016

164 15 2
                                    

***

Mata aku buka dengan perlahan lalu aku tutup kembali. Badan aku posisikan dalam keadaan menelentang dengan tangan aku didepakan luas. Bilik ini masih lagi gelap meskipun di luar sana sudah terang benderang kerana matahari sudah terpacak.

Aku masih lagi terbaring. Malas betul rasanya mahu bangkit dari katil ini. Sekarang cuti jadi aku mahu menghabiskan masa di dalam bilik aku tanpa keluar dari sini.

Tiba-tiba senyuman aku terukir apabila teringatkan hal semalam. Jari aku perlahan-lahan bergerak ke atas lalu menyentuh bibir aku. Seakan masih terasa bagaimana bibirnya bergerak di atas dan bawah bibir aku. Entah kenapa aku bagaikan seorang perempuan gedik yang menggeletis seorang diri di atas katil ini.

Bantal kecil di kaki aku bawakan ke depan muka lalu aku tekapkan di muka. Aku menjerit tertahan kerana ingatan semalam masih lagi berlayar di fikiran aku.

***

Angin petang aku hirup sepuasnya kerana aku tak sempat untuk menghirup udara pagi yang segar. Tidak mengapalah kalau hirup udara berserta debu halus di petang ini, asalkan aku masih lagi hidup di atas muka bumi ini.

Sebenarnya Chaeyoung dan Yoonji mengajak aku untuk keluar jadi dengan itu aku tunggu di kafe yang telah ditetapkan oleh mereka.

Aku lebih suka datang awal daripada masa yang ditentukan kerana aku tahu yang aku selalu sangat menghabiskan waktu aku ke arah yang tidak berfaedah jadi sebab itulah aku datang 20 minit awal dari yang sebenarnya.

Minuman dingin sudah aku pesan sejak aku sampai disini. Sekarang mata aku sedang fokus pada permukaan telefon. Nasib wifi kafe ini sudah melekatkan kertas yang tertulis kata kunci di dinding di hadapan aku jadi tak usahlah aku bersusah payah untuk menanya pelayan disini apa password-nya.

Buat seketika aku fokus dengan permainan di dalam telefon aku ini. Dengan keupayaan aku yang entah bila aku tahu yang aku mempunyai keupayaan seperti ini tapi aku dapat menghidu bau wangian Baekhyun di sekitar sini.

Aku malas mahu mendongak untuk melihat di sekeliling aku kerana untuk memenangi permainan ini bukanlah senang malah susah dan amat mengundang carutan di mulut aku apabila aku mendengar suara seorang perempuan memanggil nama Baekhyun dengan suaranya yang sengaja dilembutkan atau memang suaranya begitu.

Sepantas kilat aku mendongak lalu memandang ke arah dimana datangnya suara itu. Kelihatan seorang perempuan yang sedang memegang airnya yang aku pasti dari kafe ini kerana kelihatan logo tertera di hadapan cawan plastik itu lalu cawan yang sudah dibungkus elok itu diserahkan oleh seorang lelaki- tak usah cakap yang dia adalah Baekhyun.

Dia berada tidak jauh dari aku. Kelihatan mereka sedang beramah mesra di hadapan kafe ini sambil ketawa dengan riangnya. Melihat bibir Baekhyun yang mekar sebegitu membuatkan aku teringat tentang ciuman semalam.

Ahh! apa kena dengan aku ni..

Apabila perempuan itu berjalan ke arah aku, aku baru perasan yang dia adalah pelayan disini melihatkan apron yang dipakainya tapi kenapa cara mereka berdua seakan kenal antara satu sama lain?

Kawan kut? Kan?

Aku mengalih pandangan dimana Baekhyun berada dan ternyata dia telah hilang dari situ dan ini menunjukkan yang dia sudah pergi dari sini.

Disebabkan aku mahu tahu apa yang dia lakukan disini jadi aku mengambil keputusan untuk mengekorinya dengan senyap.

Telefon yang masih di gengaman aku simpan di dalam beg tangan lalu bangun dari kerusi berserta air yang belum habis, aku bawa bersama.

GirlFriend + Again | Fanfiction [H]Where stories live. Discover now