Edward pulang ke rumah agak lewat. Dia terus ke bilik tidur dan segera membersihkan diri. Selepas keluar dari bilik mandi, dia melihat Eileena duduk termenung diatas katil dalam bilik suasana gelap. Dia berdiri ditepi katil sambil memeluk tubuh.
"Awak tahu yang awak tak boleh tanya saya apa-apa soalan?!"
"Maafkan saya, Awak."
"Awak datang sini dan berdiri di depan saya" Setelah Eileena berdiri dihadapannya, Edward membuka suis lampu meja. Suasana bilik menjadi terang sedikit. Dia dan Eileena saling bertentang mata.
'Begini ya rupa kau.. Aku akui kau memang kacak. Mata, hidung, mulut.. sangat kacak tapi sayang seribu kali sayang, hati kau kejam! Jahat!' bisikan hati Eileena tanpa dia sedar dia tercubit pinggang Edward.Dalam masa yang sama Edward memandang dan menyentuh lembut muka Eileena. Dia menyentuh bibir Eileena dengan ibu jarinya.
"Inilah takdir kau. Takdir kau terletak di tangan aku." Lalu memasukkan ibu jarinya ke dalam mulut Eileena dengan lembut. Edward terkejut bila Eileena mencubit pinggangnya.
Dia terus menggenggam kedua blah tangan Eileena lalu mencium bibir dan membelai Eileena dengan lembut dan menaikan nafsu berahi. Eileena terus menjalankan tugas nya.Selepas hampir 2 jam melayan Edward. Eileena keletihan dan hampir ketiduran. Dia dapat rasakan Edward sedang mencium dahinya dengan lembut. Dia tidak membuka matanya kerana keletihan.
Pagi sudah terang, Eileena bangun dari tidur tapi masih keadaan baring. Dia memegang dahinya teringat ciuman didahi nya. Dia bagaikan mimpi. 'Tak mungkin dia mencium dahi aku. Dia agak bersikap lembut dengan aku ketika 'bersama' aku. Aku tak berasa sakit seperti sebelum ini.' Eileena berkata sendirian. Dia terdengar suara Lisa di luar bilik tidur. Dia dapat jangka bahawa Lisa datang untuk menghantar sarapan kepadanya. Dia segera turun dari katil dan memakai pakaianya. Dia terus membuka sliding door lalu duduk di tepi meja yang terletak di balkoni.
"Cik Lee sangat patuh arahan, Tuan. Dia tahu sekiranya dia memberontak, itu semua sia-sia saja. Dia pasti tidak menyeksa diri kerana itu hanya membazir tenaganya saja" - Lisa
"Untuk mengelak dia bertindak di luar jangkaan dan mencederakan diri, lebih baik kamu berwaspada, Lisa. Kalau ada apa-apa berlaku kepadanya, kamu tahu akibatnya!" - Edward
"Baiklah, Tuan. Saya faham." Lisa mematikan perbualan telefon antara dia dengan Edward. Dia segera menuju ke bilik tidur Eileena untuk menghantar sarapan."Cik Lee, kamu sudah bangun? Saya bawa sarapan."
"Masuklah".
"Cik Lee, di luar keadaan agak sejuk, lebih kamu tutup tingkap. Saya bawa kan makanan yang baik supaya kamu dapat mengandung."
"Baiklah tapi letak kan disitu. Nanti saya makan."
"Cik Lee, ini arahan dari Tuan. Dia minta kamu tidak melakukan aktiviti di luar villa ini"
"Kenapa tidak boleh?" - Eileena
"Kamu hanya melakukan aktiviti di dalam villa ini sahaja".
Eileena pun makan sarapan tanpa banyak bersuara.Pada waktu petang, Eileena berjalan-jalan di dalam villa 'Kenapa aku begitu naif? Bila agak ya aku akan dibebaskan?' kata Eileena di dalam hati. Dia ternampak rumah hijau yang bersambung di belakang villa itu. Dia sangat kagum dan teruja melihat bunga mawar pelbagai warna yang mekar di dalam rumah hijau itu. Dia berjalan dalam rumah hijau tanpa sedar hari semakin gelap kerana waktu hampir malam. Lisa datang mendekati Eileena.
"Cik Lee, sekarang sudah waktu makan malam. Saya sudah sediakan makanan di ruang makan."
"Lisa, boleh tak saya ambil beberapa kuntum bunga mawar untuk mandian saya nanti?"
"Sudah tentu boleh, Cik Lee. Saya akan sediakan untuk kamu. Asalkan kamu gembira."
Eileena tersenyum dan berkata dalam hati, 'Lisa tak ubah seperti robot.'Diruang makan, Lisa berdiri di belakang Eileena dan menunggu sehingga Eileena selesai makan malam.
"Lisa, adakah Tuan akan balik seperti biasa?"
"Tuan akan balik agak lewat malam nanti. Tuan minta kamu tidak perlu menunggu dia malam nanti."
"Baiklah."
"Sepanjang Tuan tidak ada dirumah, kamu bolehlah membuat aktiviti yang kamu mahu buat."
Eileena hanya mengangguk lemah.Tiba-tiba suasana gelap gelita. Terputus bekalan elektrik. Ini kerana, cuaca hujan ribut yang agak lebat pada malam itu.
"Cik Lee, lebih baik kamu segera naik ke bilik. Saya akan mengiring kamu naik ke atas."
Eileena menurut sahaja. Lalu dia terpandang di sudut siling ruang dapur villa dan melihat sudut siling yang lain di villa. Ada beberapa cahaya merah berkelip-kelip. Dia terkejut dan marah kerana dia tahu itu adalah kamera CCTV."Dia pasang "pinhole camera"! Ini betul-betul sudah melampau!!" kata Eileena dengan nada yang sangat marah. Dia mengambil pisau steak diatas meja makan lalu berlari menuju ke bilik tidurnya. Lisa mengejar Eileena dan memanggilnya, "Cik Lee!.. Cik Lee!.. Cik Lee!".
"Adakah dia pun simpan kamera dalam bilik tidur? Setiap malam kami melakukanya! Apakah dia takut aku akan lari. Sebab itu dia merakam semuanya!" Eileena berkata dalam keadaan sangat marah sambil berlari menuju ke bilik tidurnya.Setelah sampai dalam bilik tidur, Eileena memerhati setiap sudut biliknya. Tidak ada yang berkelip-kelip berwarna merah. Bilik tidur itu selamat dan tidak mempunyai kamera seperti sangkaannya. Dia memandang ke arah Lisa yang mengejar nya tadi. "Aku tak boleh hidup dalam keadaan seperti ini, Lisa!" jerit Eileena seperti orang histeria. "Lebih baik aku mati!" Eileena meletak pisau dipergelangan tangannya. Lisa memujuk Eileena. "Cik Lee, bawa bertenang. Jangan lakukannya kerana takdir abang kamu ditangan kamu. Ingatlah keadaan abang kamu sekarang." Eileena mengalih pisau dari tangannya. Dia terus meraung menangis mengenang abangnya. Lisa terus memeluk Eileena dan terus memujuknya. "Cik Lee, bertahan sedikit masa lagi. Selepas semua selesai, kamu akan dibebaskan. Kamu boleh pulang kepangkuan keluarga kamu." kata Lisa memujuk dan dengan perlahan dia mengambil pisau dari genggaman Eileena.
Eileena terus menangis dan memeluk Lisa. Lisa menepuk perlahan belakang Eileena seperti menenang anak yang sedang menangis. Eileena berasa sedikit tenang dan dia cuba mencari kekuatan dalam dirinya. Dia sudah cukup terseksa dari hati dan mental.
Bersambung...
YOU ARE READING
Dia Kekasihku
RomanceEileena terpaksa dilelong oleh Mafia kepada jutawan-jutawan yang bernafsu syaitan. Edward tidak percaya akan sebuah perkahwinan. Tetapi dia perlu mencari seorang gadis yang sanggup melahirkan seorang anak lelaki untuknya supaya dapat mewariskan pern...