21 +

1.4K 146 17
                                    

Jungkook melepaskan kolar Kim Taehyung. Dia terjeda seketika dengan apa yang dikatakan oleh Taehyung sebentar tadi.

Daehwi yang datang entah dari mana segera berlari ke arah Jungkook. Dia membisik sesuatu ke telinganya. Membuatkan Jungkook semakin berdebar - debar.

"Kau memang jantan yang paling sial yang pernah aku jumpa. Sumpah"

"Kata kata orang yang kalah?" Taehyung tersenyum lemah dengan darah yang penuh di dalam mulutnya.

Rancangannya berjalan dengan baik. Dia dapat mengalihkan perhatian Jungkook manakala Yoojung pula diarahkan untuk membunuh Deu Rim.

Dan Hoseok pula sudah tumpas di tangan Yoojung.

Jungkook segera berlari keluar daripada gudang itu. Langkahnya semakin laju untuk menyelamatkan Yoojung yang sedang berada di dalam bahaya.

⚫️⚫️⚫️

Deu Rim kini berada di dalam sebuah kereta bersama Taeyong dan dua orang pengawal yang menghantar mereka ke lapangan terbang.

Di dalam poketnya masih tersimpan sepucuk pistol untuk dia bertindak jika ada apa apa yang berlaku.

Telefon bimbitnya sudah pun diambil secara paksa oleh Taehyung sebelum lelaki itu berangkat pergi.

Jadi dia dan Jungkook tidak akan ada apa apa komunikasi buat masa sekarang. Dia takut jika dia tak dapat melindungi dirinya sendiri.

Tanpa Jungkook di sisinya. Lagilah dia merasa gusar. Kerana hanya lelaki itu yang boleh melindunginya. Bukan yang lain.

"Pukul berapa flight berlepas?"

"Tak perlu tahu" Ujar seorang pengawal. Dia membelok kenderaan yang dinaiki mereka.

Taeyong mengerutkan dahinya tanda keliru. Ini bukan jalan untuk ke lapangan terbang.

Dan sangkaannya tepat saat kereta yang dinaiki mereka berhenti di sebuah jalan raya yang sunyi. Pengawal yang menjaga mereka segera keluar dari kereta. Lalu membuka pintu untuk Deu Rim dan Taeyong keluar.

"Ada hadiah yang Taehyung sediakan untuk kalian sebelum kalian berangkat ke syurga"

"Apa maksud kau?"

"Suprise..."

Deu Rim ditolak untuk berjalan. Terdapat sebuah jambatan yang melintasi sebuah sungai di situ. Deu Rim akhirnya diletakkan di tengah jambatan tersebut keseorangan. Menanti hadiah yang diberi oleh abangnya

Dengan linangan airmata dia berharap bahawa Jungkook akan menolongnya sekarang.

"Hello Deu Rim ... miss me?" Ujar seorang perempuan yang amat dikenali Deu Rim.

"Yoojung?" Deu Rim mengundur setapak ke belakang.

"Kenapa? takut? Masih takut dengan aku?" Soal Yoojung dengan nada sarkastiknya. Dia meluat melihat Deu Rim masih hidup di dunia ini.

Dia mahu perempuan ini lenyap.

"Maaf , tapi aku ada sediakan sesuatu untuk kau" Yoojung mengeluarkan sesuatu yang berada di dalam poket seluarnya.

Iaitu senjata yang sama yang dibawa oleh Deu Rim.

Tersenyum sinis Deu Rim melihat pistol yang dipegang Yoojung. Seolah olah dia tidak gentar seperti pada awal dia berjumpa perempuan itu tadi.

"Akhirnya , aku dapat tengok kau mati. Selepas sekian lama aku berdoa agar kau mati dan meninggalkan Jungkook" Ucap Yoojung lalu mengacukan pistolnya tepat di hadapan Deu Rim.

[2019]GangstarismWhere stories live. Discover now