Edward terpaksa membatalkan urusannya ke Perth. Dia perlu menjejak Eileena.
Edward menghubungi salah seorang Mafia untuk menyiasat keluarga Eileena, Ah Seng. Sebelum ini, Edward pernah mengupah nya untuk mencari Eileena sehingga dia dapat tahu Eileena di lelong pada acara "Black Night".
"Ah Seng, tolong siasat apa aktiviti musuh-musuh LMH Corporation sedang buat sekarang?" - Edward
"Apa hal lu mau ambil kisah keluarga Nixon Lee?" tanya Ah Seng.
"Jangan tanya!" - Edward
"OK.. Itu macam, wa tidak mau tolong sama lu!" - Ah Seng
"Baiklah..Anak perempuannya kena culik"
"OK, nanti wa call lu" - Ah SengEdward menghubungi penyiasat peribadinya.
"Mark, aku perlu tahu, siapa yang menentang aku sekarang"
"Baiklah. Bila aku dapat maklumat, aku hubungi kau." - MarkSetelah 3 jam berlalu....
Telefon bimbit Edward berbunyi, "Hello, Ah Seng. Bagaimana?"
"Tidak ada musuh atau pemiutang keluarga Nixon Lee yang datang ganggu mereka. Mereka semua duduk diam-diam. Lu ada bikin orang panas hati sampai orang culik anak perempuan Nixon Lee dari lu kah?"
"Tiada sesiapa yang tahu anak perempuan Nixon Lee ada dengan saya?"
"Aiyaa.. Apa lu banyak risau? Anak perempuan Nixon Lee cuma toy lu saja. Lu cari baru lah. Wa boleh tolong ma. Apa kata... "
Edward hilang kesabaran lalu dia menamatkan perbualan tanpa Ah Seng menghabis ayatnya.Dia terus menghubungi Mark kerana dia tidak dapat menunggu dengan sabar.
"Hello, Mark. Bagaimana?"
"Saya tengah menyiasat. Setakat ini tiada siapa yang meragukan."Edward semakin resah dan memanggil Lisa yang juga ada di pejabatnya.
"Lisa, bagaimana? Sudah kamu menghubungi abang Cik Lee?"
"Sudah. Dia seperti tidak tahu Cik Lee sudah hilang. Tak mungkin abangnya sengaja mengkhianat, Tuan."
Edward minum segelas air untuk menenangkan perasaan marahnya lalu menghempas gelas ke lantai. Lisa terkejut lalu memanggil orang bawahannya untuk membersihkan serpihan kaca gelas.
Edward duduk termenung sambil melihat pandangan diluar pejabatnya. Tiba-tiba telefon bimbit Edward berbunyi. Keluar nombor tidak dikenali.
"Hello.." - Edward
"Perempuan kau ada pada aku"
"Maksud kau, Eileena ada pada kau?!"
"Kau dengar baik-baik, sekiranya kau masih ingin melihat perempuan kesayangan kau. Aku mahu kau sediakan RM10 juta dalam masa satu jam dari sekarang. Kita jumpa di kilang besi lama di hulu sungai. Jangan cuba menghubungi Polis atau siapa-siapa. Kalau tidak, aku pasti takkan biar dia hidup!"
"Bagaimana aku nak pastikan dia selamat?"
Penculik membuka pelekat di mulut Eileena lalu membuat pembesar suara telefon bimbit.
"Hello, Eil?"
"Edward"
"Awak duduk diam-diam dan jangan buat apa-apa. Bagaimana keadaan awak? Kandungan awak?"
"Hah?" Eileena terkejut. 'Aku mengandungkah?' Tanpa menunggu Eileena membalas lalu Edward mengakhiri perbualan mereka.
"Baiklah, jaga diri baik-baik" Edward terus memutuskan talian telefon. Dia menghubungi Setiausaha nya, Jenny. "Jenny minta Financial Department sediakan RM10 juta secara Tunai sekarang. Ini Kecemasan!""Lisa, saya akan ke sana dan tinggalkan kereta saya di simpang jalan masuk ke kilang besi lama di hulu sungai. Saya akan minta Eileena selamatkan diri dengan kereta saya nanti. Saya akan cuba buat rundingan pertukaran dengan mereka terlebih dahulu. Pastikan kamu jaga Cik Lee dengan baik-baik, Faham?!" Edward memberi arahan.
"Faham, Tuan."Di dalam kilang besi lama...
"Jangan excited sangat. Tak mungkin dia nak selamatkan aku kerana aku orang yang berhutang dengannya." kata Eileena. Matanya dibalut dengan kain. Manakala tangan dan kakinya terikat.
"Huh! Aku dah ekori dia selama 3 hari. Setiap pagi dia datang melawat kau di wad hospital. Sudah tentu kau orang yang paling penting dalam hidup dia." balas penculik itu.
"Kau salah faham. Dia melawat aku untuk pastikan aku tidak lari. Aku sudah berhutang sangat banyak dengannya. Sudah tentu dia tak kan lepaskan aku selagi aku tak membayar hutang. Sekarang belum tentu dia datang nak tebus aku dengan duit yang banyak seperti kau minta" sambung Eileena lagi."Boss, dia sudah datang" kata orang suruhan penculik.
"Hohoho.. Cepat betul dia sampai. Memang kau sangat berharga dari apa yang aku bayangkan." kata penculik lalu mengambil kain untuk menyembunyikan Eileena. Penculik memberi arahan untuk mereka semua memakai topeng."Aku dah datang. Mana kau?" kata Edward. Dia melihat ada 6 orang penculik di kilang itu yang sedang mara berjalan ke arahnya.
"Di mana duit?" tanya salah seorang penculik berjalan mendekati Edward.
"Panggil Ketua kau!" balas Edward.
"Aku lah Boss di sini. Mana duit?" kata penculik itu lagi.
"Mana Eileena? Aku nak pastikan dia selamat terlebih dahulu."
"Sudah tentu dia masih selamat." Penculik mengarah salah seorang suruhannya pergi ke arah Eileena dan menarik kain yang menyembunyikan Eileena. Edward terus berlari ke arah Eileena.
"Eileena! Bagaimana keadaan awak?"
"Edward! Saya, OK!" Eileena tercari-cari arah suara Edward. Ini kerana matanya masih tertutup dengan kain.Semasa Edward berlari ke arah Eileena, ketua penculik mengarah orang suruhannya untuk menghalang Edward mendekati Eileena.
"Hey, kau! Tunggu! Halang dia!" pekik ketua penculik.
"Hey.. Tunggu sana.. Jangan sampai kami kerjakan kau!" kata salah seorang penculik yang cuba menghalang Edward daripada mendekati Eileena.
Edward terus berlawan dengan orang-orang suruhan penculik. Dalam keadaan huru-hara itu, tanpa Edward sedari ketua penculik berlari mendekati Eileena dan mengacu pistol di kepala Eileena."Hey, Edward! Sungguh berani kau menentang aku. Kau ingat aku berguraukah? Aku akan tembak perempuan ini!" ugut ketua penculik. Edward terus segera berhenti daripada terus berlawan. Dia cuba membuat rundingan dengan ketua penculik.
"Apa kata, aku ganti tempat dengan Eileena. Lebih baik kau lepaskan dia. Sepatutnya aku yang kau culik, bukan?"
"Kenapa kau nak arah-arah kan aku? Kau ingat kau siapa? Boss akukah?" lalu dia melepaskan tembakan melepasi kepala Eileena."Eileena" Edward terkejut dengan tindakan ketua penculik dan cuba menahan kemarahannya.
"Aha.. Tahu kau takut.. Sekarang baru kau tahu, siapa Boss di sini? Jangan berlagak, Edward." kata ketua penculik lalu mengarah orang suruhannya mengikat Edward. "Ikat dia!""Sebelum kau mengikat aku, lebih baik kau tunjuk muka kau yang sebenarnya" kata Edward.
"Jangan Boss..jangan tunjuk kepada dia." kata salah seorang suruhan penculik.
"Jangan risau, dia pasti takkan dapat lepas dari tempat ini. Biar dia lihat. Lagi pun aku rasa rimas memakai topeng ini" kata ketua penculik sambil membuka topengnya.
Edward sangat terkejut melihat wajah ketua penculik itu.
Bersambung.....
YOU ARE READING
Dia Kekasihku
RomanceEileena terpaksa dilelong oleh Mafia kepada jutawan-jutawan yang bernafsu syaitan. Edward tidak percaya akan sebuah perkahwinan. Tetapi dia perlu mencari seorang gadis yang sanggup melahirkan seorang anak lelaki untuknya supaya dapat mewariskan pern...