Finale ;
Part 1
Taehyung tersenyum sinis melihat pintu rumah agamnya dibuka seseorang. Adiknya sentiasa tepat pada masa dan janji."Nampak teruja nak bunuh buah hati sendiri" Tegurnya apabila Deu Rim melangkah masuk ke dalam rumah.
Deu Rim menoleh ke kanan , melihat abangnya yang sedang duduk di sofa dengan senang. Langsung tiada rasa bersalah.
"Dee tak faham kenapa kau nak sangat bunuh Jungkook" Deu Rim berjalan mendekati Kim Taehyung. Beg tangannya dicampak ke atas sofa.
"Sejak dulu dia selalu sakitkan hati aku. Dia selalu susahkan kerja aku" Kim Taehyung berkata dengan nada yang perlahan. Ingin meraih simpati Deu Rim supaya memihak kepadanya.
"Dia sakitkan hati kau atau pun kau yang sakitkan hati kau sendiri?" Deu Rim benar - benar rasa dipaksa kali ini. Dia sakit melihat dendam kesumat yang Taehyung simpan untuk Jungkook walaupun sudah bertahun - tahun lamanya.
"Tolonglah .. apa yang dia lakukan selama ni hanya untuk Dee. Dia ikhlas cintakan Dee"
"Diam!" Jeritan Taehyung bergema di seluruh ruang tamu itu. Dia sakit hati mendengar perkataan cinta diungkap oleh Deu Rim.
"Dia tak layak untuk Dee .Dia tak layak dapat perempuan sebaik kau" Taehyung bangkit dari tempat duduknya. Dia mendekati Deu Rim yang sedang berdiri tidak jauh darinya.
"Kau pun tak layak nak tentukan hidup Dee!"
Pistol yang tersimpan di dalam poket seluarnya ditarik. Taehyung mengacu pistolnya tepat di kepala Kim Deu Rim.
"Aku tak minta banyak. Aku cuma minta Dee tembak dia" Taehyung mendekatkan wajahnya dengan wajah gadis itu.
"Selesaikan misi terakhir Dee sebagai anggota EMF"
Taehyung membetulkan kemejanya sebelum melangkah pergi. Senyuman diukir buat adiknya yang masih memandangnya sejak tadi.
Dia sudah membuat keputusan untuk menghantar Deu Rim ke luar negara selepas dia berjaya melakukan misi terakhirnya.
Taehyung dengan pantas menapak masuk ke dalam bilik rahsia ahli EMF. Dia duduk di tempat duduknya lalu memandang setiap ahli EMF yang sudah duduk di tempat mereka.
"Pastikan Deu Rim terus berlepas ke Barcelona selepas dia selesaikan misi dia"
Terkesima setiap ahli yang berada di situ , kecuali seorang yang kelihatan tenang.
Dia , Lucas.
⚪️⚪️⚪️
Yoojung berjalan memasuki kamar Jungkook yang tidak berkunci. Dia mencari bayang kekasihnya yang tidak kelihatan.
Sepatutnya hari ini mereka harus menjalankan misi untuk menghapuskan Deu Rim namun dia masih tidak ketahui dimana Jeon Jungkook.
Telefon pintarnya dicapai , dengan pantas dia menyambungkan panggilannya dengan Jung Hoseok.
"Hoseok-ah , Jungkook ada dengan kau?"
"Aku memang nak call kau pun tadi. Kami semua dah berkumpul dekat gudang di Hongdae" Ujar Hoseok dengan tenang.
"Oh , semua dah ready?"
"Deu Rim dengan Taehyung pun dalam perjalanan ke sini. Lagi pun ini misi terakhir Deu Rim untuk hapuskan Jungkook kan?" Soal Hoseok. Yoojung diam tidak berkutik , tidak tahu untuk berkata apa lagi.
YOU ARE READING
[2019]Gangstarism
ActionMoney , girls , power Dia ada segalanya. Semua yang diinginkan dia akan dapat pada akhirnya. Dia seorang gangster yang digeruni tetapi menarik perhatian setiap gadis yang mendekatinya. Namun hatinya mati , dia langsung tidak peduli dengan tarikan...