3 ;

3.4K 445 103
                                    

13 May 2009

Sejang Highschool;

"Dee , stop following me.." Lelaki itu berhenti tepat dihadapannya. Matanya tepat memandang Deu Rim yang terpaku.

"Saya tak faham , kenapa awak tiba - tiba nak jauhi saya. Saya ada buat salah ke Jung?" Deu Rim cuba mendekati Jungkook namun langkah Jungkook segera memundur ke belakang.

"Dee , kau boleh berambus dari depan mata aku tak? Aku semak tengok muka kau setiap hari ekori aku. Aku anak gangster, dan kau pula bakal jadi anak secret agent"

"Awak fikir saya akan jauhi awak semata - mata sebab benda bodoh macam tu?" Deu Rim kini memegang kedua pipi lelaki itu.

"Kita tak boleh bersama Dee. Kita tak boleh bersama..."

"Saya cintakan awak Jung .. saya dah serahkan segalanya kepada awak. Cinta , hati , jiwa dan tubuh saya semuanya milik awak" Deu Rim memeluk tubuh Jungkook. Dia melempiaskan airmatanya yang bergenang di bahu kekasihnya.

"Jungkook... siapa ni?" Tertoleh wajah Deu Rim ke belakang saat dia melihat seorang perempuan berdiri di belakangnya.

Tubuhnya ditolak kuat , segera Jungkook melangkah ke arah kekasih barunya , Kim Yoojung.

"Siapa ni Jung? Siapa perempuan ni? Awak menduakan saya ke Jung?!"

"Kan aku dah cakap , kau tak layak untuk aku. Dia yang layak"

Jungkook merangkul pinggang Yoojung di hadapan Deu Rim. Yoojung memandang Deu Rim dengan pandangan jijik dan kotor lalu membawa Jungkook pergi dari kawasan itu.

Airmata sudah tidak dapat ditahan , dia terlalu kecewa. Ditinggalkan hanya kerana darjat dan perkataan "tidak layak"

Jadi , Yoojung layak untuknya?

⚪️⚪️⚪️

20 August 2015

"Hoseok, kau masih ingat tak kenangan lama kita?" Tiba - tiba Jungkook menyoal kawannya itu tentang kisah lama.

"Mestilah aku ingat , kenapa kau tiba - tiba tanya tentang ni?" Hoseok memandang wajah Jungkook hairan. Kenapa tiba - tiba tanya pasal kisah lama?

"Kau ingat tak Deu Rim?" Jungkook meneguk segelas wain yang terhidang di atas meja dengan perlahan. Dia tersenyum sinis seketika.

Anggukan daripada Hoseok membuatkannya semakin teruja untuk bercerita.

"Semalam aku mimpi dia , tapi aku rasa itu mimpi buruk" Jungkook meletakkan gelas yang sudah kosong ke atas meja.

Tubuhnya diangkat lalu dia melangkah menuju ke hadapan. Permandangan Kota Seoul menjadi santapan matanya pada malam ini.

"Kau mimpi apa?" Soal Hoseok ingin tahu. Sejujurnya dia benar - benar ingin tahu tentang ini. Kerana sudah lama dia tidak mendengar Jungkook mengungkit kisah lamanya ini.

"Aku mimpi dia mati. Hati aku meraung , memohon supaya dia jangan mati masatu. Aku terlalu berdosa dengan dia"

"Kau jarang macam ni Jung. Kau rindukan dia ke?" Persoalan Hoseok membuatkan Jungkook mengeluh.

"Aku masih ingat janji aku dengan dia dulu"

"Itu janji budak sekolah je Jung.."

"Tapi kau tahu kan aku tak pernah mungkiri janji?" Jungkook menoleh memandang wajah Jung Hoseok yang semakin hairan dengan sikapnya.

"Aku janji , kalau aku lepaskan dia. Aku tak akan bersemuka dengan dia. Aku tak akan sesekali akan sebut perkataan cinta buat kali kedua untuk orang yang sama"

Jungkook mengambil nafas panjang sebelum meneruskan kata - katanya.

"Sebab kalau aku lafazkan perkataan cinta tu sekali lagi untuk dia. Bermaksud aku tak akan sesekali lepaskan dia untuk selamanya"

Tercengang Jung Hoseok mendengar bait - bait perkataan yang dilontar daripada lelaki itu. Lalu dia tersenyum sinis.

Jadi , Jeon Jungkook mahukan Deu Rim kembali?

[2019]GangstarismWhere stories live. Discover now