019

158 19 33
                                    

***

"Baekhyun, yang ini sesuai?" Aku menunjukkan sebuah patung beruang yang lembut kepadanya, meminta pendapatnya.

"Hmm.." dia mengangguk tanpa memandang malah telefonnya itu lebih penting dari aku.

Malas mahu bertekak, aku meneruskan dengan mengambil patung yang lain. Di sini banyak patung-patung haiwan yant comel jadi itu membuatkan mata aku menjadi rambang kerana banyak pilihan.

Oh. Itu comel.

Warna merah jambu rasanya sesuai dengan Chaeyoung kut?

Aku teringat akan suatu hari dia mengatakan pada aku yang dia meminati barang yang berwarna merah jambu jadi aku rasa patung ini sesuai dengannya.

"Baek, yang ini?" Badan aku memusing menghadapnya dengan harapan bahawa dia menyukai pilihan aku walaupun ini adalah hadiah hari  jadi Chaeyoung tetapi aku tetap mahu mendengar pendapatnya, mana tahu pilihan aku tidak sesuai kan?

Namun senyuman aku mati apabila dia tiada di hadapan aku.

Mata aku melilau mencari kelibatnya dan kemudian mata aku tertacap pada pintu masuk kedai ini, dia ada disitu dengan telefon ditelinga dan senyumannya.

Sisi badan patung beruang itu aku genggam dengan kuat. Aku mendengus kasar lalu menguak rambut depan aku dengan sebal. Macam apa yang aku cakapkan tadi, aku malas mahu bertekak atau menimbulkan sebarang pertelingkahan jadi aku hanya mengambil sahaja patutng di genggaman aku ini ke kaunter pembayaran dan aku membayarnya secepat yang mungkin.

Kaki aku laju melangkah keluar dari kedai ini tanpa menoleh sedikit pun untuk melihatnya jika dia sedar atau tidak tentang ketiadaan aku.

Mungkin sudah jauh berjalan, aku mencuba nasib untuk menoleh kebelakang sekiranya dia sedang mengejar aku ataupun tidak tetapi hampa. Dia.. langsung tiada di belakang aku mahupun di sekitar sini.

Aku mengeluh perlahan, sia-sia sahajalah aku mengajaknya ke sini semata-mata untuk menemani aku. Dia langsung tidak memberikan tumpuan terhadap aku sepenuhnya malah acapkali aku melihat dia terus-terusan bermain dengan telefonnya.

Hati aku terguris dengan perbuatannya yang endah tidak endah. Aku mengharapkan yang hari ini aku dapat meluangkan masa bersamanya selepas seminggu aku tidak berjumpa dengannya atas alasan yang dia sibuk dengan persiapan tugasannya, mungkin. Ataupun dia hanya berbohong.

Tidak, lupakan aku harus bersangka baik setiap kali bersama dengan dia.

***

Maaf, tak dapat temankan kau. Aku terpaksa balik.

Mesej dari Baekhyun aku baca sekali lagi. Kenapa dia tidak memberitahu aku awal-awal ketika aku berada di kedai lagi. Kenapa mesti sekarang? Kenapa tak tahun depan je?

Telefon itu aku hentak di atas meja dengan geram. Pergi matilah kalau skrin pecah sekalipun. Kesah apa aku.

Komputer riba masih lagi menjadi peneman aku sejak aku balik dari kedai jual patung tadi. Lebih baik aku membuat tugasan daripada menyerabutkan otak aku dengan masalah yang aku akan selesaikannya nanti.

Jari jemari aku masih setia menekan setiap papan kekunci itu sehinggalah bunyi pintu utama kedengaran. Aku boleh agak yang itu sama ada Kyungri atau Chaeyoung. Aku tidak dapat meneka dengan betul kerana kedua-dua mereka mempunyai jadual yang hampir sama. Jadi aku hanya meneka sahaja.

Pintu bilik aku terkuak dan muncul kepala Kyungri disitu. Jadi Kyungri lah yang pulang awal sekarang.

"Kau masih sibuk lagi ke?" Soalnya dengan malas.

GirlFriend + Again | Fanfiction [H]Where stories live. Discover now