Eileena masih menahan dirinya dari pengsan dan kepalanya semakin pening. 'Aku terpaksa minta tolong daripada Ricky!' - Eileena sudah tidak ada pilihan lain lalu mendial nombor telefon Ricky.
"Hello, Ricky. Tolong saya!" - Eileena bercakap seperti berbisik.
"Ricky sedang mesyuarat. Kamu boleh hubungi dia semula" - Edward menjawab handphone Ricky yang tertinggal di atas meja.
'Suara itu.. Suara itu seperti suara Edward.' Eileena terkejut lalu bertanya, "Siapa.. Siapa kamu?"
"Saya adalah kawan Ricky. Kamu mahu saya sampaikan pesanan kamu?" - Edward
Eileena terkedu. Dalam masa yang sama dia menahan rasa pening kepala.
"Hello.. Hello.. Awak masih ada di sana?" - Edward berasa hairan kerana Eileena terdiam."Ya.. ya..saya dengar?" - Eileena
"Awak ada masalah? Beritahu saja" - Edward
"Sa.. saya adalah sepupu kepada tunang Ricky. A.. ada orang telah ma.. masuk kan sesuatu dalam minuman saya tadi dan... sa..saya dalam bahaya sekarang. To.. tolong saya! o.. orang itu mahu.." - Eileena sedaya upaya menahan dirinya dari pengsan.
Belum sempat menghabis percakapannya, Edward segera bertanya,"Di mana kamu sekarang?!"- Edward berasa risau keselamatan sepupu tunang Ricky. Eileena telah beritahu dimana dia berada. "Baiklah, saya akan beritahu Ricky sekarang."- Edward
Semasa Edward memutus panggilan, Ricky baru masuk ke dalam bilik pejabatnya. "Hi, Edward. Lama dah kau di sini? Aku baru habis mesyuarat." - Ricky menegur sapa dengan Edward.
Dalam masa yang sama Edward menghulur telefon bimbit kepunyaan Ricky. "Ada sesiapa yang call aku tadi?" - Ricky
"Perempuan itu kata dia sepupu kepada Rossi. Dia dalam bahaya sekarang dan minta pertolongan dari kau" - Edward
"Di mana dia sekarang? Kau ikut aku. Kita pergi cari dia!" - Ricky segera mencapai kunci kereta lalu keluar dari pejabatnya.
Eileena masih di dalam bilik air lalu dia terkejut mendengar pintu bilik air diketuk. "Elisa.. Lu OK kah? Kenapa lu lama dekat dalam?" - Ah Seng
'Aku tak boleh keluar sekarang' - kata Eileena dalam hati. "Saya akan keluar sekejap lagi. Beri saya masa" - Eileena cuba berlagak tenang.
"Lu sakit kah? Wa mahu masuk tolong lu" - Ah Seng sambil cuba membuka pintu bilik air dengan kunci. Eileena terkejut melihat pintu bilik air terbuka. Ah Seng terus berdiri di depan pintu.
"Wa ada kunci" - Ah Seng"Jauhkan diri kamu!" - Eileena

"Lu ingat wa mahu duit lu. Wa sudah cakap wa mahu lu, ma.." - Ah Seng
"Jangan dekat! Saya dah call orang untuk datang selamat kan saya!" - Eileena
Ah Seng cuba untuk memeluk Eileena dan Eileena meronta.
"Kamu tak kenal siapa saya! Kamu akan menyesal bila kamu buat apa-apa pada saya!""Wa tidak takut siapa-siapa ma.. "
Eileena rasa seluruh badannya semakin lemah dan cuba untuk tidak pengsan. Ketika Ah Seng cuba menarik tangan Eileena, Eileena hampir rebah tetapi sempat di pikul oleh Ah Seng.
"Tengok lu berdiri pun sudah tidak dapat. Wa angkat lu pergi katil. Lu rehat sana." Ah Seng mendukung Eileena ke bilik lalu meletaknya di atas katil. Eileena cuba bangun dari katil.
"Tsk.. Tsk.. Tsk.. Lu mana mahu lari..?" Lalu Ah Seng menghempap badannya diatas Eileena lalu memeluk Eileena dengan erat. Dia cuba menahan Eileena dari meronta. Dia tahu semakin Eileena letih dan akan cepat pengsan. Bila dia rasa Eileena sudah tidak bergerak, dia segera bangun dari katil. Dia perhati Eileena yang se dah pengsan. "Wow! Nice body.."
Ah Seng membuka baju nya lalu menyentuh pipi Eileena. Tiba-tiba pintu bilik nya diketuk kasar. Ah Seng terkejut. 'Memang dia ada panggil orang datang selamatkan dia.. Wa tidak dapat dia, wa kiss dia dulu'. Belum sempat bibir Ah Seng singgah ke bibir Eileena, satu tumbukkan singgah di pipinya.
"Elisa!" - Ricky "Edward, kau ajar sikit lelaki jahanam itu. Aku pergi tengok keadaan Elisa"
"OK!" - Edward
"Elisa.. Elisa..!" - Ricky
"Baik kau hantar dia ke hospital terlebih dahulu. Biar aku urus lelaki ini" -Edward
Ah Seng perhati wajah Edward dan membiarkan Ricky mengambil Eileena keluar dari biliknya.
Setelah Ricky dan Eileena berlalu, "Hey, Edward lama sudah tidak jumpa" - Ah Seng
"Ah Seng, aku lepaskan kau sebab kau pernah tolong aku. Tapi.. ingat! Kau jangan cari pasal dengan Ricky! Kalau tidak aku tak kan lepaskan kau!" - Edward memberi amaran kepada Ah Seng sebelum beredar.
Semasa di hospital, "Bagaimana keadaan dia doktor?" - Ricky
"Dia tidak ada apa-apa. Selepas dia sedar nanti, dia boleh terus pulang ke rumah." - Doktor
Eileena tersedar lalu duduk di atas katil. Dia memandang Ricky berdiri di sebelahnya.
"Awak dah sedar.. Apa yang berlaku? Adakah lelaki jahanam itu yang datang cari awak?!" - Ricky
Eileena hanya tunduk dan diam kan diri.
"Kenapa awak beria-ria sangat mencari Edward? Apa yang dia buat sampai awak sanggup bahaya kan diri untuk mencari dia. Awak buat kerja gila!"
"Saya..saya hanya nak tahu dia di mana saja.." -Eileena
"Whatever.. Walau terdesak pun, jangan sampai awak membahayakan keselamatan awak. Nampaknya awak dah sedar, saya pergi dulu." - Ricky
"Ricky.. sebentar.." - Eileena
Ricky menoleh memandang Eileena.
"Boleh saya tahu siapa yang menjawab panggilan saya tadi" - Eileena
"Dia adalah... kawan saya" - Ricky
"Terima kasih." - Eileena
Ricky terus berlalu meninggalkan Eileena.
Eileena baru tiba di villa Puan Anita. Dia merahsiakan keadaan nya yang baru keluar dari hospital. Semasa dia menaiki tangga, dia terdengar perbualan Rossi dan Puan Anita.
"Mak.. Kenapa mak benarkan Elisa tinggal dengan kita. Saya tak suka dia!" - Rossi
"Jangan nak menyusahkan mak. Mak nak baca surat khabar." - Puan Anita
"MAK!!" - Rossi
"Perniagaan Rich semakin maju dan berkembang. Malah baik untuk perniagaan kita juga. Kita kena jaga hubungan kita dengan mereka. Kalau tidak, jangan haraplah mak nak suruh dia tinggal bersama kita." - Puan Anita
Eileena terdiam lalu segera masuk ke dalam bilik tidurnya. Eileena sudah tahu niat Puan Anita berbuat baik dengannya. 'Mereka berdua sama saja' kata Eileena dalam hati.
Rossi terdengar bunyi pintu tertutup di tingkat atas. 'Pasti Elisa baru pulang' - Rossi menuju ke bilik Elisa. Baru dia nak menolak pintu bilik Eileena, dia ternampak Eileena sedang membuat panggilan. Dia cuba curi mendengar perbualan Eileena.
"Hello..Ricky. Saya akan bantu awak putuskan pertunangan dengan Rossi, saya harap awak dapat tunaikan apa yang saya nak" - Eileena
"Sudah tentu. Nampaknya awak sudah ubah fikiran" - Ricky
"Awak hantar gambar yang awak ambil malam itu. Saya tahu saya akan dihalau dari villa selepas ini nanti. Awak kena tunaikan permintaan saya!" - Eileena
"Awak tahu, saya benar-benar mahu putuskan pertunangan ini. Baiklah, saya akan hantar gambar itu sekarang." - Ricky
Setelah Eileena putuskan panggilan. Handphone nya berbunyi menandakan dia menerima gambar dari Ricky. Tiba-tiba pintu biliknya ditolak dengan kasar.
Bersambung.........
YOU ARE READING
Dia Kekasihku
RomanceEileena terpaksa dilelong oleh Mafia kepada jutawan-jutawan yang bernafsu syaitan. Edward tidak percaya akan sebuah perkahwinan. Tetapi dia perlu mencari seorang gadis yang sanggup melahirkan seorang anak lelaki untuknya supaya dapat mewariskan pern...