14

5.8K 358 100
                                    

Anne tahan senyum apabila melihat gambar yang ditag oleh Fakhrul melalui laman Instagram milik lelaki itu. Gambar mereka berdua diperkarangan rumah Nelly. Masing-masing dengan baju melayu dan baju kurung. Berdiri sebelah-menyebelah. Memang ngam!

Direnung lagi gambar itu. Wajah lelaki itu setepatnya. Bagaimana dia dilamar ketika berada di majlis nikah orang lain dan dibawa berjumpa dengan orang tua lelaki itu. Untung saja dia dilayan baik walau ada sedikit janggal.

Anne bersandar pada kepala katil dengan telefon bimbit masih memaparkan gambar yang sama. Baru sekarang lelaki itu memuatnaik.

Dia ulang baca semula caption yang tertera dibawah. Haih, banyak kali baca pun belum tentu dia jemu.

With my future wife

Anne senyum lebar kali ini. Habis merah muka. Matanya kini menala pada ruangan komen dan pantas jarinya menekan ruangan itu.

jazmeenali wow, semoga berbahagia

razin87 memang nasi minyak otw lah ni...cayalah. Tahniah bro😎

syeddaniel selama ini nampak sorang2..rupanya dah berpunya. Congrates Rul😁

hatiqah_rahim cantikkkkkk...patutlah tak nak tunjuk.hihihi😱

luthuzaifah jangan lupa hutang kau!👊

Anne tergelak membaca komen Zaif. Apalah yang lelaki itu berhutang dengan Fakhrul? Kepalanya digeleng perlahan. Anne pusing dan rebahkan tubuhnya pada tilam sebelum dia meniarap dengan kaki dibengkokkan keatas.

fkhrulrazi Thanks Min @jazmeenali @syeddaniel hahaha. mestilah @hatiqah_rahim terima kasih..mana ada sembunyikan

fkhrulrazi @luthuzaifah apa hutang-hutang?👊

umrfarouq aku rasa macam pernah nampak lah bini kau..eh bakal wife kau ni..tapi aku tak ingat dekat mana😲

fkhrulrazi tak payah ingat pun tak apa @umrfarouq

Tersengih sahaja bibir Anne daripada tadi. Kenapalah lelaki itu pandai-pandai tag akaun dia? Habis tak keruan dirinya sekarang.

Anne tongkat badan dengan kedua belah siku sebelum jarinya menari menaip sesuatu. Tak betah menahan diri dan perasaan tanpa berbuat apa-apa.

annurh imy😍

fkhrulrazi imyt love😘

munfarihah oww, sweetnya korang. Bersemut skrin telefon aku😝

razin87 perghh, sweetnya abang kita ni😒😚

Anne sembamkan wajahnya pada permukaan bantal. Diangkat mukanya semula dengan rambut yang sudah jatuh kehadapan. Arggh! Nak terjerit rasanya bila membaca balasan komen Fakhrul. Cepat betul lelaki itu balas. Ini mesti phone dekat tangan.

Anne golekkan badannya lalu memeluk erat bantal. Baju tidur separas lutut dibiarkan terselak keatas sehingga ke paha. Tak cukup nafas dia rasa. Anne pejamkankan cuba mengawal nafas.

Dia buka matanya semula apabila telefon bimbit ditangannya bergetar. Lambat-lambat dia tekan butang terima apabila melihat nama yang tertera di skrin. Lambat bukan apa, sebab dada dia berdebar.

Telefon bimbit dilekapkan pada telinganya. Menunggu pemanggil disebelah bersuara. Namun, tiada suara yang kedengaran, hanya hembusan nafas yang cukup perlahan.

"Miss me hah?" Fakhrul bersuara apabila suara gadis itu masih tidak kedengaran. Ingatkan Anne akan menyapa dahulu. Namun tidak. Nak main-main pula.

Rintik Rintik RinduWhere stories live. Discover now