15 ;

2.3K 291 28
                                    

"Dee maafkan abang?"

Untuk kali yang entah ke berapa Taehyung memohon maaf kepada adiknya. Namun Deu Rim hanya diam dan membuat pekerjaannya sendiri.

Dia berjalan kembali ke arah dapur lalu meletakkan cawan yang berisi air itu ke atas sinki. Taehyung yang masih lagi setia mengekorinya sejak tadi dipandang.

"Abang buat semua untuk Dee , abang tak bagi Dee dekat dengan Jungkook sebab abang kenal Jungkook. Abang tahu Jungkook tu macam mana" Jelas Taehyung sambil memegang kedua belah bahu perempuan itu.

"Abang suka burukkan Jungkook depan Dee. Abang suka letakkan kesalahan dekat Jungkook tanpa fikir sikit pun apa yang Dee rasa"

Deu Rim menepis tangan abangnya yang berada di bahunya lalu menapak meninggalkan Taehyung seorang diri.

"Dee lupa? Siapa yang kutip Dee masa Dee kena buang dengan dia dulu?" Taehyung mengembungkan pipinya dengan menggunakan lidah. Dia menoleh ke arah Deu Rim yang berdiri statik.

"Siapa yang sanggup ambil Dee dulu? Jungkook?"

⚪️⚪️⚪️

Flashback

"Jung... " Deu Rim melabuhkan punggungnya di sebelah Jungkook yang sedang termangu seorangan.

Jungkook yang sedar akan hal itu hanya mendiamkan diri. Dia tahu keadaan sekarang tidak stabil untuknya bersama perempuan itu.

Semua pihak sudah tahu akan identitinya , dia sudah diketahui sebagai anak kepada kumpulan gangster. Dan lebih teruk dia dicemuh dan dihina sebagai sampah masyarakat.

"Saya cuma nak awak tahu yang saya tak akan sesekali tinggalkan awak. Walaupun apa identiti awak Jung" Deu Rim memegang perlahan tangan Jungkook.

Namun tiba - tiba Jungkook menepis tangan Deu Rim yang menyentuhnya. Dia menjeling perempuan itu lalu berjalan pergi.

"Kenapa awak buat saya macam ni Jung? Kenapa awak abaikan saya? Sebab Yoojung? Awak dah ada dia? Awak dah bosan dengan saya?" Bertalu - talu soalan diberi kepada Jungkook sehingga langkahan kaki lelaki itu berhenti.

"Sebab aku tak layak untuk kau. Lagipun Yoojung anak kepada kawan ayah aku. Jadi kami setaraf" Jungkook tersenyum sinis kepada Deu Rim.

"Sekarang awak nak cakap saya tak setaraf dengan awak? Kenapa awak tak cakap benda ni masa awak pikat saya dulu? Kenapa awak tak cakap benda ni masa awak sentuh saya dulu Jeon Jungkook!"

Jungkook berjalan mendekati Deu Rim lalu menghadiahkan tamparan buat perempuan itu.

Untuk pertama kalinya Jungkook menampar seorang perempuan. Seorang perempuan yang amat menyayanginya dan amat disayangi olehnya.

"Tampar saya lagi. Saya kurang ajar kan? Kalau boleh tolak saya sampai saya jatuh banggunan. Saya tak sakit , sebab sakitnya lagi saya bila saya tahu yang awak ada hubungan dengan Yoojung belakang saya!"

Pang...

Sekali lagi Jungkook menampar gadis itu. Airmata Deu Rim yang keluar tanpa henti langsung tidak diendahkan.

"Jangan libatkan orang lain dan jangan salahkan aku" Jungkook menjeling Deu Rim yang masih menangis lalu berjalan pergi meninggalkannya.

"Kenapa awak berubah Jung..."

⚪️⚪️⚪️

"Jungkook.." Deu Rim menahan tangan Jungkook lalu memegang tangan itu dengan erat.

"Nak apa lagi la perempuan ni" Yoojung yang berada di sebelah Jungkook menjeling tatkala dia melihat Deu Rim memegang sebelah tangan Jungkook.

"Saya nak bincang dengan awak. Berdua" Deu Rim menjeling kembali Yoojung yang sedang memerhatikannya lalu berjalan menuju ke tangga.

Jungkook pula dengan terpaksa melepaskan tangan kekasihnya lalu mengekori Deu Rim yang ingin ke bahagian rooftop.

"Awak dah bahagia dengan dia.."

"Kau pun dah bahagia dengan Taehyung"

Deu Rim hanya mampu mengeluh. Status antara dia dan Taehyung hanyalah sekadar abang dan adik sahaja. Taehyung sering membantunya buat masa ini kerana ketiadaan Jungkook.

"Taehyung yang banyak tolong saya selama awak tak ada" jelas Deu Rim dengan selamba. Cincin-cincin pemberian Jungkook suatu ketika dahulu diletakkan di atas tembok.

"Jungkook—ah , saya sedia kehilangan awak sekarang kalau jalan ini yang awak pilih" Deu Rim membelakangi tembok itu lalu memandang ke belakang.

"Kau ingat aku boleh lepaskan kau macam tu je?" Jungkook tersenyum sinis. Rambut gadis itu yang sudah lama tidak dihidu diperlakukan sebegitu kembali.

Namun Deu Rim tahu , aura kejahatan yang membelenggu Jungkook sekarang. Dia hanya membuat sesuatu untuk memuaskan dirinya.

"Cukuplah , fokus dengan hubungan awak dengan Yoojung" Segera Deu Rim berjalan meninggalkan Jungkook namun dengan pantas Jungkook menarik tangan gadis itu sehingga dia tersandar ke tembok.

Tangannya mengepung Deu Rim , dengan perlahan dia mendekatkan wajahnya dengan wajah gadis itu.

Bibir mungil yang sudah lama tidak dicium menjadi tarikannya hari ini.

"Mesti Taehyung dah banyak cium kau masa aku tak ada kan?"

Dengan perlahan dia mencium bibir itu dengan dalam. Matanya dipejam saat dia mengucup permukaan bibir gadis itu. Leher Deu Rim diusap penuh nafsu.

"J—jung—"

Dia tidak dapat bergerak lagi , kerana dia sudah didominasi oleh Jungkook. Jungkook yang bergerak dan bukan lagi Deu Rim.

BUK

Sedas tumbukan diberi kepada lelaki yang sedang mencium adik angkatnya dengan paksa. Taehyung memandang Jungkook yang sudah terbaring ke lantai.

"Kau jangan berani nak sentuh Dee macam dulu"  Tubuh Deu Rim segera dirangkul.

"Oh , dah ada boyfriend baru. Jadi betul lah apa yang aku rasa sebelum ni?" Jungkook tersenyum sinis. Wajah Deu Rim yang sedang dipeluk Taehyung dipandang tajam.

"Dee , kita putus. Jangan bersemuka dengan aku lagi lepas ni dan jangan tunjukkan diri kau langsung depan aku lagi!" Jungkook segera bangun. Dia mendekati Deu Rim.

"Kau nak aku lepaskan kau, dan sekarang aku dah lepaskan kau"

"Jungkook.."

"Jangan sebut lagi nama aku" Jungkook berjalan pergi meninggalkan Deu Rim dan Taehyung. Sakit hatinya melihat Deu Rim dipeluk oleh Taehyung sebegitu.

Telefon yang tersimpan di dalam poket dikeluarkan. Nombor Yoojungs segera dicari dan didail.

"Hello, aku nak kau ikut aku pindah sekolah esok"

End Flashback

⚪️⚪️⚪️

"Jangan ungkit cerita lama" Deu Rim melangkah menuju ke tangga. Walaupun sedikit sebanyak kenangan lama itu memudarkan rasa cintanya kepada Jungkook.

Namun di sudut hatinya kuat mengatakan bahawa Jungkook benar - benar mencintainya. Bukan perempuan lain.

Sedang dia melayan perasaannya tiba - tiba telefonnya bergetar. Tersenyum dia melihat nama pemanggil yang sedang mendailnya ketika ini.

"Hello sayang! Kita jumpa malamni?"

"Esok tak boleh ke? Saya letih la Jungkook" Deu Rim mengeluh di dalam taliannya.

"Aku ada benda penting nak bagitahu kau and kita mesti jumpa malam ni jugak"

"Okay saya siap kejap.."

Berbeza dengan situasi Jungkook. Lelaki itu hanya mampu mengukirkan senyuman sinis saat mendengar persetujuan Deu Rim untuk berjumpanya malam ini.

"Aku harap kau bersedia dengan apa yang akan jadi malam ni sayang.."

Bersambung....

Jungkook bukan baik sangat pun huhu

[2019]GangstarismWhere stories live. Discover now