10

770 3 0
                                    

"Uncle Childe!" Edward terkejut dan dia tak menyangka akan bertemu dengan pakciknya yang merampas ke bahagian ayahnya. Childe adalah adik kandung kepada ayah Edward. Ibu Edward telah memilih untuk bersama Childe sehingga ayah Edward menceraikan ibunya.

"Hello, Nephew.. Apa khabar nenek kesayangan kau sekarang? Apa yang dia buat sekarang?" Childe bertanya sambil tersenyum melihat wajah Edward.

"Nenek masih kuat semangat untuk uruskan perniagaan setelah permergian papa. Kau dan mama hampir memusnahkan perniagaan belian nenek sehingga mengalami kerugian yang banyak. Papa dan nenek terpaksa bekerja keras untuk bangkitkan semula perniagaan setelah apa yang kau buat. Nenek selalu berpesan agar aku tidak berhubung baik dengan kau dan mama suatu hari kelak." - kata Edward dengan marah.

"Nenek kau hanya pentingkan bapa kau kerana dia anak sulung dan kau pula cucu lelaki sulung. Ada dia kisah pasal aku?! Kecuali dia bimbang kalau lihat aku mati masa itu." kata Childe dengan penuh perasaan marah dan dia menendang tong kosong ke dinding. Semua orang agak terkejut. "Sekarang dia sangat bersemangat untuk lihat aku mati tetapi sebelum itu aku nak bunuh perempuan ini terlebih dahulu" sambung Child lalu dia mendekati Eileena.

"Jangan libatkan dia. Dia tak tahu apa-apa dalam hal ini. Lebih baik kau lepaskan dia. Kau dah jadikan aku sebagai galang ganti." pujuk Edward kerana risau Edward akan mencederakan Eileena.

Setelah mendengar pujukan Edward, Childe menyentuh muka dan bibir Eileena lalu berkata, "Lepaskan dia pergi? Tengok kecantikan wajahnya membuat aku seperti mahu......HUH!" Childe terkejut sehingga tidak sempat menghabis ayatnya kerana Eileena menggigit jari Childe yang menyentuh bibirnya. Lalu Childe menampar dan menendang paha Eileena. "Kau nak mati agaknya!" kata Childe agak marah.

"Uncle Childe, jangan pukul dia!" Edward cuba menghalang tindakan pakciknya tetapi dia sudah diikat oleh orang suruhan pakcik nya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Uncle Childe, jangan pukul dia!" Edward cuba menghalang tindakan pakciknya tetapi dia sudah diikat oleh orang suruhan pakcik nya.

Eileena menahan sakit kerana pahanya tercalar terkena paku. Agak sukar dia bergerak dan mengelak kerana matanya ditutup dengan kain. Manakala tangan dan kaki masih terikat. "Shit! Dia gigit sampai luka jari aku!" Childe terus menolak Eileena ke dinding. 

"Kau nak aku lepaskan perempuan itu, Boleh..Tetapi dengan syarat aku nak kau pindahkan ke semua duit yang kau ada ke dalam akaun aku." - Childe

Edward masih berdiam diri. 

"Kau kena lakukan sekarang kerana aku tidak pasti apa aku akan buat terhadap perempuan kau bila aku hilang sabar nanti. Kau lihat keadaan dia. tsk..tsk..tsk.. nampaknya kaki dia luka berdarah mungkin terkena sesuatu yang tajam semasa aku pukul dia tadi. Pasti dia akan kehilangan darah nanti. Oh ya! Dia mengandung, bukan?..kalau banyak darah keluar, pasti saja akan membahayakan kandungannya" Childe cuba menakut-nakutkan Edward.

Edward rasa sangat risau keadaan Eileena yang luka berdarah lalu dia berkata, "Aku akan buat apa yang kau suruh". Childe terus ketawa lalu berkata, "Ini barulah my real nephew..hahaha".

Dia KekasihkuWhere stories live. Discover now