Epilogue

1.7K 152 13
                                    

"Deu Rim , kalau kau tahu yang aku ni bukan orang yang baik ... kau akan tinggalkan aku tak?" Soal Jungkook sambil bermain dengan rambut gadis kesayangannya itu.

"Jung... dengar sini. Walau apa pun yang terjadi , saya takkan sesekali tinggalkan awak , lupakan awak , atau berpaling daripada awak" Deu Rim memegang wajah Jungkook dengan kedua belah tangannya.

"Saya cintakan awak sangat sangat Jung... saya paling takut kehilangan awak"

"Aku cintakan kau jugak. Aku pun takut kehilangan kau. Hilang kau buat aku hilang separuh jiwa aku. Hilang kau... buat aku hilang separuh perasaan aku" Jungkook mendekatkan kepalanya dengan kepala gadis itu. Wajah gadis itu ditatap lama.

"Maafkan aku Dee ... maafkan aku. Aku terpaksa pergi. Aku terpaksa tinggalkan kau. Aku kena pergi supaya kau tak akan disakiti"

"Andai satu hari nanti aku pergi. Aku nak kau tahu yang hati aku tetap milik kau. Kalau aku tinggalkan kau satu hari nanti ... tolong jangan munculkan diri lagi...

sebab aku tak akan lepaskan kau buat kali kedua.. Kim Deu Rim"

Jungkook mencium bibir gadis itu dengan airmata yang jatuh ke pipi. Dia terpaksa pergi kerana tak mampu melindungi Deu Rim dalam keadaan seperti ini.

Dia dekat bersama Yoojung atas arahan keluarganya yang rapat dengan keluarga Yoojung. Keluarga Jeon tak mahu identiti keluarga mereka terbongkar kerana sifat Jungkook yang suka berkawan dengan orang luar.

Black Hustle mengalami masalah besar sewaktu dia menghadapi peperiksaan terakhir di sekolahnya. Namun atas bantuan Yoojung , mereka dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Menyebabkan Tuan Jeon mahu menyatukan Jungkook dengan Yoojung.

Namun ditolak keras oleh Jungkook sendiri. Hatinya milik Deu Rim. Semuanya milik gadis itu.

Disebabkan kecewa dengan Deu Rim yang lebih memilih Taehyung. Dia berpindah untuk berjauh hati dengan Deu Rim. Bertahun dia menunggu kedatangan Deu Rim namun gadis itu dilindung dan dijaga baik oleh Taehyung untuk menjauhinya.

"Kalau perasaan ini adalah perasaan yang sama sewaktu aku cintakan dia dulu. Aku bersumpah yang aku tak akan lepaskan dia lagi Seok"

"Ambil hak kau semula Jungkook. Cintai dia seperti mana dulu. Tebus kesalahan kau yang dulu. Walaupun pengakhiran cinta kalian...

adalah mati"

[2019]GangstarismWhere stories live. Discover now