005

273 28 10
                                    

***

Sejujurnya aku tidak pernah mahu keluar malam-malam macam ni tapi disebabkan Howon mengajak aku untuk pergi ke Sungai Han semata-mata nak tengok pertunjukan bunga api jadi aku ikut lagipula esok cuti jadi ibu-bapa aku tak beberapa kisah.

Pada awalnya diorang tak benarkan aku keluar dengan Howon lagi-lagi berdua jadi sebab itulah ibu-bapa aku keluar juga cuma mereka berdating berdua manakala aku dengan Howon.

Selepas kejadian aku kena marah dengan Baekhyun hari itu, aku jadi lebih berhati-hati. Dalam dua tiga hari ni aku selalu perhatikan dia untuk melihat mood dia okay atau tidak. Bila aku dapati yang mood dia tak okay aku tak jadi untuk menegurnya sampailah hari ini. Boleh dikatakan yang dia selalu tak berada dalam keadaan yang baik jadi itu menakutkan aku kalau aku salah tingkah dan aku yang kena tempiasnya nanti.

Ergh taknak aku.

Dari sini aku boleh nampak yang kedua ibu-bapa aku sedang berpelukan sambil melihat ke udara dimana pertunjukan bunga api sedang berlangsung. Aku menoleh ke sebelah, Howon juga nampaknya sedang asyik melihat bunga api dan saat itu juga ekor mata aku tertangkap kelibat seseorang yang aku kenal.

Mula-mula aku menafikan hal tersebut tapi bila percikan bunga api yang mengeluarkan cahaya dan cahaya itu menerangi hampir seluruh muka manusia yang ada disini termasuklah Howon yang tersedak sosej yang dimakannya.

Aku yakin aku nampak Baekhyun.

Mata aku melilau jika dia datang bersama keluarganya ataupun kawan-kawannya tapi nampaknya dia datang seorang diri.

Dapat aku lihat yang matanya sibuk memerhati orang yang lalu lalang dihadapannya dengan muka tanpa riak. Sesekali tu dia termenung melihat sepasang kekasih yang berpegangan tangan yang berjalan di hadapannya sampailah pasangan itu hilang dari pandangannya.

Aku ingin menegurnya tapi bila ingat balik yang mungkin dia mahu bersendirian malam-malam macam ni aku batalkan sahaja niat aku.

Lengan Howon aku tarik supaya pergi ke tempat yang berjauhan dengan Baekhyun. Aku bukannya apa cuma yalah mungkin betul dia tak mahu diganggu sesiapa kan?

***

"Kau tunggu sini tau aku nak pergi tandas." kepala aku angguk lalu aku duduk di atas tikar yang disediakan.

Masih ada setengah jam lagi untuk pertunjukan bunga api yang kedua. Aku memanfaatkan masa dengan menghirup udara segar disini dan melihat air sungai yang berkocak perlahan.

Hati kecil aku menyuruh aku supaya mencuba nasib untuk melihat Baekhyun jika dia masih lagi disini. Dengan itu, leher aku dipanjangkan dengan melihat muka-muka disini.

Tiada.

Bangun lah cari

Ish, mengada betul.

Aku mengeluh sebelum bangun dari tempat duduk, sebelum pergi aku menyuruh omma aku supaya memberitahu Howon yang aku pergi membeli sedikit makanan.

Selepas mendapat kebenaran aku mula mencari. Carian aku bukannya seperti mencari budak hilang tapi hanya mata aku sahaja yang melilau sana sini.

Aku mula masuk di salah satu kumpulan yang terdiri daripada remaja sebaya aku dan mungkin aku bertuah hari ni kerana melihat susuk tubuh Baekhyun yang berdiri tidak jauh dari sini tetapi sedikit jauh dari orang ramai.

GirlFriend + Again | Fanfiction [H]Where stories live. Discover now