001

555 35 1
                                    

***

Ya, walaupun aku banyak crush tapi satu ini saja aku suka.

Disebabkan itulah aku hanya menghabiskan masa dengan menstalker kehidupan dia. Tak, maksud aku belum lagi tahap creepy stalker sampaikan rumah dia pun aku tahu.

Bukan, aku cuma tengok gambar dia saja tak lebih pada itu. Dia tiada apa yang istimewa cuma mempunyai muka yang comel, bibir yang kecil dan hidung dia yang elok terbentuk.

Oh ya, tidak lupa juga tangan dia yang lawa itu.

Sebenarnya sejak aku suka dia perkara pertama yang aku nak pegang adalah tangan dia. Kalau boleh aku mahu pegang setiap masa tapi disebabkan dia dah ada girlfriend jadi angan-angan aku hilang macam itu je.

Disebabkan aku bosan yang amat dalam kelas ni jadi aku membuat keputusan untuk menulis surat tentang diri dia.

Aku mula menulis, tiada apa yang menarik atas kertas itu cuma ada nama aku, sebab aku menyukai dia dan beberapa ayat manis sampai aku sendiri pun geli nak membacanya.

Fuhh.. nampak cantik bila aku angkat tinggi-tinggi surat ini.

Tanpa disangka aku, dengan sekali kilas saja kertas aku dirampas oleh seseorang.

"Uyoo.. Sejak bila kau pandai berpuitis ni?"

Aku dah agak yang perempuan ini pasti akan menyibuk hal aku.

"Bagi balik.."

Rayuan aku dibalas sepi.

Nampaknya Howon sedang fokus membaca segala isi dalam surat itu. Mata aku melihat bibir Howon tersengih jahat. Rasanya aku tahu apa yang akan dibuatnya sekejap lagi.

Tekaan aku betul Howon berlari bersama surat itu lalu keluar dari kelas dengan lajunya dan kebetulan loceng rehat sudah berbunyi jadi tiada masalah untuk aku mengejarnya.

Dengan tenaga yang ada aku mula berlari mengejar Howon yang jauh dihadapan.

Aku ini bukannya atlet lari sekolah. Disebabkan aku berlari dalam keadaan tak sedia aku akan cepat lelah dan itu hanya mengundang tawa Howon dari jauh.

"Tch! Budak ni kan.." Aku berlari sekuat hati dan melihatkan Howon yang baru hendak berlari aku mempercepatkan langkah sehingga aku berjaya menangkapnya.

Aku memeluknya dari tepi agar Howon tidak dapat bergerak tapi sekuat kuat aku dia lagi bertenaga berbanding dengan aku yang tak cukup makan ini.

Kertas itu Howon angkat tinggi sengaja biarkan aku terlompat lompat untuk mencapainya.

Aku tak perasan ada seseorang yang sedang berjalan ke arah kami dan kebetulan tangan aku baru mahu mengambil surat itu daripada tangan Howon dan tersasar apabila tangan aku terkena pada badan seseorang itu dan menyedihkan apabila melihat banyak kertas-kertas yang bertaburan di lantai.

Surat aku juga hilang disebalik kertas yang dibawa lelaki itu tadi.

Aku dan Howon segara mengutip kertas-kertas yang bertaburan itu dan sesekali aku mencari surat aku.

Tak jumpa langsung dan aku lihat lelaki ini sudah habis mengutip kertas-kertasnya.

Aku dan Howon segera memberi kertas tadi berserta dengan permohonan maaf atas kesilapan kami. Dengan hati yang berat aku hanya menatap pemergian lelaki itu.

Hati aku rasa surat itu ada pada dia.

"Confess jelah dekat dia, tak payah susah-susah kau perhatikan dia dari jauh. Memenatkan tahu..."

Dengan tenaga yang ada, aku menampar lengan Howon dengan kuat. Sesuka hati dia saja baca surat aku. Tapi apabila aku ingatkan balik ayat yang aku tulis dalam tu rasa macam nak tanam kepala dalam tanah je sekarang ni.

"Sakit lah!.." Desihan Howon aku hiraukan. Aku pergi meninggalkan Howon yang masih meniup lengannya akibat tamparan aku tadi.

***

Walaupun dah seminggu kejadian tu berlaku tapi aku bersumpah yang aku takkan sesekali menulis surat lagi atau apa-apa surat yang pelik.

Aku cuma akur bila ada sesiapa yang baca surat itu. Harap yang baca itu tak mencari siapa aku.

"Sunhee.. aku nak pergi loker dulu nanti tunggu aku dekat bawah tau.. Ingat balik sama-sama!"

Aku hanya mengangguk. Buku dekat bawah meja aku ambil sebelum aku masukkan di dalam beg dan ekor mata aku tertacap pada sehelai kertas berwarna merah ada di dalam bawah meja aku.

Tanpa ragu aku ambil dan bacanya dengan teliti.

Kecil besar kecil besar mata aku kerana tulisan di dalamnya aku tidak berapa jelas kerana dakwat yang digunakannya adalah berwarna biru cair jadi sempat aku mengutuk orang yang tulis kertas ini.

Kepada Yoo Sunhee:

Tahniah! Kami ucapkan kerana anda terpilih untuk menjadi teman wanita percubaan selama 100 hari untuk pasangan anda. Anda dipilih kerana terpilih secara semula jadi. Harap maklum.

Dengan itu kami merasmikan bahawa Yoo Sunhee seorang yang cantik lagikan manis berlesung pipit sudah menjadi teman wanita percubaan selama 100 hari untuk pasangan anda. Tiada bantahan ye cik.. Jadi silalah bertemu dengan pasangan anda di tempat yang kami sudah tetapkan.

Sekian terima kasih;
Kelab Lelaki-Lelaki Tampan

"Sejak bila aku ada lesung pipit ni?"

***

Aku baring di atas katil sambil kertas diangkat tinggi dan bacanya sekali lagi. Walaupun dah sehari semalam aku baca kertas ni tapi ia tetap membuatkan aku cepat perasan seolah olah ianya memang untuk aku.

Yalah letak bawah meja aku kan? Jadi untuk siapa je kalau bukan aku yang duduk dekat situ.

Prank je ni

Aku pun tak tahu nak percaya atau tak. Jadi aku mula berangan yang kertas ni memang untuk aku. Bila fikir balik selama 18 tahun aku hidup ni tak pernah ada boyfriend.

Kalau betullah benda alah ni aku terima okay tak?

Baekhyun nak letak mana?

Emm.. Itu..

Takpalah lagipun dia bukan tahu aku suka dia kan?

Kan?

Ting!

***

GirlFriend + Again | Fanfiction [H]Where stories live. Discover now