S2 | 041

211 16 3
                                    

Third P.O.V

[Again : Arendelle]

🍁🍁🍁

Baekhyun tidak tahu mahu memberi alasan apa. Mulutnya terkatup dari tadi. Baekhyun mati kata. Otaknya tidak memberi sebarang jawapan untuk berinteraksi dengan Haru. Ya... Haru, gadis di hadapannya ini ternyata adalah seorang pelarian yang diburu polis. Meskipun separuh dari dirinya tidak mempercayai kata-kata wanita di telefon tadi kerana dia masih lagi tidak percaya bahawa gadis yang dikenalinya ini merupakan.. wahh.. Baekhyun tak dapat berfikir dengan baik sekarang. Semuanya terlalu tiba-tiba.

"Ada apa-apa nak cakap ke?" Haru bersuara setelah melihat kepayahan Baekhyun membuka mulut. Pasti ada sesuatu yang hendak diberitahu lelaki itu.

Baekhyun masih lagi diam. Anak matanya cuba memandang ke arah lain agar otaknya dapat berfikir dengan lebih lancar tetapi hampa kerana itu tidak membantu langsung malah membuatkan Baekhyun terlihat seperti seseorang yang membuat kesalahan.

Mata Baekhyun akhirnya terpandangkan Bella yang sedang bergesel di kakinya.

"Bella dah makan ke?" Hanya itu soalan yang terkeluar dari bibirnya.

Haru menyengetkan kepalanya memandang Baekhyun aneh. Yang pasti tindakan Baekhyun mencurigakan.

"Dah. Baru bagi tadi. Tengok dia mengiau tak henti-henti depan whiskas dia." Soalan Baekhyun Haru jawab juga.

Baekhyun bertinggung mengusap belakang Bella. Boleh nampak perutnya penuh. "Bila Haru sampai?" Tanya Baekhyun tanpa memandang Haru.

"Selepas Baekhyun berhenti jawab call."

Pernyataan Haru itu membuatkan Baekhyun mendongak memandang Haru. Jantungnya mula beritma. "Haru ada dengar apa-apa ke?"

Haru mengangkat bahu. Kepalanya menggeleng perlahan.

Baekhyun mendesah lega. Dengan melihatkan itu Baekhyun berasa sedikit nafas kelegaan. Tetapi itu tidak bermakna seseorang itu boleh berbohong kan?

Tepat pukul 9 malam. Kyungri masih lagi menyemak beberapa dokumen yang baru diterima oleh setiausahanya. Dahinya berkerut melihat bait perkataan yang dibaca olehnya. Seketika Kyungri berhenti untuk merehatkan otaknya. Selepas itu baru dia menyambung kembali.

"Cik Jung?" Setiausaha Jeon meletakkan komputer riba kepunyaannya dihapadan Kyungri. Di skrin itu menunjukkan sebuah rakaman di atas atap sebuah bangunan.

"Dekat mana ni?" Tanya Kyungri sambil mengetik butang resume.

"Apartmen Arendelle. Tempat tinggal Haru."

Kyungri mengangguk faham. Anak mata Kyungri sedikit membesar melihat seorang perempuan sedang berdiri di pinggir atap.

"Itu Haru." Setiausaha Jeon menjelaskan tatkala melihat Kyungri ingin membuka mulut.

Kali ini Kyungri mengecilkan matanya melihat seorang lelaki menyelamatkan Haru. Dan tidak lama kemudian lelaki itu meninggalkan Haru disitu bersendirian.

"Itu pula-"

"Baekhyun. Kan?" Celah Kyungri matanya menatap kepastian kepada setiausahanya.

Setiausaha Jeon tersenyum sambil menggeleng perlahan.

"Bukan Baekhyun."

"What-" Kyungri sedikit ternganga tidak percaya. Susuk tubuh yang dilihat dalam rakaman tadi betul-betul terlihat seperti Baekhyun. "Habis tu yang selamatkan Haru tu siapa?"

"Saya belum pasti siapa. Tapi berdasarkan penyelidikan yang saya dapat, rakaman ni terjadi pada 2 tahun lepas dan Baekhyun masa itu belum berpindah di apartmen itu lagi. Menurut pengawal yang ada disitu, lelaki itu selalu mengendap Haru." Penjelasan dari setiausahanya membuatkan Kyungri berfikir dengan lama. Setelah itu dia menyuruh setiausahanya untuk meninggalkan dirinya.

"Tapi kenapa susuk tubuh dia persis Baekhyun?"

Jari Kyungri terjatuh pada sekeping kertas yang dilihatnya berkali-kali tadi.

"Seiwa Hospital? Ada apa dekat sana?"

Kyungri menyoal dirinya sendiri. Dia keliru. Saat atasannya memberi kes ini padanya hanya penjelasan yang singkat diberi iaitu Haru disabit kesalahan membunuh. Pernah juga ditanya pada senior-senior tetapi mereka mengelak dan memberi seribu satu alasan.

Jadinya Kyungri bertungkus lumus mencari jawapan disebalik kes ini. Dia pasti kes ini terlalu rumit. Bukan hanya kes pembunuhan biasa.


S2 | AGAIN

Shot guns and roses
Make a deadly potion
Heartbreak explosions
In reckless motion
Teddy bears and "I'm sorry" letters
Don't seem to make things better

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 13, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

GirlFriend + Again | Fanfiction [H]Where stories live. Discover now