tanpa sempat pihak lawan memberi pukulan balas. Sekelip mata permainan tamat dan secara automatik mata kemenangan berpihak kepadanya.

Fakhrul berjalan menuju ke bangku panjang yang tersedia dihujung court. Pantas tangannya meneguk air mineral rakus. Haus bukan main. Peluh di leher dan muka dilap dengn tuala sebelum mukanya dibasahkan kembali.

Umar yang duduk disitu hanya dipandang sekilas. Tadi dia sudah berlawan dengan Umar dan ternyata kawannya itu kalah apabila kaki lelaki itu cramp tiba-tiba. Sudahnya dia duduk ditepi dan berganti dengan Zaif. Ketika itu Zaif sedang berehat sebentar sesudah berlawan dengan Akmal.

Dia pandang Zaif yang terduduk di tengah gelanggang. Dah habis guna tenaga bermain sejak daripada tadi. Dia masih berdiri sambil mencari semula nafas yang sudah tidak teratur. Perlahan dadanya naik dan turun.

Dia lihat Zaif sudah mula bangun menuju kearah mereka. Longlai saja langkahnya. Dah penat dan puas, mereka sudah boleh balik.

"Terer siot sekarang main badminton. Kalah aku" Zaif sengih lalu mencapai botol airnya. Matanya melilau ke sekeliling dewan. Masih ramai lagi.

"Biasa je aku main. Kau tu yang selalu menang, tiba-tiba kalah apasal?"

"Pancit hari ni bro"

"Pancit jaga anak ke?" Fakhrul mengusik. Dia tahu yang Haifa sudah pandai berjalan. Budak dah dapat kaki. Ligat dia bukan main.

"Penat aku nak kejar budak tu. Satu rumah dia nak pusing. Nak panjat lah. Dah jatuh menangis" balas Zaif lalu meneguk kembali air mineral.

"Biasalah tu"

"Siap lah kau. Lepas ni kau pula rasa" Fakhrul hanya tersengih. Teringat Anne yang berbadan dua ditinggalkan dirumah bersama Fitriyah. Memang hari ini dia sudah berjanji untuk bermain badminton. Diheret adiknya untuk menemani Anne dirumah.

"Tapi ni lagi teruk. Awal-awal lagi dah surrender. Belum kahwin lagi ni" Fakhrul menepuk bahu Umar berkali-kali. Tapi kalau ikutkan memang dia dan Zaif yang akan menggungguli permainan. Memang selalu Umar dan Akmal akan kalah bermain dengan mereka.

"Aku cramp kaki lah wei" Umar bengang.

"Bini kau apa cerita? Sihat?" sambung Zaif lagi. Lama dia tak jumpa nampak isteri Fakhrul itu. Dia dengar Anne sudah mengandung. Lelaki itu juga yang beritahu. Begitu juga dengan Jasmine.

"Macam tu lah. Nak kena layan dia nak itu, nak ini"

"Perempuan mengandung memang macam tu lah. Kau layan je dia nak apa. Kang meleleh. Satu hal pula nak pujuk" pesan Zaif. Dia dah kena dengan Jasmine. Nak suruh dia cari durian crepe malam-malam buta. Mana nak dapat. Kedai semua dah tutup. Last-last Ilmi yang buatkan esoknya sebab dia tak sempat nak cari.

"Tapi yang aku tak blah tengok dia pakai high heels" terbayang Anne yang memakai high heels ketika mahu keluar bercuti hujung minggu. Cantik memang cantik. Tapi jiwa dia yang terseksa.

Rintik Rintik RinduWhere stories live. Discover now