"Edward, I love you so much.. " Julia cuba mengoda dan memeluk tangan Edward. Edward hanya duduk berdiam diri tanpa menghiraukan Julia. Dia hanya melayan muzik di kafe hotel sambil bermain telefon bimbitnya. Banyak perkara sedang bermain di fikiran nya.
Sebulan yang lalu, dia terima panggilan dari sahabat baik ayahnya untuk membantu menyelamat anak perempuannya dari cengkaman Geng Mafia tanpa pengetahuan ahli perniagaan yang lain demi keselamatan perniagaan keluarga Edward juga. Edward pernah cuba membantu sahabat ayahnya itu dari segi kewangan yang banyak tetapi keputusan untuk mengeluarkan wang perniagaan dikawal oleh neneknya, Puan Maria yang juga salah seorang pemegang share terbesar dalam syarikat. Neneknya pernah membantah nya untuk masuk campur masalah perniagaan orang lain yang terlibat dengan Geng Mafia.
Tiba-tiba telefon bimbit Edward berbunyi dan dia menjawab panggilan tersebut. "Bagaimana, Ah Seng?!" kata Edward. "Edward, special show sudah mula. Perempuan lu cari ada dalam senarai show ini malam. Wa sudah simpan lu punya nama." kata Ah Seng.
Tanpa melengahkan masa, Edward segera ke dewan hotel untuk menyaksikan persembahan itu. "Edward, kau nak ke mana?" Edward bersiap tanpa menghiraukan Julia. "Jangan pergi.. aku nak ikut" kata Julia. Edward memandang muka Julia lalu berkata, "Cukup, Julia! Kalau kau ikut, aku akan panggil pengawal!" "Edward, sampai hati kau!" kata Julia dengan begitu kecewa dan marah.
Edward menghubungi kawannya, Ricky dan Bernard untuk berjumpa di show yang dikatakan oleh Ah Seng.Di belakang pentas dewan hotel yang tertutup, Eileena terduduk dalam keadaan lemah. Tangan dan kaki diikat. "Tolong aku" kata Eileena lemah dan hanya mampu menangis dalam diam. "Hai, gadis kecil. Selepas ini adalah giliran kau. Jangan berlagak seperti gadis suci lah. Tentu kau rasa gementar.. Nah, makan ini! Pasti hilang terus rasa gementar.. Hahahaha" kata lelaki bertopeng dan berbaju kot hitam. Dengan cara kasar dia memasukkan pil 'estacy' ke dalam mulut Eileena. "Kau tak telan pil itu, aku rogol kau sekarang! Telan cepat!" ugut lelaki itu. Eileena terpaksa menelan pil tersebut. Selang beberapa minit, Eileena berasa panas dan kehausan. "Pil apa yang kau bagi kat aku, binatang?!" kata Eileena dengan marah.
Ikatan Eileena telah dilepaskan oleh lelaki itu. Dia berasa panas lalu membuka baju dan hanya berpakaian dalam. Dia mengipas mukanya dengan tangan. Eileena ternampak ada 9 orang gadis lain yang bakal dibida seperti dia.
Muzik di pasang dengan rancak, menandakan acara akan bermula. Eileena diiring ke pintu pentas oleh dua lelaki bertopeng dan badannya telah ditutupi oleh sehelai selendang putih yang berkain nipis. Semua tetamu yang hadir memakai masquerade.
"Terima kasih para hadirin sekalian kerana sudi datang ke Acara "Black Night". Hari ini adalah persembahan produk kami. Tentu saja yang akan memukau Para Jutawan." kata pengacara bidaan kepada tetamu yang datang. "Tanpa membuang masa lagi, mari alu-alukan persembahan pertama malam ini - Eileena Lee" Eileena diiringi oleh 2 orang lelaki bertopeng ke tengah pentas. "Ini adalah Eileena Lee adalah anak perempuan kepada Nelson Lee, LMH Corporation. Ini adalah persembahan singkat sebelum dia dibida acara "Black Night". Dia ingin meminjam duit daripada "Black Night" untuk membayar hutang keluarga nya tetapi tidak dapat bayar semula. Nampaknya dia adalah anak yang taat, bukan?... HAHAHA"
YOU ARE READING
Dia Kekasihku
RomanceEileena terpaksa dilelong oleh Mafia kepada jutawan-jutawan yang bernafsu syaitan. Edward tidak percaya akan sebuah perkahwinan. Tetapi dia perlu mencari seorang gadis yang sanggup melahirkan seorang anak lelaki untuknya supaya dapat mewariskan pern...