***
Baru saja aku mahu bergosip dengan Howon alih-alih aku sudah ditarik oleh Kai dan Howon pula dipaksa bersama dengan seorang lelaki, pada mulanya aku mahu menghalangnya tapi bila melihat Howon seakan mengenali lelaki itu, aku menghiraukan dan membiarkan diri aku ditarik oleh Kai, untuk mengikutinya pergi ke rumah Baekhyun. Katanya.
Dia menyuruh aku supaya sentiasa dekat dengan Baekhyun, aku bukannya tak nak cuma aku masih terasa dengan apa yang dia cakapkan hari tu dan Kai boleh pula menyuruh aku melupakannya, katanya lagi Baekhyun moody pada masa itu dan sebab itulah perangai kurang ajarnya terserlah.
"Dia tak bermaksud pun nak cakap macam tu. Lupakan je." Kai menunduk melihat wajah aku dengan senyuman pendeknya.
Aku melihat jam di pergelangan tangan lalu menjengulkan kepala aku di sebalik dinding itu untuk melihat rumah Baekhyun. Dah lebih 10 minit ni Kai cakap Baekhyun pada keluar pukul 7.15 sekarang dah nak dekat 7.30.
Aku tak percaya yang aku dah pecahkan rekod datang sekolah dalam waktu macam ni.
"Lama lagi ke?" Soal aku. Kai mengangkat bahu.
"Selalunya dia dah keluar dah.. mungkin dia bangun lambat kut"
Aku mengeluh, belakang badan aku sandar dekat dinding yang dah berlumut ni. Selang beberapa minit aku masih menunggu dan nampaknya tiada apa-apa informasi dari Kai yang Baekhyun sudah keluar dari rumahnya.
Suara deheman Kai membuatkan aku mendongak melihatnya. Mulutnya dibuka untuk mengatakan sesuatu tetapi ditutup kembali, tangannya mengusap lehernya lalu bibirnya mengukir sengihan yang serupa kambing.
"Mian.. aku lupa yang hari ni Baekhyun datang awalㅡ"
Jam ditangannya dilihat dan selepas itu dia memegang tangan aku, menariknya sedikit.
"Kalau nak lari sempat lagi ni.. kalau kau nak kena detention biar aku lari dulu, kau boleh lari kemudian.. hehe"
Aku mencarut di hadapan mukanya sebelum berlari meninggalkan dia di belakang. Kenapa tak bagitau awal-awal?
***
Walaupun aku masih lagi bengang dengan Kai tapi aku juga berterima kasih dengannya kerana memberitahu aktiviti Baekhyun pada waktu rehat.
Seriously dia ni tak lapar ke?
Sanggup pergi ke perpustakaan semata-mata nak baca buku. Okay, aku tahu dia kelas atas tapi agak-agaklah sampai waktu makan pun nak hadap buku. Aku paling tak suka orang yang macam ni, kalau dah pandai sampai tahap langit tu jangan lah nak baca buku setiap masa. Sebahagian daripada murid yang datang sini pun bukannya baca buku malahan bercakap, buku je ada depan mata tapi mulut bergerak. Menyampah tahu tak menyampah.
Dia takda duit kut?
Psh, takkan rumah besar pun takda duit.
Kawan dia ignore dia ke? Macam kau, dulu pun kau rehat dekat sini temankan buku katakan.
Hahaha. Itu kisah dulu janganlah diungkit.
Buku di rak tu aku ambil dan berjalan dengan gerakan yang lambat sebelum mengambil tempat dihadapan Baekhyun.
Sebenarnya aku ni memang tak tahu malu, muka aku ni memang jenis tebal sikit tapi itu tak bermakna yang aku akan lepaskan peluang yang Kai dah bagi untuk aku.
YOU ARE READING
GirlFriend + Again | Fanfiction [H]
FanficBukan semua manusia itu baik orangnya. Dan orang baik itu tak semuanya manusia. Mula S1: 27 December 2018 Tamat S1 : 13 April 2019 Mula S2 : 7 Mac 2020 Tamat S2 : Soon