9 ;

3.1K 382 100
                                    

"Kita akan tiba di Osaka dalam 15 minit lagi" Pesan Lucas kepada semua ahli EMF yang sedang menyiapkan diri di dalam pesawat peribadi milik agensi.

Taehyung sejak tadi hanya memerhatikan gerak geri adiknya. Tidak pernah sesaat pun dia terlepas pandang.

"Lucas , pastikan Deu Rim tak dekat sikitpun dengan Jungkook" Bisik Taehyung kepada lelaki itu. Selepas itu dia menoleh memandang Deu Rim yang sedang berbual bersama Haechan dan Taeyong di pantri.

"Aku rasa Jungkook buat semua ini untuk dapatkan Dee balik. Kau tak rasa macam tu ke?" Soal Lucas sambil mengisi peluru ke dalam HS200 Gun miliknya.

"Aku tak akan sesekali benarkan. Kau dah lupa apa yang dia buat dekat Dee? Kau nak perkara tu berulang lagi ke?"

Lucas tersenyum tipis. Penat bermain psiko bersama lelaki gila itu.

"Dia sayangkan Dee , Dee pun sayangkan dia. Aku rasa Jungkook dah rancang benda ni lebih awal dari kita" Lucas memasukkan pistol miliknya itu ke dalam poket belakang seluarnya.

"Aku akan hancurkan rancangan tu. Wait and see"

Lucas tersenyum sinis mendengar kata - kata Taehyung. Pistol yang sudah terisi dengan peluru sebentar tadi dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.

"This gun will kill you baby...just wait for my help"

⚪️⚪️⚪️

"Macam mana Yoojung boleh tahu tentang hal ni?" Jungkook yang sedang memantau proses pembuatan dadah terus sahaja berlari ke luar gudang itu.

Telefon yang terlekap di telinga disimpan. Pintu kereta dibuka lalu dengan segera dia meninggalkan kawasan pemprosesan dadah milik kumpulannya itu.

"Haish , sial Hoseok. Mesti kena ugut dengan si Yoojung"

Dengan kelajuan yang tinggi Jungkook memandu ke rumah agam Jeon yang terletak di hujung negeri Osaka.

Telefonnya dicapai. Nombor seseorang segera didail

"Aku rasa cadangan kau betul. Kau yang patut bunuh Hyemin"

Berbeza dengan keadaan Yoojung, dia kini duduk dengan tenang di dalam pesawat. Matanya dikatup rapat , dia terasa bengang dan teramatlah bodoh kerana ditipu hidup - hidup oleh Jeon Jungkook dan Minghao.

"Kau nak cari perempuan tu balik Jung?" Yoojung tersenyum sinis.

"Kau nak berpaling tadah dengan aku?" Penumbuknya dikepal.

"Kau nak tengok Deu Rim kesayangan kau mati..."

⚪️⚪️⚪️

Deu Rim memandang Taehyung yang sejak tadi memerhatikannya dan mengikut ke mana saja dia pergi. Sejak mereka tiba di Kota Osaka Taehyung tidak henti - henti mengekorinya.

"Berhentilah Kim Taehyung.. "

"Tak akan. Selagi aku tahu kau dan Jungkook jejak di tanah yang sama"

Deu Rim menjeling wajah abangnya itu lalu meneruskan perjalanannya hingga ke kedai serbaneka. Mereka singgah di Kota Osaka sebelum memulakan perjalanan mengikut arah GPS milik telefon Hyemin yang masih hidup.

"Cepat sikit Dee.."

Lucas yang berada di dalam kereta hanya fokus memerhatikan arah GPS milik telefon tunangnya.

Tiba-tiba arah GPS milik telefon Hyemin bergerak ke luar kawasan itu. Terbeliak mata Lucas memerhatikan arah ke mana GPS itu pergi.

"Dia bawak lari Hyemin ke—"

[2019]GangstarismWhere stories live. Discover now