014

163 18 0
                                    

***

Hari aku berjalan seperti biasa. Nampaknya tiada apa yang menyeronokkan kali ini.

Tiada apa.

Semuanya sama.

Seperti kehidupan aku yang sebelum ini.

Kosong dan tiada warna.

Aku tak tahu apa yang jadi sejak kebelakangan ni.

Yunhwa, dia berterus terang dengan aku yang dia cuma rakan sekelas Baekhyun waktu sekolah rendah dan tujuan dia meletakkan gula-gula hanyalah untuk membuatkan Baekhyun mengingati dirinya siapa.

Aku tidak marah malah aku malu kerana aku terlalu berani kerana bercakap dengan teman lelakinya itu pasal hal sekecil ini, tambahan aku menangis hari itu. Oh, sungguh memalukan.

Yunhwa berjanji yang dia takkan menganggu Baekhyun lagi. Jadi dengan itu, aku sedaya upaya mengelakkan diri daripada terserempak dengan mereka berdua.

Howon, dia mula menjauhi aku. Jangan tanya kenapa kerana aku sendiri tidak tahu apa penyebabnya. Dia juga kurang bercakap dengan aku seperti selalu. Penat otak aku memikir apa-apa kesalahan yang pernah aku buat ketika aku bersamanya. Malangnya tiada apa. Aku pasti.

Dan aku mempunyai kawan yang baru iaitu Kyungri, Yoonji, Seulbi dan Chaeyoung. Mereka selalu bersama dengan aku sejak Howon mula menjauhi aku. Ya, mereka melayan aku dengan baik sekali dan aku bersyukur mempunyai kawan seperti mereka. Aku amat bertuah.

Tapi tuah aku tidak sampai ke Baekhyun. Dia..

Lain..

Baekhyun seperti biasa, dia melayan aku seperti selalu tetapi dia tidak banyak meluangkan masanya bersama aku malah mesej aku tidak dibalas olehnya.

Aku agak terkilan.

Banyak kali aku perhatikan yang dia suka termenung sehingga menghiraukan aku yang selalu disebelahnya. Aku tak tahu apa salah aku sampai dia berubah seperti itu.

Kadang kala aku menyalahi diri sendiri kerana selalu bertindak mengikut kepuasan diri dan tidak pernah terfikir apa kesannya. Ya, itulah aku. 

Apalah..

Bodohnya.

Akibatnya, aku menyebabkan hubungan aku dan Baekhyun bertambah jurang jaraknya apabila aku memarahi Baekhyun kerana tidak melayani aku seperti sebelum ini.

Ketika itu aku amat berserabut kerana berfikir tentang kesalahan apa yang telah buat atau kesalahan yang tidak disengajakan yang aku tidak menyedarinya.

Aku tersenyum samar bila otak aku menayangkan bagaimana Baekhyun menjeling aku dengan begitu tajam selepas dimarahi aku.

Aku fikir selepas date itu dia akan sedar yang aku suka padanya malah tidak sama sekali. Dia bahkan bertindak menghindari aku seperti aku ini hanyalah hantu yang inginkan keadilan.

Baekhyun kejam.

Itu yang selalu aku tuturkan setiap kali aku melihat dia berjalan seorang diri ketika pulang ke rumah. Dia tidak pernah kembali pada aku untuk memujuk aku yang sedang terasa dengan perangainya.

Apa salah aku?

Itu yang selalu aku fikirkan.

***

Dan hari ini jawapan aku terjawab setelah seminggu Baekhyun menjauhi aku.

Aku tau aku bodoh kerana tidak memikirkan yang peperiksaan akhir akan mulai seminggu ini dan minggu depan dan juga seterusnya.

GirlFriend + Again | Fanfiction [H]Where stories live. Discover now