Setelah lama berdiam diri dan rasa lebih tenang, Eileena pun bersuara.
"Dalam terma dan syarat ini cakap saya perlu lahir anak lelaki?"
"Ya benar" - Lisa
"Bagaimana kalau anak perempuan?"
"Kamu kena gugurkan." - Lisa
"Gugurkan?" Eileena terkejut.
'Gila! Memang cukup gila! Memang dasar lelaki tak berhati perut!' Eileena mengutuk Edward didalam hati."Hanya bayi lelaki saja yang Tuan mahukan. Selepas itu, Tuan akan membebaskan Cik Lee sekeluarga. Tuan akan membantu pulihkan perniagaan keluarga Cik Lee." Lisa memberi penjelasan panjang lebar kepada Eileena.
"Cukup.. Tak perlu jelaskan lagi kerana saya sudah membaca terma dan syarat. Saya akan tandatangan surat perjanjian ini." Setelah Eileena menandatangani surat perjanjian, dia serah kepada Lisa.
"Lisa, kenapa dia pilih saya?"
"Ini kerana Tuan mahu memiliki anak daripada wanita seperti kamu. Tuan telah memilih kamu kerana kamu seorang yang bijak dan pintar. Kamu mempunyai hati yang baik dan taat. Kamu juga seorang yang sangat cantik" - Lisa
"Terima kasih kerana memberi jawapan dengan kata-kata manis kepada saya. Saya tidak termakan kata-kata manis." - Eileena
"Cik Lee, seperti didalam perjanjian kamu tidak dibenarkan bertanyakan apa-apa soalan kepada Tuan. Kamu hanya perlu patuh arahan tanpa sebarang pertanyaan. Yang penting sekarang kamu perlu fokus kepada tugas yang diberi kepada kamu seperti dinyatakan dalam surat perjanjian ini" - Lisa'Tugas.. melahirkan anak lelaki..
Ooo.. Kau ingat aku mesin beranak.. Sukahati kau nak aku beranak untuk kau. Kenapa mesti aku.. Kenapa.. Huh!' - Eileena membebel dalam hati.Jam menunjuk jam pukul 10:00 malam. Eileena membuka tingkap untuk melihat suasana malam. Edward baru pulang lalu terus menuju ke bilik tidur. Bilik tidur gelap tetapi dia dapat melihat susuk tubuh Eileena yang sedang termenung di tepi tingkap. Dia terus pergi membersihkan diri.
'Aduh! Dia sudah pulang. Apa lah nasib aku begini. Eil, kau hanya perlu beranak anak lelaki. Lepas itu, kau boleh bebas! Fighting'. Eileena cuba memujuk hatinya supaya bertenang. Setelah selesai mandi, dia merapati Eileena. Dia memeluk Eileena dari belakang. Dia mencium rambut dan bahu Eileena.
Eileena tidak memperdulikan tindakan Edward. Dia biarkan Edward membuat apa yang dia suka pada dirinya. 'Eil.. Kau berkorban demi keluarga dan abang kau.. Kau boleh.. Kau boleh! Sabar.. Sabar..'
Edward berasa kesejukan lalu berbisik di telinga Eileena. "Kenapa kau buka tingkap? Tutup tingkap itu. Saya sejuk. Mari mulakan tugas awak."
Eileena patuh arahan Edward dan melucut pakaianya. Dia pun menjalankan tugasnya malam itu.
Dia seperti patung bernyawa dan membiarkan Edward meratah tubuhnya yang kaku. Sesekali dia mengerang nikmat dan kesakitan kerana Edward melakukan dengan lembut pada mulanya dan kasar akhirnya.
'Eil.. Anggap saja ini hanya mimpi ngeri setiap malam.' Eileena berkali-kali memujuk hatinya. Akhirnya mereka berdua tidur keletihan.
Setiap hari Eileena bangun, Edward pasti sudah tiada disebelahnya. 'Dia selalu keluar awal pagi. Well done, Eil.. Good Job, Eil' Eileena cuba pujuk hatinya setiap pagi. Eileena terus ke bilik mandi dan berendam dalam tab mandi. Dia mengosok badannya dengan kuat dengan perasaan bercampur marah. Dia berasa sangat jijik dengan dirinya dan sesekali teringat bagaimana Edward menyetubuhi dirinya. Tiba-tiba Eileena terdengar bunyi tapak kasut di luar bilik mandi nya. Eileena segera keluar dari tab mandi dan mengering tubuhnya.
"Siapa itu?" - Eileena
"Saya Lisa, Cik Lee. Saya hantar sarapan. Tadi saya ada ketuk pintu tapi tak ada response. Jadi saya terus masuk ke dalam. Maafkan saya sekiranya saya menganggu kamu."
"Tak mengapa, Lisa."
"Tuan mahu kamu makan makanan yang sihat dan minum minuman herba ini. Ini baik untuk kesihatan badan kamu."
"Saya tak ada selera. Bawa keluar makanan itu."
"Kamu kena patuh. Jangan sampai saya memaksa kamu untuk minum herba ini". Tiba-tiba ada dua orang pengawal datang dan berdiri dibelakang Lisa.
"Apa kamu akan buat, Lisa?!"
"Kalau kamu tidak mahu makan dan minum, saya terpaksa menyuap kamu dan mereka akan bantu saya" - Lisa
"Baiklah.. Baiklah.. Saya akan suap sendiri." - Eileena
Eileena sedang makan makanan dan minuman sambil memandang wajah Lisa yang memerhati dia.
'Pasti ada yang tidak kena dengan Lisa ini' Eileena berkata dalam hati.
"Bagaimana rasa makanan dan minuman ini, Cik Lee?" - Lisa
"Boleh tahan" jawab Eileena pendek.Eileena tidak pernah keluar dari bilik tidur semenjak dia di villa milik Edward. Ini kali pertama dia berjalan-jalan di ruang tamu dan sekeliling dalam rumah itu.
'Cantik betul hiasan villa ini.'Dia ternampak kolam mandi di villa itu. Tanpa berlengah lagi, Eileena membuka baju dan hanya memakai pakaian dalamnya dan berdiri ditepi kolam. Dia membuat renggangan otot sebelum berenang.
Tidak jauh dari tempat Eileena berdiri, Edward terpaku memandang Eileena tanpa menghiraukan Julia. 'Dia sungguh cantik. Aku minta maaf, Eil. Aku diamanahkan oleh ayah kau untuk selamatkan kau daripada musuh-musuh keluargamu. Visual abang kau hanya rekaan semata-mata oleh abang kau supaya kau akan patuh. Aku pasti akan jelaskan perkara sebenar satu hari nanti.' kata Edward didalam hati.
"Edward, apa yang kau pandang. Kenapa kau tidak hiraukan aku?" kata Julia.
Eileena ternampak Edward bersama Julia yang berdiri tidak jauh darinya. Dia terkejut lalu berkata dalam hati 'Dia ada di sini? Siapa perempuan yang bersama dia? Lebih baik aku berjumpa dengannya dan bertanya apa alasan dia mahukan anak dari aku? Adakah perempuan itu seperti aku juga. Mesin beranak!' Eileena berjalan menuju ke arah Edward."Eh! Siapa kau? Kenapa kau datang ke sini? Sayang, kenapa ada perempuan lain di sini?" - Julia terkejut melihat Eileena.
"Awak, saya nak bertanya kepada awak" kata Eileena kepada Edward.
"Awak tak layak bertanya!" - Edward
"Awakkk..." kata Eileena dengan marah.
"Heyyy! Kau tak dengar ke! Kau tak layak bertanya katanya.. Hahaha." kata Julia sambil tersenyum mengejek.
"Kau pun pergi dari sini, Julia!" - Edward terus berlalu pergi dari situ. "Sayang, tunggu aku." Julia mengejar Edward lalu memeluk tangan Edward.
Eileena terdiam lalu melangkah untuk mengejar Edward dan Julia."Tunggu, Cik Lee." kata Lisa kepada Eileena sambil menghulur bathrobe. "Jangan keruhkan lagi keadaan. Baliklah ke bilik sekarang. Saya akan hantarkan makanan tengahari untuk kamu."
Eileena patuh arahan Lisa.
Bersambung.....
YOU ARE READING
Dia Kekasihku
RomanceEileena terpaksa dilelong oleh Mafia kepada jutawan-jutawan yang bernafsu syaitan. Edward tidak percaya akan sebuah perkahwinan. Tetapi dia perlu mencari seorang gadis yang sanggup melahirkan seorang anak lelaki untuknya supaya dapat mewariskan pern...