"Tuan, Puan Maria dalam perjalanan ke hospital. Dia dapat tahu Tuan berada di hospital kerana Cik Lee sudah bersalin. Dia nak berjumpa dengan Cik Lee."
PUAN MARIA
"Lisa, Cik Lee sudah stabil. Boleh kamu uruskan Cik Lee pulang ke villa secara senyap? Bila kamu sampai di villa, sila hubungi saya. Biar saya uruskan hal di sini"
"Baiklah, Tuan"
Lisa segera masuk ke wad Eileena. Dia mengejut Eileena yang sedang tidur.
"Cik Lee, kamu kena balik ke villa sekarang juga."
"Kenapa tiba-tiba saja?"
"Ini kecemasan."
Lisa memimpin Eileena untuk duduk di kerusi roda. Lalu dia membawa Eileena keluar melalui pintu belakang hospital.
Setelah sampai di villa, mereka disambut oleh Melly.
"Melly, tolong papah Cik Lee ke bilik. Tolong bawa bag galas Cik Lee bersama" - Lisa
"Baiklah, Puan Lisa. Hati-hati ya, Cik Lee" -Melly berpura-pura baik.
'Aku dah agak..perempuan ini belum mampus lagi! Nasib baik aku ada plan B'.Setelah sampai ke bilik tidur Eileena, Melly terus memimpin Eileena ke katil. "Cik Lee tentu sangat letih. Rehatlah dulu, ya. Kalau ada apa-apa, kamu panggil saya. Selamat malam, Cik Lee" kata Melly dengan lembut lalu meletak bag galas Eileena di atas meja solek. "OK. Selamat malam" balas Eileena.
Lisa segera menghubungi Edward.
"Tuan, kami sudah sampai di villa."
"Baiklah. Lisa tolong kemaskan semua pakaian Cik Lee. Saya akan hantar dia ke Sarawak, flight awal pagi esok."
"Baiklah, Tuan".Melly pergi ke stor dan mengangkat tong minyak gasolin ke depan pintu bilik tidur Eileena. Dia mengangkat sambil menyanyi, "LA..la..la..la..la". Setelah sampai di depan pintu, dia menyimbah minyak ke di pintu. "Oh ya, aku kena simbah di pintu utama. Aku tak biarkan dia lari. LA..la..la..la.."
Kemudian dia turun membawa gasolin ke tingkat bawah, menyimbah minyak di pintu utama. "Huh! Letihnya. Sekarang sudah siap. Mana mancis? Oh ya, aku tinggal di atas. La..la..la..la"
Melly naik semula ke tingkat atas dan mengambil mancis. Dia memulakan kebakaran di pintu bilik tidur Eileena."Mampus kau!" Melly ketawa terbahak-bahak lalu berdiri berdekatan dengan tangga.
Eileena tersedar kerana terhidu bau asap dari pintu biliknya. Dia membuka pintu dan melihat api marak di pintu biliknya. 'Api?! Apa patut aku buat? Aku macam tak dapat lari! Adakah kebakaran punca litar pintas?' Dia tidak pasti punca kerana asap terlalu tebal. Dia menutup semula pintu biliknya. Dia segera merendam selimut. Lalu menutup badannya dengan selimut basah. 'Aku mesti keluar dari pintu ini. Aku kena bawa rantai belian yang diberi oleh Edward. Kalau ada apa-apa berlaku pada aku, Edward pasti dapat mengecam aku.' Eileena mengambil rantai lalu menyimpan ke dalam bag galas nya. Dia berlari ke arah pintu lalu merempuh dan melompat keluar dari pintu bilik tidur nya. Dia berlari menuju ke tangga. 'Mana jalan keluar?'
"Hey.. Cik Lee kau tak boleh lari!"
"Melly, apa kau buat?!"
"Kau harus mati demi Tuan Edward.. HAHAHA!"
"Kau dah gila!"
"Aku tak gila.. Kau patutnya mati beranak. Liat juga nyawa kau. Kau akan ganggu hubungan aku dengan Tuan Edward."
"Kau memang sah gila!"
"Aku tahu kau akan cuba larikan diri. Jadi aku berdiri di sini untuk halang kau lari. Kau mesti mati hari ini!" Melly menolak Eileena ke pintu bilik yang terbakar. Eileena menahan badannya.
"Lebih baik kau fikir keselamatan diri kau! Kau tak nak selamat dirikah?!"
"Apa kau kata perempuan bodoh! Kau tak layak untuk Tuan Edward. Aku yang lebih layak untuk Tuan Edward. Aku sanggup mati untuk Tuan Edward."
"Huh! Dasar perempuan gila!" - Eileena cuba menolak Melly tetapi Melly dapat menahan dirinya dari ditolak.
"Kau yang gila.. Kau tengok rupa kau dengan selimut sekarang. Sangat hodoh, tau tak! HAHAHA!"
Melly menarik selimut daripada Eileena lalu berkata,"Cepat kau mati, cepat selesai kerja aku!"
"Kau memang gila!" - balas Eileena sambil menahan selimutnya dari ditarik oleh Melly. Dalam bergelut melepaskan diri, api semakin marak di tingkat atas.Lisa sedang mengemas pakaian Eileena di tingkat bawah. Dia terhidu bau asap.
'Macam ada bau asap? Aku nak pergi periksa.' Dia membuka pintu melihat asap tebal telah memenuhi ruang villa lalu segera berlari keluar bilik. Alangkah terkejut bila dia melihat api marak dari tingkat atas. Dia terus berlari dan naik ke tingkat atas.
'Ya Tuhan...Cik Lee! Aku kena selamatkan Cik Lee'
"Cik Lee, kamu di mana?!"
"Lisa, tolong selamatkan saya! Melly nak bunuh saya"
Dia melihat Melly sedang menghalang Eileena.
"Hai, Puan Lisa. Kamu patut lari selamatkan diri? Api dah semakin mark ni" kata Melly dengan lemah lembut.
"Melly... Apa kamu dah buat ini?!"
"Ini bukan urusan kau! Lebih baik kau pergi dari sini sekarang juga! Jangan masuk campur urusan aku!"
Lisa segera menangkap Melly dan menahannya dari menghalang Eileena. "Cik Lee lari cepat! Saya akan halang Melly! Lari cepat!!"
"Lisa.. Huhuhu! Bagaimana dengan kamu?"
"Jangan risau, Cik Lee. Nanti saya menyusul. Lari cepat sebab mungkin saya tidak dapat bertahan lama. Asap semakin tebal." kata Lisa sambil terbatuk-batuk.
Melly meronta dan menjerit untuk dilepaskan.Eileena cuba membuka pintu utama, malangnya api sudah marak hingga ke pintu utama. Tangannya terkena minyak gasolin semasa cuba membuka pintu utama. Dia berlari menuju ke dapur, tiba-tiba siling yang terbakar jatuh lalu terkena rambutnya. Dia menepis api di rambutnya menggunakan tangan dan tangannya di sambar api kerana ada sisa minyak gasolin. Dia segera berlari ke arah singki lalu membuka air paip. Dia menadah air di tangannya untuk memadam api dan membasah muka dan rambutnya. Dia merasa perit pada muka dan tangannya. Tanpa membuang masa, dia berlari menuju ke arah pintu dapur. Akhirnya dia dapat keluar dari villa lalu berlari sekuat hatinya tanpa arah tuju. Dia berlari dan tanpa menoleh ke villa yang sedang terbakar kerana terlalu takut. Bila dia berlari agak jauh, dia berlindung di sebalik pokok. Dia terduduk, lalu dia pengsan.
Di hospital..
Puan Maria mengugut Edward bahawa dia akan menjual share syarikat kepada orang lain, akhirnya Edward mengalah dengan Puan Maria. Dia membawa Puan Maria berjumpa dengan Eileena. "Edward, kenapa kamu nak halang nenek dari berjumpa perempuan yang layak menjadi isteri kamu? Kamu patut bertanggungjawab ke atas dia kerana dia telah melahirkan anak kamu. Nenek perlu jumpa dia. Kalau tak boleh halang nenek." Edward hanya berdiam diri tanpa membalas kata-kata Puan Maria.
Setelah sampai di kawasan villanya, Edward berasa hairan melihat ramai orang berdiri ditepi jalan sehingga perjalanannya. Dia melihat villa nya terbakar dan Bomba sedang memadam api yang sedang marak. Edward segera keluar dari kereta terus berlari ke arah villa nya. Dia telah dihalang oleh pihak polis untuk mendekati villa nya.
'Eileena! Lisa! Apa yang terjadi?' jerit Edward di dalam hati. Edward rasa sangat terkejut dan risau akan keselamatan Eileena dan Lisa. Dia mencari kelibat Eileena dan Lisa di sekelilingnya tetapi tidak jumpa.
Puan Maria mendekati Edward dan memujuk Edward untuk pulang ke villa milik Puan Maria. "Edward, apa kata kita balik ke villa nenek dulu. Mungkin esok, kita akan dapat berita daripada Lisa dan Eileena. Harap mereka baik-baik saja." Edward akur nasihat neneknya.
Bersambung...
YOU ARE READING
Dia Kekasihku
RomanceEileena terpaksa dilelong oleh Mafia kepada jutawan-jutawan yang bernafsu syaitan. Edward tidak percaya akan sebuah perkahwinan. Tetapi dia perlu mencari seorang gadis yang sanggup melahirkan seorang anak lelaki untuknya supaya dapat mewariskan pern...