003

318 24 36
                                    

***

Apa semua ni? Apa yang aku fikirkan masa tu? Macam mana aku boleh ada dekat sini? Kenapa aku boleh ikut cakap dia?

Apa ni?

"Cepatlah pergi dekat dia" Kai menolak badan aku supaya pergi ke tempat dimana Baekhyun berada.

"Takutlah.." aku menahan badan dari bergerak.

"Nak takut apanya dia makan kimchi bukan makan orang. Ish cepatlah pergi dekat dia"

Aku tetap menggeleng. Aku betul-betul takut dan malu sekarang. Nak berjumpa dengan dia? Aku lebih rela berjumpa dengan guru disiplin dari bertegur dengan dia.

"Aduh. Susahlah kau ni aku dah tolong kau dekat dengan dia kau tak nak. Pergi je lah.." Kai masih lagi menolak badan aku dan kali ini lebih kuat kerana hanya beberapa langkah lagi aku akan sampai di tempat Baekhyun.

"Baekhyun!"

Kaku.

Mata aku membulat bila Kai melepasi aku dan bergerak ke arah Baekhyun. Aku diam. Memang tak lah aku nak bergerak.

Kai bercakap dengan Baekhyun di rak buku sebelum memanggil aku. Jantung aku menggila apabila kaki aku dengan sendirinya bergerak ke sana.

Dapat aku rasakan muka aku memerah kerana tadi aku bertentang mata dengan Baekhyun tapi aku kalih cepat kerana tak sanggup melihat muka dia.

"Kau tolong Baekhyun eh. Aku nak makan dulu. Bye-bye. Good luck" kata-kata yang terakhir tu Kai bisik di telinga aku.

Aku menelan liur. Tinggal aku dan Baekhyun sahaja di rak buku ni. Jadi ianya amat janggal.

"Err.. h-hai..." suara aku bagaikan tak keluar kerana aku sendiri pun tak mendengarnya.

"Kau ingat aku dengar apa kau nak cakap?"

Aku diam sekali lagi. Aku bermain dengan jari aku sendiri. Langsung tak bergerak aku hanya kaku disitu sesekali aku memandang ke tempat lain.

"Buat apa dekat situ cepatlah tolong aku" dia mengarah aku dan aku terus mendapatkannya.

Buku-buku yang berterabur di atas lantai itu aku kutip dan susun kan ia secara bertingkat-tingkat sehingga ianya jadi tinggi dan tak seimbang lalu jatuh di atas peha aku. Disebabkan buku itu tebal jadi ianya sakit bila buku itu terhempap jatuh.

"Kau ni lain kali tanya lah aku dulu kena buat apa bukannya main susun je"

Aku sendiri pun tak perasan yang buku itu aku susun tinggi-tinggi. Rasanya aku masih berdebat dengan diri aku sama ada ni mimpi atau tak.

Buku itu Baekhyun ambil dan meletakkan di tempatnya.

Kata Kai, Baekhyun didenda oleh cikgu kerana tidak sengaja merosakkan rak buku di situ, jadi masa rehat Baekhyun dihabiskan di situ untuk mengemas semua buku dan masukkan di rak buku yang lain.

"Kau ke?"

Pertanyaan Baekhyun mematikan lamunan aku.

GirlFriend + Again | Fanfiction [H]Where stories live. Discover now