S2 | 038

97 12 4
                                    

[ Again : Miss You ]

🍁🍁🍁

Aku pulang ke rumah setelah itu. Bungkusan aku biarkan letak di atas meja makan. Kaki aku bawa ke sofa dan duduk di situ sambil mengimbau kembali kejadian tadi. Sunhee.. teringat akan senyumannya aku turut terikut senyum sendiri. Dia baik-baik saja. Sempat kami bertanya khabar walaupun hanya untuk beberapa minit.

Aku ingin bertanyakan dengan lebih lanjut tetapi tidak kesampaian kerana Sunhee mengejar masa katanya. Dan dia sempat berkata jika ada masa kami akan berjumpa lagi. Mengingatkan itu aku tersenyum lagi. Perut aku bagai ada percikan bunga api setiap kali aku bertembung mata dengannya.

Dia semakin lawa. Senyumannya semakin indah. Dan.. aku terasa seperti terjatuh cinta dengannya. Hati aku bagai terpaut dengannya. Seketika aku tersedar jika Sunhee sekarang adalah milik orang. Isteri orang. Dan kemungkinan pasti dia sudah memiliki seorang anak atau lebih kan? Yelah sudah empat tahun berlalu sejak aku hadir ke acara perkahwinanya. Apalah agaknya  yang dia buat disini? Adakah dia baru berpindah di kejiranan di sini?

Kalau betul bolehlah aku jumpa dia kan?

Eh?

Pipi aku tampar lembut. Gila ke apa jumpa isteri orang. Nak kena belasah ke? 

Jam di dinding aku pandang sekilas. Dah pukul 2 pagi tetapi mata tetap tak mahu tutup. Aku dah penat berguling atas katil ni. Sekali lagi badan aku iring ke kanan menghadap pintu bilik.

"Fuhh semangat!" Aku usap dada dek terkejut apabila melihat Bella duduk di depan pintu dengan matanya yang bersinar bulat. Syukur hanya Bella buatnya makhluk lain, pengsan agaknya.

Telinga aku menangkap bunyi deringan telefon. Kelam kabut aku mencari dengan cepat. Aku bangun dan duduk di atas katil sambil menyelak selimut ke tepi dan menepis bantal-bantal yang menghalang. Jumpa!

Panggilan dari seseorang dan nombor yang tidak aku kenali.

Kepala aku menyenget melihat satu nombor.

Saat nombor itu masuk ke panggilan aku terkejut lagi kerana bunyi nyaring itu kedengaran.

Nasib tak tercampak.. fuhh

Dengan ragu-ragu aku angkat jua.

"Hello siapa ni?" Sapa aku dulu. Tetapi 5 saat seterusnya orang di sana masih diam.

"Hello? Siapa call tengah-tengah malam buta ni? Takde kerja ke?"  Aku dah mula naik angin. Tah sape-sape lah ni main call orang.

"Baek? Baekhyun kan?"

Suara seorang perempuan itu mengejutkan aku sekali lagi. Oh sudah siapa pula ni. Dahlah main sebut nama aku.

"Ni siapa? Mana tau nama aku ni?"

"Baek.. ni Sunhee"

Aku tergamam. Gelakan kecil di corong telefon itu betul-betul membuatkan aku tergamam. Mana... dia dapat nombor aku ni.

"Baek.. janganlah senyap.."

GirlFriend + Again | Fanfiction [H]Where stories live. Discover now