S2 | 036

89 12 0
                                    

[Again - Siapa Ella?]

🍁🍁🍁


"Irene?" Aku memanggil seorang perempuan yang sedang asyik berciuman dengan seorang lelaki bersandarkan dinding di belakang Irene. Kisah apa aku menganggu mereka?

Irenen menoleh memandang aku sebelum dia berbisik sesuatu di telinga lelaki itu dan selepas itu beredar meninggalkan aku dan Irene.

"Wei sorry, kata datang pukul 12. Sekarang baru pukul 10," ujar Irene sambil berkerut dahinya melihat aku. Yalah, aku katakan padanya akan bertemu Irene pada pukul 12 tapi disebabkan aku tidak suka menunggu lama jadinya aku gerak awal.

"Saja. Lama sangat," Balas aku ringkas. Irene mengangguk faham. "Mana orangnya?" Soal aku pantas apabila melihat Irene ingin membuka mulutnya lagi.

"Oh! Haa jomlah." Sedarnya lalu menggamit aku untuk mengikutinya.

Bunyi bingit dan bau alkohol memenuhi deria aku hiraukan kerana aku sudah lali dengan keadaan begini. Aku mengikuti Irene sehingga susuk tubuh seorang lelaki berumur 40-an menjamah pandanganku. Irene mengenalkan aku padanya dan kami berbalas pandangan dan anggukan hormat.

Namanya Ryan. Ryan Park. Pengurus kelab malam yang aku jejak disini. Dia mengiringi aku ke bilik persalinan di belakang pentas. Tujuan aku kesini hanyalah untuk menghiburkan penghuni di sini. Bukan pelacur tetapi hanya seorang penyanyi.

Irene sudah hilang. Pergi kemana aku endahkan. Aku merantau. Cukup setahun aku di kelab malam lain aku berpindah ke kelab yang lain pula. Tidaklah jauh dari tempat kediaman aku hanya sejam ke setengah jam saja jauhnya. Kan banyak kelab malam di Seoul ini. Dan kalini kelab ini sedikit mewah dari yang sebelumnya. Mewah dari segi hiasan meja kaunter, bar, wain dan pelbagai arak yang mahal harganya. Dan juga pentasnya agak moden. Besar dan luas.

Aku suka menyanyi. Memang hobi aku dari kecil lagi. Tetapi itulah keluarga aku tidak pernah menyokong minat aku. Mereka kata membazir masa dan tenaga. Baik sambung belajar dan mendapat pekerjaan yang bagus sesuai dengan bidang yang diambil.

Doktor. Itu adalah pekerjaan yang paling dipandang tinggi. Harapan ibu bapa aku lah tu. Dia nak anak-anaknya menjadi doktor. Sebabkan mereka tidak dapat mengejar cita-cita mereka, dia memaksa pula aku menjadi doktor. Mereka tidak tahu bahawa aku amat membenci sains. Amat benci. Aku tidak suka menghafal fakta apatah lagi menyebut nama-nama saintifik yang diberikan oleh saintis dan para ilmuwan. Aku benci. Sebab itu aku menyanyi tanpa pengetahuan mereka.

Irene salah satunya yang menolong aku. Aku kenal dia sejak dari sekolah tinggi tapi pada akhir tahun. Kenapa? Sebab masa itu aku tidak tahu jika Irene seorang yang liar. Di sekolah dia berlagak baik dan suci seperti malaikat. Tetapi bila di luar dia bagaikan tak kisah hanya berbaju dalam di dalam kelab ini. Aku terjumpa dengannya. Dia meminta aku merahsiakan jadi aku rahsiakan sebagai balasan dia harus menolong aku. Dan ikatan ini terjalin.

Sebulan aku bekerja sebagai penyanyi di sini aku mengambil keputusan untuk menyiasat tempat apa sebenarnya disini. Takkan setakat kelab biasa sampai mewah sebegini. Aku penasaran? Ya, memang. Jadinya aku menaiki tingkat 2. Suasana yang ramai dan sesak amat menyakitkan hati tetapi tetap juga aku harungi kerana sebuah bilik di hujung lorong itu amat menarik perhatian mata. Pintunya pun bagaikan menjerit kemewahan dan jutaan ringit digunakan. Ada kunci keselematan. Aku hampa. Ingatkan boleh skodeng tapi tidak boleh. Dengan muka kecewa aku turun semula. Apalah yang ada dalam bilik itu.

Hari berlalu dengan cepat, kelibat Irene aku panggil sebelum dia menjauh dari aku.

"Nak tanya, bilik dekat tingkat dua, hujung sekali tu bilik apa?" Soal aku dengan penuh minat.

GirlFriend + Again | Fanfiction [H]Where stories live. Discover now