Taehyung memegang dua keping tiket penerbangan ke Barcelona. Dalam hatinya sekarang terasa kucar - kacir dan huru - hara memikirkan apa yang akan terjadi nanti.
"Kau yakin dengan hantar Dee ke Barcelona akan selamatkan keadaan?" Soal Mark dengan wajah gusar. Dia turut bimbang dengan apa yang bakal terjadi nanti.
"Aku kena bunuh Jungkook. Supaya dia tak ganggu Deu Rim lagi"
"Kau yakin dia akan mati? Kalau dia tak mati? Dan kau pulak yang mati kau tak rasa sia - sia ke semua ni?" Mark menjeling wajah Taehyung.
Dia rasa masih ada jalan penyelesaian selain peperangan. Tapi disebabkan rasa dendam itu mengharuskan peperangan terjadi.
"Kau tak rasa... apa aku rasa. Aku dah kehilangan Se Hwi--"
"Itu cerita lama Tae... Kalau kau bunuh Jungkook pun Se Hwi takkan hidup balik. Lagi pun memang Se Hwi berniat untuk mati demi Jungkook. Demi cinta mereka"' Jelas Mark cuba untuk menyedarkan Taehyung yang sudah tenggelam dengan dendam.
"Bukan aku tak cuba untuk hi--"
"Lepaskan Dee , bagi dia pilihan untuk bersama Jungkook. Cinta mereka bukan cinta biasa. Aku yakin kalau Jungkook mati , Deu Rim turut mati"
Terdiam Taehyung mendengar bait - bait yang diucap Mark. Lelaki itu kemudian berjalan meninggalkan Taehyung keseorangan.
"Se Hwi dan Deu Rim orang yang berbeza. Jadi tolonglah jangan halang Dee macam abang halang Se Hwi dulu"
Tiba - tiba telefonnya berdering , menandakan ada panggilan masuk. Dengan perlahan dia melihat skrin telefonnya.
"Dendam tetap dendam..."
+++
Deu Rim memegang pistol yang diberi Taehyung kepadanya. Dia memandang pistol itu dengan perasaan yang bercampur baur.
Dia terasa ingin menangis ,
Dalam masa yang sama dia juga ingin marah.
Marah dengan takdir yang menimpa mereka berdua.
Tiada salahnya Jungkook dan dirinya untuk kembali semula. Tapi salah dia juga kerana terikat dengan Taehyung.
Tapi kalau tiada Taehyung , mungkin Deu Rim tidak akan senang seperti mana sekarang.
Terlalu banyak hal yang menyempitkan mindanya untuk berfikir. Sama ada simpati atau cinta. Dia buntu.
Drrttt Drrrttt
Getaran telefon milik Deu Rim terasa di poketnya. Dengan pantas dia melihat pemanggil yang membuat panggilan.
Jeon Jungkook
Dia ingin menjawab , tetapi dia masih lagi buntu.
Deu Rim menggelengkan kepalanya lalu menyimpan kembali telefon pintarnya.
Jeon Jungkook
- Kenapa tak jawab?
- Kau nak tahu tak , sebenarnya Taehyung tak hantar kau untuk bunuh aku.
- New mission mereka sekarang adalah untuk pastikan kau selamat ke Barcelona. Itu saja.
Terbeliak mata Deu Rim melihat pesanan yang diberi kepadanya itu. Di dalam hatinya penuh sumpahan yang diberikan kepada abang angkatnya.
"Sampai hati abang..."
+++
"Abang... Dee nak keluar " Ucap Dee sambil melangkahkan kakinya untuk ke pintu rumah.
Dengan pantas Taehyung bangun dari tempat duduknya lalu berjalan ke arah adik angkatnya yang ingin keluar.
"Tak boleh. Hari ni Dee tak boleh keluar"
"Tapi Dee kan dah cakap dengan abang yang hari ni nak keluar dengan Mark" Deu Rim cuba membantah amaran Taehyung.
"Abang kata tak. Tak boleh" Taehyung berjalan melepasi adiknya. Namun dia berhenti seketika.
"Selangkah adik berjalan keluar , abang tak akan bagi lagi apa yang Dee dapat hari ni"
Dari dulu , Deu Rim sudah merasakan dirinya hanya duduk di.bawah kepompong arahan Taehyung.
Lebih lebih lagi selepas Jungkook pergi , semakin Taehyung menunjukkan sikap overprotective kepada Deu Rim.
"Dia tak pernah ikhlas ambil aku untuk tolong aku. Dia cuma ambil aku untuk balas dendam dengan Jungkook je" Ujar Deu Rim dengan tangisan kepada Taeyong.
Kini mereka berdua duduk di dalam bilik pakaian milik Deu Rim.
"Aku tahu , disini bukan pengakhirannya. Dia tak akan guna aku untuk bunuh Jungkook. Tapi dia akan guna aku untuk lumpuhkan Jungkook"
"Maksud kau , bila dia hantar kau ke Barcelona. Dan Jungkook akan hancur?" Soal Taeyong dalam kekeliruan.
"Hal yang paling Jungkook takutkan sekarang ialah...
kehilangan aku buat kali kedua.."
+++
"Yoojung... buka la pintu ni. Kau fikir dengan kurungkan diri akan redakan kesedihan kau?" Hoseok cuba memujuk Yoojung untuk keluar dari biliknya.
Selepas Hoseok menghamburkan kata- katanya semalam. Yoojung terus masuk ke dalam bilik.
"Yoojung... jangan buat macamni. Terimalah kenyataan tentang semua ni. Kau... masih ada aku kan?" Hoseok cuba memujuk di luar bilik.
"Aku lagi rela mati dari tengok dia bahagia dengan perempuan lain. Lagi lagi dengan Deu Rim tu!" Yoojung membentak setelah dia melihat serpihan gambar Deu Rim tersimpan di buku yang dibaca Jungkook.
"Habistu? aku yang di depan kau ni? yang selalu ada masa kau memberontak. Yang selalu layan kerenah kau. Kau tak fikir?" Hoseok memegang pipi milik Yoojung dengan kuat.
Ingin membuktikan betapa cinta dan sayangnya dia kepada Yoojung sekarang.
"Kau cintakan aku Seok?"
"Kau rasa? Lepas apa yang kita dah buat bersama.. aku akan lepaskan kau?"
"Aku... cintakan kau Yoojung..."
"Jungkook keluar lagi?" Soal Hoseok lalu menggosok kepala Yoojung.
" Macam tulah , lepastu dia biarkan princess ni keseorangan lagi kat rumah" Yoojung mula memuncung.
"Kau ada aku kan untuk hiburkan kau?" Hoseok mula memeluk perempuan itu. Sungguh dia mula mencintai Yoojung dalam keadaan yang salah.
"Sebabtu aku perlukan kau..."
"Aku kan pelindung princess.
Aku tak kan biarkan kau terbiar sayang.."Krekkk
"Maafkan aku Seok... tapi aku memang tak boleh melihat Jungkook menang"
+++
Sebuah kereta hitam milik EMF sudah pun memenuhi ruang gudang. Mereka sudah pun bersiap sedia untuk menempuh pelbagai halangan.
Dengan satu tujuan ,untuk melumpuhkan Jeon Jungkook.
Bersambung
YOU ARE READING
[2019]Gangstarism
ActionMoney , girls , power Dia ada segalanya. Semua yang diinginkan dia akan dapat pada akhirnya. Dia seorang gangster yang digeruni tetapi menarik perhatian setiap gadis yang mendekatinya. Namun hatinya mati , dia langsung tidak peduli dengan tarikan...