Tercungap - cungap Kim Deu Rim sambil mengenggam erat tangan Jungkook. Matanya kabur dengan airmata.
"Kenapa susah untuk aku bersama dia?"
Deu Rim meneliti wajah Jungkook yang risau. Airmata yang ditahan jatuh perlahan ke pipi. Begitu sayangnya Jeon Jungkook kepadanya.
"Hey, jangan nangis ..." Jungkook mengelap airmata gadis itu. Walaupun dalam kegelapan namun kelihatan jelas airmatanya mengalir.
"Kenapa susah Jung... kenapa susah?"
"Kita kena tempuhi semua ni bersama-sama. Kau jangan sesekali putus asa. Jangan lepaskan tangan aku" Jungkook menoleh kembali ke arah lorong gelap itu.
Bunyi derapan kaki semakin menghampiri mereka. Jungkook menutup rapat matanya. Ikutkan hati boleh saja dia selesaikan semua ini.
Namun dia langsung tidak membuat persediaan rapi. Malah pistol yang dibawanya juga hanya mempunyai 6 butir peluru.
Tembakannya harus tepat jika dia ingin mematikan sialan - sialan yang mengejar mereka ini.
"Pegang tangan aku..."
"Jung..."
Jungkook mengacu pistolnya kepada salah seorang lelaki yang mengejar mereka sebentar tadi.
Dia memejam rapat matanya , cuba untuk fokus.
Selepas 5 saat dia kembali membuka matanya dan
BANG.
Dia berjaya menembak salah seorang daripada mereka. Picunya ditarik buat kali kedua. Dia mensasar dengan sebelah matanya sekali lagi.
BANG.
BANG.
BANG.
Hanya tinggal dua peluru sahaja lagi. Dia harus tepat pada kali ini.
Picunya ditarik kembali.
BANG.
Dan ya , hanya tinggal dua lagi. Walaupun mereka berbalas tembakan namun sedikitpun sasaran mereka tidak mengena pada Jungkook. Namun mereka pula yang terkena tembakan.
Hanya satu peluru sahaja lagi.
Picunya ditarik buat kali terakhir , dia menarik nafasnya dalam.
Namun tidak sempat dia menekan picu pistolnya. Dia merasa pegangan tangan Deu Rim yang memegang tangannya semakin renggang.
"Jungkook!" Jerit Kim Deu Rim saat tangannya ditarik seseorang.
"Dee... Dee!" Jungkook mengejar lelaki yang menarik Deu Rim. Walaupun di dalam gelap , dia masih dapat melihat gerangan yang membawa Deu Rim.
"Kau masuk sekarang!" Lelaki itu menolak kepala Deu Rim masuk ke dalam van yang sudah menunggu mereka di kaki lima.
Dengan senyuman di bibir dia menoleh melihat Jungkook yang sedang berlari untuk mendapatkan kekasihnya.
Namun dengan pantas , van tersebut berjalan meninggalkan lelaki itu.
Deu Rim yang masih meronta di dalam van ditampar kuat olehnya. Rahang perempuan itu dipegang kuat.
"Diam!"
"Tae—hyung.."
⚪️⚪️⚪️
"Sial! Deu Rim!" Jungkook menjerit - jerit di tepi jalan raya. Melihat ke arah van yang sudah meninggalkannya.
Airmata yang jatuh diseka. Pistol yang masih digenggam dicampak entah ke mana. Rambutnya dikusutkan.
"Aku dah cakap jangan lepaskan tangan aku!"
Jungkook hanya mampu memandang jalan raya yang sepi tanpa sebuah kenderaan.
Namun dalam masa yang singkat , dapat dia melihat sebuah kereta gelap dengan tiada lampu meluncur laju ke arahnya yang masih berada di tepi jalan raya.
Tidak sempat untuk kakinya melangkah lari.
DUM
Terpelanting Jeon Jungkook saat kereta yang dipandu dengan kelajuan yang tinggi itu melanggar tubuhnya di tepi jalan raya.
Darah memercik dari kepalanya. Airmata yang masih bersisa semakin deras keluar dari matanya.
"Deu Rim..."
Nama terakhir sebelum dia memejamkan matanya.
⚪️⚪️⚪️
"Lepaslah!"
PANG.
Terjatuh Deu Rim ke lantai saat dia ditampar buat kali kedua oleh Taehyung.
"Aku dah cakap jangan jumpa dia! Kau degil. Kau tak dengar cakap aku" Taehyung memegang rahang adiknya itu. Wajah Deu Rim sekali lagi memakan tamparannya.
Bibir gadis itu sudah pun pecah dek tamparan abangnya. Airmatanya sudah jatuh bercucuran ke pipi.
"Aku sayang dia..."
"Dan kau ingat sayang kau akan selamatkan kau nanti kalau dia bunuh kau hah?!" Rambut Deu Rim ditarik supaya perempuan itu menghadap wajahnya.
"Dia cintakan aku. Dia tak akan bunuh aku. Dia cuba selamatkan aku tadi! Takkan kau tak nampak?!" Dada Taehyung ditolak kuat agar lelaki itu menjauh darinya.
Lucas dan ahli - ahli EMF yang lain hanya mampu memandang Deu Rim yang sedang dibelasah oleh Taehyung. Mereka tidak mampu berbuat apa - apa.
"Kau terlalu yakin Dee.. dia tak cintakan kau pun"
"Kalau dia tak cintakan aku pun. Aku tetap sayangkan dia!" Deu Rim menampar wajah Taehyung yang sedang memandangnya.
"Aku lebih rela kau mati di tangan aku. Daripada kau mati kat tangan dia"
Wajah Deu Rim ditumbuk. Terleleng kepala gadis itu ke lantai saat ditumbuk kuat oleh abangnya.
"Lucas! Kau bawak dia masuk bilik dia. Kunci bilik tu"
⚪️⚪️⚪️
Yoojung memandang ke arah Jungkook yang sedang terlantar sakit di atas katilnya. Telefonnya diambil lalu dia mendail seseorang sambil mengorak langkah ke luar kamarnya.
"Saya nak buat laporan tentang kilang pembuatan dadah di Busan.."
Kemudian dia tersenyum sinis.
Jeon Jungkook , kali ini aku yang menang.
⚪️⚪️⚪️
Bersambung ...
Aku akan update esok inshaAllah doa doa la esok aku takde hal walaoweh.
YOU ARE READING
[2019]Gangstarism
ActionMoney , girls , power Dia ada segalanya. Semua yang diinginkan dia akan dapat pada akhirnya. Dia seorang gangster yang digeruni tetapi menarik perhatian setiap gadis yang mendekatinya. Namun hatinya mati , dia langsung tidak peduli dengan tarikan...