S2 | 035

118 13 2
                                    

[Again : Park Chanyeol]

🍁🍁🍁

"Oi, Baek. Tak nak makan ke?" Sapaan kurang ajar itu aku dengar dengan jelas. Terhenti segala kerja yang sedang aku buat. Mata aku menoleh melihat sengihan lebar seorang manusia di sebelah aku.

Park Chanyeol.

"Kau pergilah. Aku malas." Jawab aku ringkas. Sebenarnya aku tiada selera untuk menjamah apa-apa makanan saat ini. Entah kenapa badan aku rasa tidak enak. Sarapan pun aku hanya minum secawan teh bunga.

"Kau demam ke? Muka kau pucat" Chanyeol cuba untuk menyentuh dahi aku tetapi laju aku mengelak. Kepala aku terasa berat. Seperti hendak tidur dan cepat balik ke rumah.

Chanyeol masih lagi menatap aku risau. Mata bulatnya betul-betul bulat sehingga aku boleh nampak bayangan aku di dalam matanya.

"Tak nak ambil halfday ke?" Suara Chanyeol membuatkan aku berasa lagi pening. Malah lebih pening lagi apabila bau harumannya menerjah hidung aku. Aku memicit perlahan sisi kepala aku, cuba untuk mengurangkan tekanan.

Entah apa yang Chanyeol buat itu aku tidak tahu kerana dia bangun dari duduknya dan bergerak ke belakang. Beberapa minit selepas itu, suhu kedinginan yang datang dari penghawa dingin menurun. Kerutan di dahi aku yang entah bila aku berkerut hilang dan ketegangan yang aku tahan sebentar tadi mengendur. Seolah darah di dalam badan aku berjalan dengan lancar, denyutan di kepala aku berkurangan.

Nafas panjang aku hirup.

"Lega tak?" Chanyeol sudah duduk di tempatnya. Aku hanya mengerling sedikit sebelum mengangguk kecil.

"Aircond nih kuat sangat. Lepastu kau pulak duduk betul-betul bawah aircond memang pening lah kau." Terang Chanyeol lagi lalu mengambil tempatnya kembali.

Aku hanya mengangguk. Malas nak bersuara.

🍁🍁🍁

"Eheh, wei sorry lah kalau aku menyusahkan kau." Chanyeol menggaru belakang kepalanya dengan sengihan. Aku hanya berdehem. Malas hendak bercakap dengan sesiapa sekarang.

"Aku pun lupa nak bawak kunci rumah." Aku mengangguk kecil. Mata aku sudah tertahan-tahan ingin tutup.

"Tapi akak aku pun sama, asal dia tak bagitau yang dia nak keluar, aish menyusahkan aku. Buat apa tak tahulah." Mulut Chanyeol masih lagi tidak berhenti. Aku nak... stapler mulut dia sekarang.

"Tapi betul ke kau bagi aku tinggal sekejap dekat rumah kau?"

Berhentilah wahai Chanyeol. Aku penat nak dengar suara kau.

"Wei serius ke tak ni?" Chanyeol mengoyang-goyangkan lengan aku sehingga badan aku terikut bergerak.

Sabar... sabar... anak galah ni memang tak faham bahasa.

"Baekhyun, betul ke ni kau bagi aku tinggal sekejap? Kau tak kisah kan kalau aku tidur dengan kau atas katil yang sama kan? Kau tak kisah kan? Kan? Kan? Kan?"

Okay cukup.

Dan selepas itu, keadaan diantara aku dan Chanyeol kembali aman dan di saat itu juga lif terbuka. Aku mengerling kebelakang melihat Chanyeol sedang mengusap lengannya yang aku tumbuk sekuat hati tadi. Mulut tu tak reti diam. Ada je nak keluar.

Kunci keselamatan itu aku tekan nombornya, selepas berbunyi aku memulas tombol pintu itu dan menyuruh Chanyeol masuk ke dalam rumah aku.

Saat aku membuka kasut, mata aku terlihat selipar yang dipakai Ella masih berada sini. Dia tak balik ke rumah dia lagi? Aku ingatkan dia dah balik selepas aku pergi kerja pagi tadi dan sekarang sudah senja dan dia masih berada di sini. Aku menggeleng perlahan lalu menyusun kasut aku dan- astaga, Chanyeol tak reti susun kasut sendiri ke!?

GirlFriend + Again | Fanfiction [H]Where stories live. Discover now