7

960 6 0
                                    

Edward pulang agak lewat malam dan terus ke bilik tidur. Dia melihat Eileena sedang tidur diatas katil. Setelah selesai membersihkan diri, dia terus menutup lampu meja dan merebah dirinya di sebelah Eileena. Dia berasa sedikit kepenatan dengan peristiwa berlaku pagi tadi.

Dia menoleh disebelahnya dan memandang Eileena yang sedang tidur mengiring menghadapnya. Dia menyentuh muka Eileena dengan lembut. Eileena membuka matanya dengan perlahan dan memandang wajah Edward. Suasana bilik gelap tetapi masih nampak jelas wajah Edward yang sedang memandangnya.

Eileena terus angkat sedikit badannya lalu mencium bibir Edward. Sambil membalas ciuman bibir, Edward terus menarik badan Eileena ke atas badannya. Eileena terus memulakan tugas nya tanpa dipinta oleh Edward seperti sebelum ini. Dia membuka pakaian tidurnya. Edward melihat Eileena sedang membuka pakaian dan dia pun membuka pakaiannya sendiri. Walaupun dia berasa sedikit penat, dia memang tidak melepaskan peluang untuk dilayan nafsu batinnya. Lebih-lebih lagi, layanan Eileena malam itu agak proaktif baginya.

Hampir 2 jam mereka membuat hubungan intim

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hampir 2 jam mereka membuat hubungan intim. Akhirnya mereka berdua baring dan berehat. Edward bangun lalu pergi membersihkan diri. Eileena hanya duduk bersandar di atas katil. Selepas Edward keluar dari bilik mandi, dia terus membuka lampu meja untuk menerangi suasana bilik. Edward membuka almari pakaian untuk memakai pakaian. Eileena melihat Edward sedang mencari pakaian. 'Kemana dia akan pergi tengah malam ini? Adakah dia tahu mengenai rancangan aku untuk lari kan diri? Marahkah dia?' bisik hati Eileena dengan gelisah.

"Nampaknya malam ini kau agak proaktif dari sebelum ini. Adakah kau fikir kau hanya terpaksa melaluinya? Sebab itu kali ini kau tidak melawan aku." - Edward
Eileena yang hanya duduk di tengah katil menunduk kepala dan takut memandang Edward. Edward sudah lengkap berpakaian dan mengemas dirinya. Lalu dia duduk di tepi katil dan membelakangkan Eileena.
"Layanan kau agak berbeza hari ini. Adakah kau sedang menutup kesalahan yang kau buat?"
Eileena berasa cuak. Dia tidak berani bersuara kerana dia tahu dia memang melakukan kesalahan.
"Sebenarnya aku agak marah setelah kau membuat helah di hospital semalam. Aku faham... Kau mengalami tekanan disebabkan perintah berkurung. Jadi, aku akan maafkan kau untuk itu."
Eileena berasa sedikit lega bila mendengar kata-kata Edward.

"Tetapi aku tidak maafkan kau bila kau sengaja memudarat kesihatan kau! Kau sengaja mandi dan berendam di dalam air sejuk. Walaupun kau demam, kau buat perkara yang sama. Sebagai hukuman aku takkan datang ke sini untuk berjumpa kau! Kau tak bersedia melahirkan anak untuk aku. Aku akan biarkan kau tinggal di villa ini sepanjang hidup kau!" - Edward.
Eileena tersentak. Dia tidak mahu tinggal di villa sepanjang hidupnya. Air mata Eileena mengalir kerana hatinya terusik bila mendengar Edward berkata yang dia tidak akan datang untuk berjumpa dengannya.
"Sekiranya kau mahu aku datang ke di sini, pastikan kau bersedia untuk melahirkan anak untuk aku. Aku nak kau datang berjumpa dengan aku. Kau kena merayu kepada aku. Biar ini sebagai pengajaran untuk kau!" Edward menggerakkan badannya untuk turun dari katil, lalu Eileena memeluk Edward dari belakang.

 Biar ini sebagai pengajaran untuk kau!" Edward menggerakkan badannya untuk turun dari katil, lalu Eileena memeluk Edward dari belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Jangan pergi.. Jangan tinggalkan aku.. Maafkan aku.. Aku tak mahu kau pergi..' tetapi kata-kata itu tersekat di kerongkong Eileena. Dia menangis teresak-esak. Edward mengalih tangan Eileena untuk melonggar pelukan lalu dia berdiri dan berjalan keluar dari bilik tidur tanpa memandang Eileena.

Eileena menangis sepanjang malam sehingga ketiduran. Keesokan hari, Eileena turun ke ruang makan. Lisa telah menyediakan sarapan untuknya.
"Lisa, sedang Tuan marah kah?"
"Tuan sudah pergi ke Perth. Dia akan ke sana selama 1 bulan."
Tiba-tiba perasaan Eileena terasa sunyi dan kosong. Selepas sarapan, dia hanya duduk termenung di tepi meja menghadap rumah hijau. Dia melihat bunga mawar yang kembang mekar. Sedikit terubat rasa kosong ketika itu.

Sepanjang hari dia hanya duduk membaca buku dan menonton television. Dia pun jarang berbual dengan Lisa.

Setelah 1 bulan pun berlalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah 1 bulan pun berlalu..
Sewaktu tengah makan sarapan pagi, Eileena bertanyakan Edward kepada Lisa.
"Lisa, adakah Tuan akan datang ke sini?"
"Tuan sudah pulang dari Perth tetapi dia tidak singgah pulang ke sini, Cik Lee?"
Eileena berasa sedikit kecewa kerana Edward tidak menjenguknya. Walaupun dia benci dan marah kepada Edward kerana Edward bertindak kejam terhadapnya dan keluarganya tetapi dia tidak dapat mengawal perasaan rindu terhadap Edward. Dia tidak begitu kenal siapa Edward. Apa pekerjaannya atau perniagaan jalan kan olehnya. Dia tidak mempunyai hak untuk bertanya semua itu.

Eileena cuba menghilangkan perasaan rindu kepada Edward dengan sentiasa mengenang keluarganya yang sudah lama terputus hubungan. Dia pernah bertanya khabar abangnya tetapi Lisa mengabaikan pertanyaannya. Semakin kerap dia cuba melupakan Edward semakin kuat hatinya merindui ingin melihat wajah dan mendengar suara walaupun Edward selalu memarahinya. Dia rindu dengan sentuhan kali terakhir ketika "bersama" Edward. Dia teringat kata-kata Edward kali terakhir mereka berjumpa.

'Mengapa kau buat aku begini? Mengapa aku sukar melupakan dia? Mengapa aku sukar untuk berasa kecewa sedangkan dia...dia kejam terhadap aku dan keluarga aku? Mengapa?.. Mengapa?!' jerit hati Eileena sambil mengeluh. Dia merajuk.. Dia kecewa.. Terlalu banyak perkara bermain di fikiran nya.' 'Perlukah aku meminta Lisa menghubungi dia untuk datang? Bersediakah aku? Apa yang harus aku katakan padanya?' Fikiran nya ligat memikirkan apa yang akan terjadi bila Edward datang ke sini tetapi dia beritahu yang dia belum bersedia untuk mengandung. Pasti Edward akan bertindak semakin kejam terhadapnya dan keluarganya. Tetapi dia hanya ingin melihat wajah Edward. Dia menangis bersendirian kerana hatinya terlalu sakit.

Bersambung....

P/S: Apa keputusan Eileena? Adakah Edward akan datang ke Villa untuk berjumpa dengan Eileena?

Dia KekasihkuWhere stories live. Discover now