Setelah 2 minggu berlalu..
Dia hanya duduk termenung di tepi meja menghadap rumah hijau. Lalu dia menggaru kasar rambutnya sehingga kusut masai.
"Adakah saya akan menjadi orang tidak waras, Lisa? Dalam kepala saya sekarang, terlalu banyak pertanyaan yang tiada jawapan. Setiap hari saya berperang dengan hati dan fikiran saya. Apa patut saya buat? Dapatkah saya buat? Mengapa ini terjadi pada saya? Mengapa?.. Mengapa?.. Mengapa, Lisa?!!!!" jerit Eileena sambil menggosok kasar rambutnya.Lisa hanya berdiri di belakang Eileena sambil memerhati nya. Tidak lama kemudian, telefon bimbit Lisa berbunyi. Eileena terus berhenti menggosok rambutnya lalu memandang tajam ke arah Lisa. Dia terus berlari dan merampas telefon bimbit Lisa. Dia terus menjawab panggilan itu. "Edward, kenapa awak buat saya begini? Awak jahat! Awak kejam!!!!" jerit Eileena. "Hello, cik. Hello.. Maafkan saya. Adakah ini nombor telefon bimbit Lisa?" Eileena terdengar suara perempuan di dalam talian. Eileena kebingungan. "Ya.. ya, sebentar." Eileena memulangkan semula telefon bimbit kepada Lisa dengan wajah kebingungan. Dia tak ubah seperti orang kurang siuman. Lisa menyambut telefon bimbit lalu menjawab panggilan tersebut.
"Lisa, Tuan Edward ingin bercakap. Saya sambungkan talian. Sebentar ya." Perempuan dalam talian adalah Setiausaha Tuan Edward, Jenny. "Baiklah, Jenny."
"Lisa, malam ini saya akan pulang. Tetapi jangan beritahu Cik Lee."
"Baiklah"Edward memerhati setiap pergerakkan Eileena didalam villa melalui telefon bimbitnya. Sebelum dia ke Perth sebulan yang lalu, dia meminta pengawal memasang semula beberapa "pinhole camera" di sudut tersembunyi tanpa dilihat oleh Eileena.
Selepas makan malam, Eileena duduk ditepi kolam renang di villa. Dia merendam kalinya dalam kolam.
YOU ARE READING
Dia Kekasihku
RomanceEileena terpaksa dilelong oleh Mafia kepada jutawan-jutawan yang bernafsu syaitan. Edward tidak percaya akan sebuah perkahwinan. Tetapi dia perlu mencari seorang gadis yang sanggup melahirkan seorang anak lelaki untuknya supaya dapat mewariskan pern...