18 ;

2.2K 222 13
                                    

finale part2

Yukhei segera berlari ke dalam meeting room mereka. Dia mendapatkan tempat duduknya dengan selesa walaupun dia diperhatikan semua ahli EMF.

"Maaf aku lambat , ada apa - apa yang aku tertinggal?" Soal Yukhei dengan perasaan tidak bersalah.

"Aku rasa Jungkook dah pun tahu pasal rancangan kita , jadi kita pun kena tukar rancangan" Jelas Taehyung kepadanya. Dia memaparkan pelan rancangan yang sudah disiapkan.

"Kita tak boleh arahkan Deu Rim untuk bunuh dia. Sebaliknya kita patut hantar dia ke Barcelona secepat mungkin" Jelas Taehyung lagi. Yukhei menahan riak wajahnya dari berubah.

Kedua kumpulan ini menukar rancangan di saat akhir. Menyusahkan otaknya untuk memikirkan idea supaya Deu Rim dapat bertemu dengan Jungkook lagi.

"Jungkook dah aturkan pertemuan aku dengan dia petang ni. Aku akan bawa Deu Rim klon ke sana sementara Deu Rim berangkat ke Barcelona"

Yukhei menggangguk perlahan. Padahal dia sedang mencari idea baru.

"Okay kita boleh gerak sekarang" Taehyung mengarahkan anak - anak buahnya untuk bersiap sedia dengan pertempurannya bersama Jungkook.

Sedang Taehyung berjalan keluar dari bilik itu , tiba - tiba Yukhei menghampirinya. Dia menahan Taehyung dari terus berjalan.

"Jadi bila Dee berangkat?"

"Sekarang" Taehyung tersenyum sinis sebelum menyambung langkahnya untuk menghantar Deu Rim ke luar negara.

Dengan pantas Lucas mengeluarkan telefonnya yang disimpan. Dengan segera dia mendail seseorang.

Dengan kerutan di dahi dia menapak ke luar rumah agam itu.

"Jungkook , aku rasa kita kena aturkan rancangan lain.. "

●●●

"Dee , walau apa pun yang terjadi. Aku nak kau tahu yang aku sayangkan kau. Kau lah satu - satunya perempuan yang boleh menggantikan Se Hwi" Ujar Taehyung panjang lebar. Rambut Deu Rim diusap perlahan.

"Tipu. Kau tak sayangkan aku pun. Kau buat semua ni untuk puaskan hati kau" Deu Rim menepis tangan Taehyung yang sedang membelai rambutnya.

Dia rimas , lelaki ini sering memaksa dia untuk melakukan sesuatu yang dia tak suka.

"Dee , aku sayangkan kau. Aku taknak apa yang jadi dekat Se Hwi berulang"

"Yah Kim Taehyung. Sedarlah yang aku dengan Se Hwi dua orang yang berbeza. Se Hwi dah lama mati" Kata Deu Rim. Cuba menyedarkan Taehyung yang semakin lama semakin obses untuk menjatuhkan Jungkook.

Deu Rim menapak menjauhi Taehyung. Taehyung hanya mampu berdiam diri , tidak mahu memaksa Deu Rim lagi. Yang dia tahu , perempuan itu harus ke Barcelona secepat mungkin.

"Kemas pakaian kau sekarang. Sebab kau akan berlepas ke Barcelona 40 minit dari sekarang"

●●●

"Jadi apa rancangan kau?" Soal Hoseok kepada Yoojung yang mundar-mandir di dalam kamarnya.

Otaknya tak mampu berfikir apa - apa lagi. Semua sudah dia lakukan, untuk memburukkan Deu Rim di mata Jungkook. Namun semua rancangannya ditolak sia - sia dan langsung tidak mendapat hasil.

Kini dia buntu , cara apa lagi untuk membuat Jungkook berpaling dari Kim Deu Rim.

Hoseok pula termangu , melihat keadaan kekasihnya yang huru - hara. Walaupun dia terlalu mencintai perempuan itu tapi dia tak mampu menghentikannya.

Kerana dia yakin , Jungkook tak akan sesekali melepaskan Yoojung atas apa yang telah dia lakukan kepada Deu Rim.

"Lebih baik kau undur diri. Masih ada masa un--"

"Tak akan! aku tak kan senang senang nak biarkan Jungkook bahagia dengan perempuan bodoh tu! Apa yang bagusnya dia sampai Jungkook sanggup tinggalkan aku?" Yoojung mula memberontak.

Dia tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi di sekelilingnya.

"Sedarlah , Deu Rim cinta pertama Jungkook. Dia dah serahkan jiwa dan raga dia kepada Deu Rim sebelum kau. Mustahil dia akan senang senang lupakan Deu Rim. Lagipun kau kenal kan Jungkook tu macam mana?" Hoseok cuba membalas kata - kata Yoojung.

"Tak! Habis kenapa dulu dia tinggalkan Deu Rim? Kenapa dia lebih pilih aku daripada Deu Dim? Sampaikan Deu Rim pindah dia masih lagi dengan aku. Tapi seka--"

Kata - kata Yoojung terhenti apabila Hoseok memegang erat kedua pipinya dengan kedua belah tangannya.

"Kau dengar sini baik - baik , dulu dengan sekarang adalah dua waktu yang berbeza. Aku pasti dulu yang dikatakan kau tu dah jadi kenangan masa lalu dia. Dan sekarang dia kembali mahukan kisah dia yang dulu semasa dia dengan Deu Rim

Sedarlah yang kau tu perampas , dan perampas akhirnya akan kalah"

Airmata yang bergenang di pipi gadis itu akhirnya tumpah.

●●●

Deu Rim memejam erat kedua matanya. Dia berdoa di dalam hatinya agar Jungkook sentiasa selamat dan tak akan diapa- apakan oleh Taehyung.

Kini yang berada bersamanya ialah Lee Taeyong. Dia diarah oleh Taehyung untuk ke Barcelona terlebih dahulu sementara dia menyelesaikan segala urusannya di sini.

"Kau jangan risau. Kalau memang jodoh kau dengan Jungkook. Aku yakin kau lari ke  mana pun akhirnya akan bersama dia" Jelas Lee Taeyong tiba - tiba. Deu Rim menoleh ke arahnya seketika.

Telefon berjenama samsung dikeluarkan dari poket seluarnya. Lalu dia menghulur objek nilis tersebut kepada Deu Rim.

"Sentiasa peka dengan apa yang terjadi di sekeliling kau" Ucap Lee Taeyong sekali lagi.

Dengan perlahan Deu Rim menyambut telefon yang dihulur Taeyong kepadanya.

[2019]GangstarismWhere stories live. Discover now