Flashback 2007 ;
"Yah! Jeon Jungkook" Deu Rim cuba mencapai diary yang dirampas oleh Jungkook yang baru sahaja tiba di sebelahnya.
Entah dari mana datangnya , datang - datang terus rampas diary yang sedang dipegang Deu Rim tadi.
"Bagilah balik!" Deu Rim cuba mengambil. Namun dengan pantas Jungkook memegang kepala Deu Rim bagi menghalangnya mencapai diary yang sedang dibaca.
"No secret right? so let me read this"
"Tapi dala—"
Jungkook tersenyum sinis melihat apa yang ditulis Deu Rim sebentar tadi kemudian dia memandang ke arah Deu Rim yang kaku. Matanya dikecilkan.
"Comelnya lah kau ni. Kalau betul kau sayangkan aku. Then fight to get your boy. Jangan tulis dalam buku ni je"
Jungkook memegang kepalanya. Buku yang dipegang sebentar tadi dipulangkan kembali.
"Budak"
Terketawa Deu Rim saat kepalanya diusap oleh Jungkook. Namun tiba - tiba senyumannya mati dan tangan Jungkook yang mengusap rambutnya sebentar tadi dilihat.
Wajahnya ditundukkan kembali.
"Tapi , awak dah tahu yang saya su—"
"Aku dah lama tahu , sebelum aku baca diary kau tadi lagi" Jungkook tersenyum , kepala Deu Rim dipegang agar mendekati dadanya.
Kemudian tubuh gadis itu dipeluk erat olehnya.
"Kau perlu tahu , yang aku tak akan terima kau sebagai kawan aku lagi lepas ni" Usai dia berkata begitu. Segera Deu Rim menarik tubuhnya dari dipeluk lelaki itu.
"Hey , sabarlah aku belum habis cakap lah" Jungkook menarik kembali tubuh gadis itu agar memeluknya seperti tadi.
"Aku akan terima kau sebagai kekasih hati aku. Kau tak tepuk sebelah tangan tahu?" Jungkook memeluk pinggang ramping milik Deu Rim dengan lebih erat.
"Aku janji , aku akan jaga kau sampai akhir nafas aku"
⚪️⚪️⚪️
"Weh aku dengar cerita ada budak baru masuk sekolah pagi tadi" Jelas Jimin kepada rakan - rakannya. Jungkook yang sedang makan bersama Deu Rim hanya mempedulikan kata - katanya.
Pakcik bawang mula dah.
"Awak kenal ke budak tu?" Soal Deu Rim kepada Jungkook. Belum sempat Jungkook ingin menjawab. Jimin sudah menyampuk dulu.
"Ha aku nak tanya kau Jungkook. Tadi kau bukan kemain rapat dengan budak tu. Ada apa - apa ke?" Usik Jimin sambil menyiku tangan Jungkook.
Deu Rim hanya mampu mendengar sahaja. Bukan salah Jimin , tapi salah mereka. Jungkook tidak mahu sesiapa tahu tentang hubungan mereka.
YOU ARE READING
[2019]Gangstarism
ActionMoney , girls , power Dia ada segalanya. Semua yang diinginkan dia akan dapat pada akhirnya. Dia seorang gangster yang digeruni tetapi menarik perhatian setiap gadis yang mendekatinya. Namun hatinya mati , dia langsung tidak peduli dengan tarikan...