Pada malam itu,aku tidur lebih awal daripada biasa iaitu jarum jam menunjukkan pukul 8:42 malam.Kebiasaannya aku akan tidur pada jam 11 lebih malam macam tu.Aku tidur sangat awal disebabkan terlalu letih setelah pulang dari tempat kerja.Lepas mandi,makan,solat semua tu...aku masuk bilik untuk aku membuai mimpi lenaku .Tidak lama kemudian,mata aku pun terlelap.
Aku tiba-tiba terjaga daripada tidur.Rasanya tadi seperti ada orang yang mengejutkan aku.Mata aku melihat ke kanan dan ke kiri tapi tiada kelibat sesiapa di situ.Aku masih berasa pelik.Jam di dinding baru sahaja menunjukkan pukul 3 pagi.Aku kembali baring dan cuba melelapkan mata lagi tetapi memang sukar untuk aku terlelap kembali.Tidak lama kemudian aku terdengar seperti ada orang berjalan di luar bilik.Bunyi orang berjalan...Mungkin ada diantara mereka belum tidur pada masa ini.Selalunya Edy iaitu adik lelakiku masih terbangun jam sebegini kerana dia memang "hantu" PUBG.Jadi aku dengan beraninya membuka tombol pintu bilik aku tetapi tidak dapat dibuka pula seolah-olah ada yang menahan dari luar....Jadi aku pun cuba buka lagi memang tidak dapat dibuka.Aku cuba buka lampu bilik dan aku toleh kebelakang untuk ambil telefon bimbitku alangkah terkejutnya aku melihat di sebalik langsir yang bersebelahan di katilku seperti ada bayang orang yang berdiri di luar.Aku memang tahu itu bukan manusia.Bilik aku terletak di tingkat atas tak mungkin ada orang yang terlalu tinggi sehingga boleh mencapai di tingkat atas lagipun di luar tersebut tiada beranda.Tanpa melengahkan masa aku mencapai telefon aku terus aku memasang Surah Kursi di dalam telefon ku dengan kelantangan yang paling tinggi.Syukur Alhamdulillah tidak lama kemudian lembaga tersebut hilang dari pandangan...
To be continue.....
YOU ARE READING
MIMPI
HorrorMengisahkan tentang mimpi,kisah benar dan kisah seram dari mainan tidur... Okey..have fun when you read it..🎃👻