8 ;

3.2K 360 94
                                    

"Kenapa kau buat aku macam ni?" Tidak berhenti tangisan dan rayuan Hyemin kepada lelaki yang berada di hadapannya ini.

"Sayang , kau yang teringin untuk tahu pekerjaan aku kan? Jadi inilah jawapannya" Jungkook mengusap perlahan rambut Hyemin. Dagunya turut diusap perlahan sebelum bibir lelaki itu mendarat di pipi Hyemin.

"Tunang kau tu , cari masalah dengan aku" Kemudian pipi yang dicium sebentar tadi menjadi tempat dia melemparkan tamparannya. Terteleng Hyemin menahan tamparan berbisa seorang lelaki.

"Bukan dia yang bermasalah , kau tu yang sentiasa cari masalah!" Hyemin menahan ludahnya dari dihambur ke muka Jungkook.

"Oh , kau pula? Seorang perempuan murahan yang sanggup jual badan semata - mata untuk lelaki kaya macam aku?" Hyemin menahan airmatanya daripada jatuh. Dia menyesal , jika dia tahu ini yang akan terjadi dia tak akan sesekali mendekati lelaki ini.

"Kenapa diam? Menyesal? Rasa bodoh? Sedar diri rupanya hahaha" Jungkook kembali duduk di hadapan perempuan itu. Kaki dan tangan Hyemin diikat rapi di sebuah kerusi.

Selepas dia dapat menangkap Hyemin semalam ketika perempuan itu mencuba melarikan diri daripadanya. Segera dia mengheret perempuan itu ke sini.

"Tunang kau tu , perangai serupa bangsat. Sentuh hak milik aku sesuka hati. Bermesra macam pasangan kekasih huh. Aku dah lama perhatikan kemesraan dia dengan hak aku"

"Kau pun apa bezanya?" Hyemin memandang sinis Jungkook dihadapannya. Jika perempuan yang dikatakan hak milik Jungkook bermesra dengan Lucas. Tiada bezanya dengan Jungkook. Malah lebih teruk.

"Aku seorang yang tak suka menolak. Kau dah bagi. Aku rasalah" Kemudian dia ketawa seorang diri.

Lelaki sial. Desis Hyemin

"Aku tahu tunang kau mesti akan selamatkan kau dan paling penting dia akan bawa Deu Rim sekali" Jungkook mengambil nafas lama sebelum menyambung kata - katanya.

"Tapi aku tak pasti sama ada dia jumpa kau atau hanya jasad kau. Aku seorang yang tepat pada misi. Dan misi aku ialah..

Kau mati dan Deu Rim ada di tangan aku kembali"

⚪️⚪️⚪️

Taehyung merenung tajam wajah Kim Deu Rim yang duduk dihadapannya ini. Kini dua beradik itu duduk berduaan tanpa sesiapa. Hanya mereka berdua ingin menyelesaikan tanda tanya ini.

"Kau nak kembali pada Jung?"

Satu soalan yang cukup membuat Deu Rim terpaku. Dia tidak tahu jawapan apa ingin diberi kepada lelaki itu.

"Dee tahu , dia akan selamatkan Dee masa Dee hampir kena langgar. Cuma dia tak sempat dan Lucas yang selamatkan Dee dulu" Terang Deu Rim kepada abangnya.

"Kau yakin dengan spekulasi kau sendiri? Kalau masa tu dia memang nak kau betul - betul mati? Kau dah lupa ke kenapa dia tinggalkan kau?" Suara Taehyung mula bergema di ruangan perbicaraan mereka.

Dia bengang dengan sikap adiknya yang sering menyebelahkan lelaki itu.

"Itu cuma alasan un—"

"Sebab kau tu perempuan lembik! Kekuatan kau tak setaraf dengan Yoojung" Bergema bilik itu dengan jeritan Kim Taehyung.

"Kalau dia betul- betul cintakan Dee , dia tak akan peduli dengan semua ni" Deu Rim kembali membidas kata - kata abangnya.

"Kau yakin betul yang dia cintakan kau kan? Habis Kim Yoojung tu siapa? Bukan kekasih luar dalam dia?" Taehyung melemparkan senyuman sinisnya kepada adiknya itu.

"Kim Yoojung tu hanya tempat dia bermain. Dia cintakan Dee!"

"Sanggup juga kau terima lelaki yang dah tidur dengan perempuan lain. Bukan setakat Yoojung , banyak lagi perempuan yang dia dah rosakkan"

Taehyung akhirnya berdiri. Malas dia hendak bertarung mulut dengan adiknya lagi. Dia tahu Deu Rim sudah dibutakan oleh cinta. Dia tidak boleh berbuat apa - apa lagi selain melindungi adiknya.

"Satu je aku nak pesan , kau jangan cuba dekati dia lagi. Atau pun..

Misi EMF selepas ini untuk melenyapkan Ketua Kumpulan Black Hustle"

Taehyung melangkah keluar daripada bilik itu. Dia tekad , Deu Rim tidak boleh bersama dengan lelaki itu lagi.

⚪️⚪️⚪️

Yoojung melangkah masuk ke dalam rumah agam Jeon dengan langkah yang cepat.

Mukanya merah menahan amarah yang terbuku. Ini terjadi kerana sudah tahu apa yang dilakukan Jungkook sebelum ini.

Tubuh Hoseok yang sedang duduk di meja makan menjadi perhatiannya. Bermain judi huh?

Dia melangkah laju menuju ke arah Hoseok yang sudah perasan akan kedatangannya. Sepucuk pistol yang terletak bersebelahan lelaki itu dicapai lalu diacu tepat ke kepala Hoseok.

"Ada apa - apa rahsia yang kau sorokkan dari aku?" Wajah Hoseok yang sudah cuak menjadi perhatiannya. Kepala pistol dicucuk tepat ke arah kepala Hoseok.

"Sebelum otak kau bersepai, baik kau bagitahu aku apa yang Jungkook buat selama dia tak ada di rumah sebelum ni"

Hoseok hanya mampu diam. Ikutkan hati boleh saja dia menewaskan perempuan ini seorang diri namun dapat dia lihat konco - konco yang mengikut Yoojung berada di belakangnya.

Sial , dia patut bayar orang - orang bodoh ini agar berpaling dari Yoojung.

"Aku boleh bagitahu but please.. letakkan pistol tu—"

"Cakap!"

Hoseok tiada pilihan, dia terpaksa memberitahu juga rahsia Jungkook walaupun dia tahu otaknya akan bersepai dibuat oleh Jungkook.

"Dia nak cari balik Deu Rim"

Yoojung tersenyum sinis. Pistol yang dipegangnya akhirnya menjauhi kepala Hoseok.

"Bagus , itu yang aku nak dengar"

"Kau nak buat apa Yoojung?" Hoseok mula cuak apabila Yoojung bergerak keluar dari rumah agam tersebut.

Kepalanya diketuk perlahan. Pasti Yoojung ingin ke Osaka untuk berjumpa Jungkook. Gila! Jungkook sedang menjalankan misinya untuk mengambil Deu Rim. Batinnya

Telefon yang tersimpan di dalam poket diambil segera. Contact Daehwi segera ditekan lalu mendail lelaki itu.

"Hwi , parah! Yoojung dalam perjalanan ke Osaka. Dia dah tahu semuanya"

⚪️⚪️⚪️⚪️

Hey guys , wait for next chapter ya.

Jungkook will meet Deu Rim and —— jeng jeng jeng.

[2019]GangstarismWhere stories live. Discover now