Tangan Hyemin dipegang erat oleh Jungkook. Dia merenung permandangan yang berada di luar keretanya.
Untuk menjawab persoalan Hyemin tentang pekerjaannya , dia akan membawa perempuan ini ke port penjualan dadahnya di Osaka.
Hyemin pula hanya mampu termenung. Bingung dengan apa yang cuba dilakukan Jungkook sekarang.
Telefon Hyemin bergetar di dalam beg tangannya. Namun dia hanya beriak biasa , tidak menunjukkan apa - apa reaksi kepada Jeon Jungkook yang masih memandang ke luar.
"Jung.. berhenti dekat stesen minyak sekejap.. saya nak kencing lah" Hyemin memandang Jungkook sambil mengusap tangannya.
"Okay.. Daehwi tolong berhenti kat petrol pump sekejap"
Hyemin tersenyum manis. Walaupun pada masa yang sama dia berasa tidak sedap hati.
"Awak jauh dengan saya. Jadi saya tak boleh sentiasa nak lindungi awak"
Tiba - tiba sahaja ucapan tunangnya saat dia menghantar Hyemin ke Osaka menjadi permainan otaknya.
Selepas kereta milik Jungkook berhenti. Hyemin dengan perlahan keluar , tidak lupa dia membawa telefon pintar bersamanya. Senyuman diberi kepada Jungkook lalu dia keluar dari kereta tersebut.
Dia memasuki tandas awam yang disediakan di situ. Dengan perlahan dia menutup pintu lalu menguncinya.
Selepas memastikan tiada apa - apa yang bakal mengganggunya. Dengan pantas dia membuka telefonnya. Contact tunangnya segera dicari.
Tut tut
Peluh sudah membasahi dahi Hyemin. Dia merasa dirinya dalam bahaya buat seketika. Walaupun dia tidak tahu apa yang akan dilakukan Jungkook selepas ini.
"Hello. Awak nak apa?"
"Awak...siapa Jeon Jungkook?"
⚪️⚪️⚪️
"Hwi. Berhenti dekat kawasan depan sana. Aku kena turun kat sini untuk perhatikan dia"
Ucap Jungkook lalu segera turun daripada kenderaan itu. Dengan perlahan dia melangkah mendekati tandas awam yang sedang digunakan Hyemin.
Dia tersenyum sinis selepas itu. Cuba untuk melarikan diri darinya? Batin Jungkook.
Bunyi air melimpah menjadi perhatiannya.
"Taktik kotor"
Selepas 5 minit berada di hadapan tandas itu. Jungkook mula ingin bertindak. Dia melihat ke arah sekelilingnya yang sunyi.
Dia mengetuk pintu tandas tersebut beberapa kali namun tiada sahutan.
Dalam kiraan tiga , dia menyepak pintu tandas itu sehingga terbuka. Terbeliak matanya saat memandang tandas yang sudah kosong itu.
"Aku ditipu? Sial"
Jungkook berlari keluar daripada tandas itu. Dia menoleh ke arah jalanraya yang sunyi. Jungkook memerhatikan dunia di sekelilingnya dengan tajam. Dia tahu perempuan itu tidak lari terlalu jauh.
Berbeza dengan situasi Hyemin , dia dia cuba sedaya upaya untuk berlari dengan laju. Dia memandang ke arah kanan dan kirinya. Kosong , langsung tiada kereta yang lalu.
Tidak terlalu berfikir lama , Hyemin terus lari jauh daripada stesen minyak tadi. Dia berharap agar dia sudah jauh dan tidak dikejar oleh ketua gangster itu.
Airmata yang menitik dia lap dengan perlahan. Dia buntu , tiada jalan keluar disini.
Sedang dia berjalan keseorangan , sebuah kereta pantas melintasinya. Terpaku tubuh Hyemin saat dia melihat kereta milik Jungkook yang sedang menghalangnya sekarang.
Tanpa menunggu apa - apa, Hyemin pantas berlari ke arah belakang. Dia berlari selaju yang mungkin. Sempat lagi dia menoleh ke belakang namun..
BUK.
"Hey sweetie , try to play chase and run with me?"
⚪️⚪️⚪️
"Dia dalam tahanan Jungkook. Aku dah agak dah Jungkook akan lakukan ni.." Lucas memandang ke arah ahli - ahli EMF yang sedang berkumpul sekarang.
Berita tentang tunangnya yang berada bersama Jungkook sudah diketahui ahli - ahli EMF.
" Jadi sekarang , apa yang kami boleh tolong?" Soal Taehyung kepadanya. Dengan wajah yang risau dan tertekan Lucas menggeleng.
"Aku tak tahu nak buat apa.. aku cuma harap yang dia dapat lari dan hubungi aku"
"Kita bertolak ke Osaka sekarang" Suara Deu Rim menjadi perhatian semua ahli EMF.
"Bukan senang nak berurusan dengan Jung—"
"Aku akan uruskan dia"
Deu Rim menapak memasuki kamarnya. Taehyung hanya mampu memandang adiknya itu. Selepas dia mengetahui hal dimana Jungkook cuba mencederakan Deu Rim , terus - terusan dia mengamuk namun Deu Rim hanya mampu diam.
"Aku tak akan benarkan kau dekat dengan dia lagi Dee" Taehyung mengepal penumbuknya.
Sudah bertahun ia berlalu , namun dia masih tidak dapat melupakan kisah silam yang perit antara dia dan lelaki itu.
Lelaki yang pernah menjadi sahabatnya. Namun kini menjadi lawannya. Dia tidak akan membenarkan Deu Rim mendekati Jungkook lagi.
"Aku akan uruskan Jungkook. Nanti aku nak semua ahli kita tahan Dee daripada dekat dengan Jungkook" Taehyung berbisik kepada Tae-il.
⚪️⚪️⚪️⚪️⚪️
YOU ARE READING
[2019]Gangstarism
ActionMoney , girls , power Dia ada segalanya. Semua yang diinginkan dia akan dapat pada akhirnya. Dia seorang gangster yang digeruni tetapi menarik perhatian setiap gadis yang mendekatinya. Namun hatinya mati , dia langsung tidak peduli dengan tarikan...