[Again : Kesilapan]
🍁🍁🍁
Sunhee dan Haru berpandangan buat seketika lalu mengalihkan pandangannya ke arah aku. Riak mukanya bagai dia kecewa dengan aku.
"Aku tak tahu yang kau dah.. ada perempuan lain," katanya terhenti. Sunhee berpaling ke arah Haru yang masih lagi tidak berganjak dari tadi. Aku berharap agar Haru segera pergi dari situ dan membiarkan aku dan Sunhee berduaan seperti tadi.
"Maaf, aku cium boyfriend kau tadi." Usai itu Sunhee berpusing dan sedia melangkah untuk keluar dari sini namun tidak sempat kerana aku menangkap lengannya terlebih dahulu.
"Dia bukan girlfriend aku.. janganlah pergi dulu." Aku menarik kedua lengannya agar merapati aku. Sunhee memandang aku bingung lalu dia mengeluh perlahan.
"Haru boleh kau keluar dulu." Pinta aku dengan harapan dia akan faham dan beredar dari sini. Wajah Haru dingin tanpa perasaan memandang aku dan Sunhee kemudian dia memandang aku sekilas dan tersenyum kecil. Aku melepaskan lengan Sunhee dan mengiring sedikit ke dinding untuk memberi ruang pada Haru melangkah ke pintu.
Usai Haru keluar, Sunhee duduk di ruang tamu. Aku ke dapur kononya menyediakan air padahal aku ingin keluar dari suasana janggal. Buat sekian kalinya aku menampar diri sendiri. Kenapa aku balas ciuman dia? Dia dah jadi isteri orang Baekhyun. Berhenti. Sudahnya hanya botol mineral saja yang aku bawa kedepan dan meletakkannya di atas meja kaca.
Aku melarikan anak mata tatkala pandangan aku dengannya bertembung. Dapat aku dengar dia tertawa kecil sebelum berdehem. Botol mineral itu digapainya dan diminum.
Aku tertanya-tanya. Kenapa Sunhee cium aku tadi? Rindu.. ke?
"Dah lama ke kenal dengan dia?" Soalan Sunhee menyentak aku. Berkelip aku pandang Sunhee.
"Siapa.. dia?" Aku lihat Sunhee berkerut melihat aku.
"Haru-"
"Ohhh.. dia.. emm.. kawan-" aku melarikan pandangan dari terus memandangnya. Entah kenapa tetapi pandangan Sunhee begitu tajam.
"Kawan? Habis dia buat apa dekat sini?" Soalan Sunhee betul-betul membuatkan aku terkedu. Apa yang aku nak jawab ni?
Aku terjeda buat seketika. Otak aku tidak berfungsi dengan baik sekarang.
Sunhee memetikkan jarinya di hadapan aku. Aku hanya memandangnya kosong. Wajahnya jelas masih mengharapkan jawapan dari aku tetapi aku malas nak teruskan jadinya aku pula menyoalnya sehingga dia menjadi seperti aku. Diam tanpa sebarang jawapan.
"Kau buat apa dekat sini? Suami kau tahu kau datang rumah aku?"
Sunhee mendengus perlahan lalu dia menyandarkan badannya, matanya ditutup rapat.
Mungkin cuma perasaan aku ataupun hanya imaginasi tetapi aku dapat rasakan aura ketegangan disini.
Seram sejuk pula aku rasa.
"Sorry kalau aku salah tanya soalan." Mungkin dia ada masalah dengan suami dia sebab itu dia berjumpa dengan aku kut? Kan? Tapi kenapa aku? Mungkin dia teringatkan aku? Atau mungkin dia teringin untuk berjumpa dengan aku? Nak bertanya sihat ke tidak atau hidup lagi ke tidak kan?
YOU ARE READING
GirlFriend + Again | Fanfiction [H]
FanficBukan semua manusia itu baik orangnya. Dan orang baik itu tak semuanya manusia. Mula S1: 27 December 2018 Tamat S1 : 13 April 2019 Mula S2 : 7 Mac 2020 Tamat S2 : Soon