11

720 4 0
                                    

"Cik Lee, jangan risau. Kamu kena buat apa yang saya suruh buat. Kamu buka Positioning System dalam setting handphone. Sembunyi di dalam poket kamu. Sekiranya kamu ditangkap semula, pastikan kamu sembunyikan handphone tempat persembunyian mereka. Nanti pihak polis boleh menjejak mereka dengan lebih mudah." 

"Baiklah, Lisa" Setelah Eileena membuat apa yang disuruh oleh Lisa. Dia keluar dari kereta lalu cuba meninjau di sekeliling nya. Tanpa dia sedar, Childe telah merancang untuk menangkap Eileena semula setelah dia mengetahui Eileena telah mengekori mereka.

"Hey..Eileena. Kau betul-betul nak mati kah? Buat apa kau patah balik? Nampaknya kau memang nak mati dengan Edward malam ini" sergah Childe lalu menyuruh orang suruhannya mengikat Eileena.

Eileena hanya mendiamkan diri sambil mencari-cari kelibat Edward.

"Masuk dalam van. Kita pergi dari sini, cepat! Mungkin mereka sudah dapat jejak di mana kita berada." - Childe

Edward ada di dalam van dan duduk bersama 2 orang penculik yang menjaganya. Eileena ditolak masuk ke dalam van. Dia duduk perantaraan  2 orang penculik. Dia takut memandang wajah Edward. Dia tahu Edward sangat marah dengannya kerana tidak ikut arahan. Childe duduk bahagian penumpang bersebelahan pemandu. Dia mengarah pemandu beredar ke sebuah rumah kecil ditengah hutan.

Sepanjang perjalanan, mereka semua hanya berdiam diri. Eileena sempat mengeluarkan handphone Edward tanpa pengetahuan sesiapa pun. Dia menyelit handphone di kerusi tempat dia duduk. Ini supaya pihak polis dapat menjejak mereka. Tidak lama kemudian, mereka sudah sampai di tempat di tuju. Orang suruhan Childe, segera menarik keluar Eileena dan Edward keluar dari van. Semasa menuju ke rumah terpencil, Edward menjeling tajam ke arah Eileena lalu berkata, "Awak bodoh kah? Kenapa awak patah balik?!" "Awak tahu tak, saya patah balik sebab awak?!" balas Eileena. Belum sempat dia meneruskan ayatnya Childe menyergah. "Oi.. Apa bising-bising?! Diam!".

Mereka sudah masuk didalam rumah terpencil. "Ikat mereka berdua di kerusi. Kemudian tolong jaga kawasan diluar. Aku nak ke tandas." Childe mengarah orang suruhannya.

Setelah Childe dan orang suruhannya beredar, Eileena mendekati Edward. Dia mendekati telinga Edward dan berbisik, "Saya akan selamatkan awak. Tadi saya sempat call Lisa. Dia akan minta polis jejak kita dan minta saya pasang Positioning System pada handphone yang awak tinggal dalam kereta. Semasa kita sampai di sini, saya selitkan handphone awak di kerusi van tadi."

'Kau memang bijak, Eil' kata Edward di dalam hati. Mereka berdua diam seketika sambil melihat keadaan sekeliling.

"Jangan beri password awak kepada mereka" sambung Eileena.
"Maksud awak?" - Edward
"Tolong lengahkan masa" jawab Eileena.

"Eileena" bisik Edward
"um?" - Eileena
"Kalau kita selamat nanti, saya akan beri status kepada awak untuk melahirkan baby kita." - Edward
"Apa?" - Eileena
"Saya akan mengahwini awak" - Edward
"Kita berkahwin?" - Eileena

Childe masuk semula ke dalam rumah. Dia terdengar perbualan Edward dan Eileena.
"Oho! Nampaknya kau berdua sedang merancang masa depan.. Tapi sekejap lagi kau akan mati.. HAHAHA!" Childe mengejek Edward.
"However" balas Edward
"Aku seorang baik hati.. Tak mungkin aku akan bunuh anak buah aku sendiri.. HAHAHA" - Childe

"Kau kena ingat yang kau hanya ada satu nyawa saja. Lebih baik kau beri password kau dan cepat kan pemindahan duit. Aku akan biarkan kau berdua hidup." sambung Childe.

Tanpa Childe sedari, polis sudah mengepong kawasan rumah terpencil itu.

"Tuan, penculik mempunyai senjata api. 2 orang berada di belakang rumah, 2 orang berada di depan pintu masuk dan 2 orang bersama tebusan. Keadaan tebusan selamat." - ASP George mendengar laporan daripada orang bawahannya. Lalu dia memberi arahan untuk menangkap penculik. Salah seorang penculik ternampak kelibat polis lalu melepaskan tembakan. Maka terjadi berbalas tembakan antara polis dan penculik. Kesemua orang suruhan Childe terkena tembakan lalu dia menarik Eileena dan mengacu pistol di kepala Eileena. 

"Semua jangan bergerak! Kalau tidak aku akan tembak perempuan ini" - Childe

"Uncle Childe, bawa bertenang. Kalau kau lepaskan dia. Kau serah diri dan aku akan cari peguam terbaik untuk kau" - Edward

Childe tidak menghiraukan kata-kata Edward. Dia cuba menarik Eileena keluar. Eileena melawan dan menarik tangan Childe lalu menggigit lengan Childe. Eileena terlepas dari tangan Childe.

Childe menjerit kesakitan lalu melepaskan tembakan ke arah Eileena. Edward terus berlari ke arah Eileena untuk melindungi Eileena lalu dia terkena tembakan.

"Edward" - Eileena terkejut apabila melihat darah mengalir di kawasan perut Edward.

Polis juga melepas tembakan ke arah Childe lalu terkena pada kaki Childe. Childe dan semua orang suruhannya sudah berjaya ditangkap oleh polis. Eileena dan Edward telah di kejar ke hospital.

Keesokan hari, Eileena tersedar dari tidur. 'Aku di hospital. Bagaimana keadaan dia?' Dia teringat peristiwa semalam.  Dia memanggil Lisa.
"Cik Lee. Tahniah! Kamu sudah buat yang terbaik. Kamu tidak mengalami kecederaan yang teruk. Kamu hanya tercalar di paha. Kandungan kamu juga selamat".
"Bagaimana keadaan Edward?"
"Tuan cedera parah tetapi keadaan dia sudah stabil. Peluru hampir terkena buah pinggang nya. Nenek Edward, Puan Maria tengah mengurus untuk menghantar Edward ke Amerika untuk rawatan susulan."
"Boleh bawa saya berjumpa dia? Berapa lama dia akan ke sana?" - Eileena tiba-tiba terasa sebak.
"Puan Maria tidak membenarkan sesiapa berjumpa dengan Edward buat masa ini dan saya tak pasti berapa lama Edward di Amerika nanti. Cik Lee kena jaga kesihatan. Saya akan jaga kamu"

Eileena melihat diluar jendela hospital dengan pandangan kosong. Dia kecewa kerana perasaan rindu mengusik hatinya.

'Kenapa dia buat selamatkan aku? Adakah kerana bayi di dalam perut aku?' Eileena mengusap perutnya dan dia mengimbas kembali perbualan antara dia dan Edward. 'Adakah dia benar-benar untuk mengahwini aku? Atau hanya menyedapkan hati aku saat itu atau hanya mahu bayi aku sahaja'.

Setelah 3 hari di hospital, Eileena dibenarkan pulang. Lisa membawanya pulang ke villa. Lisa terus membawa Eileena ke bilik tidur. Eileena terus duduk di kerusi berhampiran dengan sliding door berhampiran dengan balkoni. Dia duduk termenung dan fikiran nya terlalu banyak soalan-soalan. 'Kenapa dia ajak aku berkahwin? Adakah dia cinta kan aku? Adakah dia mempunyai perasaan seperti aku?'

Bersambung....




Dia KekasihkuWhere stories live. Discover now